Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Nov 22, 2011

Mewahnyaaaa!!!! [Perkahwinan Syella Kamaruddin]

Merah putih memang menawan ;D


Gaun rekaan Hatta Dolmat bernilai 60K. Fuhh
  
Hehh, kau ado ??? 
"Tentang hantaran mewah itu pula, memang benar saya mendapat sebuah banglo bernilai RM 5 juta, tetapi hantaran sebuah Mini Cooper itu tidak betul. Suami saya berikan kereta Audi R8. Mini Cooper itu hanya digunakan sementara kerana kereta Audi itu masih belum sampai.”
“Saya tak rasa perbelanjaan ini membazir kerana saya berpendapat perkahwinan hanya sekali seumur hidup. Saya tidak kisah apa orang hendak kata, yang penting semua perbelanjaan itu saya dan suami keluarkan sendiri. Bukan tajaan mana-mana pihak, saya membelanjakan kira-kira RM800 ribu manakala selebihnya daripada suami saya.”
Dalam masa yang sama, Syella turut mengakui majlis perkahwinannya itu menelan belanja RM15 juta seperti yang dilaporkan. Jelas Syella, jumlah itu termasuk nilai barangan hantaran yang diberikan oleh kedua-dua  belah pihak.

Malasss nak komen cerita kahwin orang ni, sama ada retis ke tak. betul ke tak, annoying ke tak ke, sebab deme punya pasal . komen banyak-banyak pun, yang merasanya deme, bukan kita. kalau komen 4,5 kupang tu boleh dapat merasa naik audi ke, boleh merasa duit hantaran tu ke, sedap lah jugak ye dak? apapun, hanya mampu berdoa yang terbaik. hidup dia, pandai-pandailah dia memikirkan yang terbaik.

bercakap pasal masa depan, janganlah mendoakan yang buruk untuk dia. kalau yang buruk itu terjadi nanti pun, bukankah itu semua kerja tuhan ? lagipun, kita sendiri pun, kalau bernikah, mampu ke kita memastikan yang perkahwinan kita tu sampai ke akhir hayat ? berusaha memang boleh, tapi pasti ke kita ?? perkahwinan satu perjudian ... ingat tuhh. jadi marilah sama-sama kita mengingati diri masing-masing ....okeh ???


#Lama tak tulis pasal gosip retisss... hebakk, hebakk ;D
#Best jugak Frazer Hill ek ;)


(More info and photos here and here)

May 24, 2011

NERA AF9 yang HOTTT!!!!

cukup hot?


weeeee... dah lama agaknya kat blog ni tak cakap pasal artis-artis HOT MELETOPP kan? so, kali ni dalam segmen sembang-sembang atau dalam bahasa kasarnya mengumpat artis hot, aku rasa nak cakap pasal NERA AF9.


bila sebut nera, mesti korang dah dapat bayangkan kemanjaan serta liuk lentok tubuh badannya kan? bukan aje atas stage, tapi dalam diari akademi tu sendiri... (gaya cakap, macam selalu tengok TV. ha ha)


tapi memang betul ah, masa  tengok nera nanyi lagu gelora asmara tu, aku ternganga kejap. tak tahu mana nak fokus, suara ke, lagu ke, aksi dia. memang dasyatt.... bulih buat lelaki tak lari mata ah kalau tengok gaya dia perform lagu tu. bak kata hattan lah....

“Awak punya liuk lentuk tu tak menggoda saya, sebab awak nyanyi keluar masuk, keluar masuk. “Tone” sedap. Kalau ada “dinner” saya panggil awak tapi kalau “vocal” saya tak nak panggil awak. Kalau nak buat lelaki-lelaki meleleh air liur tengok awak saya panggillah. Fikirlah.”

gaya  kumpulan k-pop 'gula-gula' jugak ah style dia. cuma pakaian senonoh sikit... aku minat gak ah kat nera ni, so, harap dia pergi dengan bakat nyanyian dia, bukan dengan benda-benda macam tu. walau hakikatnya, nera ni seorang naib juara untuk Miss Earth-Water Sabah 2010 dan memang terer menggayakan aksi seksi depan kamera....


tak caya, tengok aksi-aksi Nera kat bawah ni...





nak lagi, sila jenguk sini

Apr 4, 2011

anugerah ABPBH 2010: terubat RINDU kat USOP WILCHA!


 mari kita undi ucop pulak!


haihhh, baru aje kita pos entry cakap rindu kat usop wilcha, tetiba je malam terus dapat tengok UCOP. haihh, UCOP, UCOP... gelemer ko ye ucop. tempang-tempang pun kaloh si abi hurairah dengan hucin. tehee ;D

apapun, masa dalam ABPBH semalam, usop memang the best ah. gamat pentas dibuatnya. dahlah orang tengah duk kalut nak cepat, dia lagi buat tambah kalut. haihhh.


