Apr 21, 2010

tips untuk mendapatkan traffic blog




salam,




semalam, seperti yang dijanjikan, saya nak combined tips-tips tu kan...ops, nak pesan awal-awal ini pendapat melalui pengalaman dan pembacaan saya saja.jadi, kalau saya tersilap dan terkurang, mohon maaf awal-awal