nasib baik ucop dah tua, kalo idok awok ngorat je si ucop nihhh. HA HA. buat balik simpan dalam frame. KUIKUIKUI.


apapun, untuk semua pemenang ABPBH 2010 semalam, syabas diucapkan. tak pernah rasa tengok anugerah ni, kita rasa bersetujuuuu je, dengan semua yang penang. maksudnya semua yang menang semalam, kita SUKA semuanya... I LIKEE...:D. cuma agak frust bila SCHA AL-YAHYA kita tak menang. tapi walau dia tak menang, yang menang pun yang kita suka dan agak jugak. jadi, tetap feel satisfied. eceh.


dan yang paling rasa nak melompat, ialah bila... SAHEIZY SAM menang besauuuuu. kita suka, kita suka. (OHH gediks nya. wak hal lu? eh tiba.) sebab kan memang dia layak lah. tahun 2010 memang kita asyik sebut nama dia je kan, dan asyik tengok dia je kan berlakon. so, memang LAYAK sangat-sangat ah.

 saheizy sam!


tahniah sekali lagi! pada yang tak menang, cool der. tahun depan cuba lagi.


memang anugerah semalam the BEST kot, sebab lengkap dengan pengacara best, persembahan best, pemenang-pemenang best, dan penyampai-penyampai pun tak kurang bestnya. kan, kan? untuk raja azura dan syarifah shahira, walaupun tak menang apa-apa semalam, tapi korang tetap COOL. memang tak kering gusi eden ni ha. tambah lagi dengan si mangkuk ZIZAN, isk, memang lawak tak hengat ah. slumber aje. tambah spontan pulak tuhh.


persembahan pulak kita paling suka part ella, shima dengan alyah. ELLA, you rock. memang dulu cita-cita nak jadi macam ella, tapi silap ambik course lalu jadi cikgu. HAHA, gelak hussin aku karang dengar nihhh. suka ella, walau orang ada cakap dia gediks ke apa, tapi suka lagu-lagu dia, tak ditelan zaman jugak.


tapi shima macam bukan shima, nampak cute gila. tak cam dah. lepas tu suara macam keluar tak keluar je. maybe sebab lama tak nyanyi. alyah pulak, walaupun bukan dari genre rock, tapi persembahan dia boleh dipuji. suara clear je. yang pia perasan, dia ni tiap-tiap tahun mesti ada dalam mana-mana anugerah yang tv3 buat. cuma tahun ni tak nampak si bintang malaysian idol yang sorang tu. lupa dah nama apa.


dan yang paling dinanti, ialah bila dato' siti nyanyi. feel-feel korean girl pulak bila tengok siti nyanyi dengan rentak dan tarian gitu. eceh. memang cun sokmolah dato' siti nihh. mesti dato' k hari-hari makin sayangggg.


encik M, galak duk usik kita, eh kakak ya nanyi, eh kakak ya menang. saja nak kasi haku hangin kan???? :P


p/s:
ohh ye, before tu YUNA ada nyanyi jugak.tapi opsss, yuna pakai lagi tudung yang macam orang MARAH tu cuma tutup leher semua. even tutup pun, tapi tak comellah. suka yuna dengan style YUNA! korang pulak macam mana?

IKLAN!
jemput singgah:


 (boleh klik gambar header untuk ke blogshop)


[gambar;google]

Mar 21, 2011

[GAMBAR] Pernikahan KRIS DAYANTI & RAUL LEMOS, 20 Mac 2011

Alhamdulillah, selebriti dari tanah seberang yang sebelum menjanda setelah berpisah dengan bekas suaminya, Anang Hermansyah kini telah berumah tangga kembali dengan saudagar kaya dari Timor Leste, Raul Lemos semalam, 20 Mac 2011.

Mereka dinikahkan oleh bapak kris, iaitu Trenggono di Masjid Sahid Nurul Iman, Jakarta pada pukul 9.05 pagi. Kris menerima hadiah mas kahwin berupa peralatan kelengkapan solat. Kris dan Raul juga saling bertukar cincin perkahwinan dari jenama Bvulgari... class gitu...











[sumber gua, izyan]


tahniah diucapkan kepada pengantin (walaupun dia tak baca entry ni. HA HA). semoga cepat-cepat menimang cahaya mata dan dimurahkan rezeki selalu hendaknya..... eh, anang pulak bila lagi?

Mar 6, 2011

[GAMBAR] terpacak molek | anak nora danish



wahhh, terpacak molek. punk hair. kecik-kecik lagi rambut dah stylo mylo. dah mak moden dak... anak pun mesti sama. mana lagi tumpahnya kuah kalau tak ke nasik ye dak... :P cerdik pulak budak rayqal ni. tengok tu, kecik-kecik dah pandai main game, i pad lagi ha...


hope rayqal ni membesar dengan baik. kalaupun environment dia semacam itu sejak dia dilahirkan, diharap dia tetap membesar dengan sepenuh kasih-sayang. dari nora danish, memang tak dapat dinafikan lagi. mendapat sepenuh dan selebihnya kasih-sayang. nampak nora memang sayang sangat kat anak dia ni. hope dari bapaknya pun sama....


[sumber]






 


       

Feb 28, 2011

orang cakap lain, dia faham lain. lawak betoi.



nak tahu lawak ke tak, tengok video tu.  HA HA. kelakar-kelakar jugak, tapi mendalam gila maksudnya. dah lah orang cakap lain, dia pergi faham lain dan buat ulasan sendiri. dah tu pulak orang nak cakap pasal benda lain, dia interview pasal lain. busy body betul. HA HA. perli wartawan eh?


btw, i like ah segmen astro yang niihhh.
gelak terkangkang-kangkang haku. HAKHAK.

Feb 14, 2011

scha al-yahya nak jumpa aku kat FINAS, tapi aku tak jumpa dia. hehh.

kejadian berlaku semalam. ada hari terbuka FINAS. tapi malangnya, yang beria-ria nak bawak aku pulak tak alert. kalau tak nescaya ada gambar scha aku bulih tempek kat sini. HAAA... FINAS bukan aje nak jumpa aku, tapi nak jumpa fans dia lah oiii. dan aku pulak, bukan tak nak jumpa dia, teringin oiii, tapi tak sempat jumpa. haihhh. scha, scha...


actually, ramai yang datang jugak. tapi satu pun aku tak sempat jumpa sebab singgah finas dah lambat. petang sangat dah. takkan lah abang rosyam, scha, semua tu nak tunggu aku kan...tapi tak apa, scha tak ada, aku tolong jadi scha, bulih?


bulih, sila angkat baju. tak bulih,sila angkat kaki dan blah :P


p/s: maaf, scha ni agak tak cukup inci, gemuk dan hitam. HA HA. dan pakai tudung =) mesti gelak mangkuk tu baca niihhh. dahlah bengang duk kena layan ambik gambar banyak sangat. hu.










gambar disusun dan z-a...
gambar last tu gambar pertama ambik kat finas.. =)


tak tahu kenapa tempek semua gambar nihh kat sini. walaupun blur... mungkin jugak nak bagi kau orang sakit hati tengok gambar blur dak? HA HA ;P


btw, tqvm for reading this entry dear!

Feb 13, 2011

[GAMBAR] Aik, Mizz Nina dengan Farid Kamil pulak?

 

 bukankah mizz nina ni dah bertunang dengan noh hujan?


aiseymann, apakah benar khabar diterima ini? argh, memang tak benar. HA HA. ini juga gambar dalam majalah aje. bukan apa-apa pun. tapi kan, peminat kat pages mizz nina, kemain duk kutuk farid pulak...


adoii, artis macam ni lah awak-awak semua, depa bergambar aje... depa bukan peduli awak tu laki ke bini siapa-siapa... so, janganlah kita duk kalut sangat... tengok aje, mulut diam na...















so daripada hang semua duk buat kalut, pi beli Yezz! Magazine bulan February 2011 untuk tahu kisah sebenar depa nihhh... layannnn.... T______T


ohh ye, ini gambar masa mizz nina dan noh hujan kahwin hari tu. ha, ni tunang dia, tu bukan tunang dia na...




psstt...
hari tu kata noh, selepas kahwin mizz nina tak boleh seksi lagi dah...

Feb 10, 2011

FAZURA, artis wanita yang bijak menyimpan rahsia CINTA



dah cakap hari tu kan, artis dalam senarai blog cik bulan untuk tahun 2011 ialah lisa surihani dan nur fazura. alih-alih, cerita depa ni jugak yang duk tulis. orait, ni artis kegemaran aku jugak, sebab aku suka cara dia bercakap, body contact dia masa berlakon. nampak bijak. terutama dalam cerita pisau cukur.


ohh ye, dia memang bijak jugak kat luar. bijak menyimpan rahsia. memang dia ni pernah kontorversi dulu pasal bergaduh, pasal hotel apa entah, mungkin sebab tu dia lebih hati-hati kot nak cakap apa-apa. bak katanya dalam kosmo januari lalu...

Desas-desus kononnya bintang filem Gol dan Gincu itu sedang bercinta dengan seorang anak orang kenamaan di selatan tanah air enggan dijawabnya ketika ditemui pada majlis Green Cheongsam Showcase yang berlangsung di The Weld, Kuala Lumpur baru-baru ini. Dia sekadar membiarkan persoalan itu tergantung dengan jawapan: "No comment."

Bagaimanapun, akui Fazura hatinya kini sedang berbunga cinta dan perasaan bahagia menyelubungi hidupnya. Cinta yang wujud menyebabkan dia melalui hari-harinya dengan indah.
"Sekarang saya gembira dengan kerja dan kehidupan. Cinta menjadikan saya bahagia dan berada di puncak kehidupan. Saya memang sedang bahagia dengan seseorang tetapi saya belum ada sebarang pengumuman penting untuk dibuat," ujarnya

kenapa suka fazura?
macam cakap tadi.. cara dia macam perempuan yang bijak. percakapan, body contact, eye contact semua lah... aku suka tengok. penampilan, bentuk badan, sempurna. tak seksi sangat pulak tu. so, memang aku minat dia. cantik, itu dah tentu. jom tengok nihhh....


dalam cerita ezora pun, aku suka tengok gaya dia. naif, tapi tetap nampak educated. entah.... melayunya tidak keterlaluan, dan metropolitannya juga tak keterlaluan. sedang-sedang je ar. gambar-gambar dia pun tak ada jugak yang meletup sangat, tapi tetap sedap dipandang mata.









kan, kan? ohh ye, kalau gambar seksi pun, mungkin yang ni lah kot...


[sumber]

Feb 9, 2011

kesimpulannya, tak suka entry PRO fasha sandha!

 maaf ye fasha...ini bukan salah saya T___T


yess, terima kasih respons awak-awak semua untuk entry ini. wahhh, korang memang best! kenapa saya buat kesimpulan macam tajuk tu...sebab, cuba perhatikan dua entry ini...


fasha orang glamour. semua orang nak tahu pasal dia. suka ke tak suka ke, tetap nak ambik tahu. busy  bodylah katakan...haha, bak kata linda ismail lah. so, bila publish entry macam ni yang ada pasal fasha dah putus dengan jejai, apa lagi yang tak kena dengan NORA danish dan FASHA sandha? semua orang sibuk nak baca. trafik pun naik


tapi bila publish entry [GAMBAR] ingat NORA DANISH aje hot, FASHA SANDHA lagi hot tau?
dan [GAMBAR] fesyen-fesyen rambut FASHA SANDHA hehh, deme tak berapa berkenan nak baca. sebab apa, sebab entry PRO-FASHA. tu pun dah ada yang tanya, minat fasha eh? HA HA. apa kes der, bukan gua minat fasha. sebab tu gua malas nak klik baca. hehh :P


DAN tadi, bila publish entry ramai yang BENCI/TAK SUKA fasha sandha ke? hehh, ping je, mencanak trafik masuk. ambi-amboi, semua nak tahu je, kalau orang tak suka atau benci fasha. ek? ini entry yang berbaur, ANTI-FASHA.


tapi saya memang suka geledah facebook artis kita...sebab suka tengok dorang pose...lepas tu jumpalah cerita apa-apa kan, dan itulah yang saya ceritakan kat awak-awak semua :)

ramai yang BENCI/TAK SUKA fasha sandha ke?

sekadar bereksprimentasi. apa yang saya tulis minggu-minggu lepas pasal artis, selalu menarik hati pembaca. means, kalau ada 3 entry pasal ayu raudhah kahwin, salah satu entry akan dapat komentar dan trafik juga menjunam naik. sama jugak bila tulis entry berantai pasal heliza helmi, tom my star LG...


tapi, bila tulis pasal fasha (entry pro fasha), macam orang tak suka baca je... tak suka fasha sandha eh awak semua?
habis, dah tak nak datang blog saya pun....huhuhu sob sob sob ;'(


ohh fasha, kau memang da boom, sampai blog aku pun kena boommm!



awak-awak, sila jawab =]

Feb 7, 2011

[GAMBAR] fesyen-fesyen rambut FASHA SANDHA

sama ada rambut palsu ke rambut separa palsu, atau tiada yang palsu melainkan yang tidak palsu belaka, argh, tak sempat pulak nak tanya empunya badan mahupun menilik satu-satu. layankan saja... mana tahu dapat bagi idea untuk awak-awak semua ubah rambut untuk tahun 2011 nihh... T____T


= fasha sandha yang masih hot dan tetap HOT =












...photoshoot majalah...


...ABPBH PC 2010...







... masa pergambaran duyung aridinata...


orang cantik, buat rambut macam mana pun tetap cantik. kalau fasha botakkan rambut dia pun dia tetap cantik agaknya. ahh, satu lagi, kalau buat gaya punk pun tetap nampak fun, bukan punk'ngan. t____t
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)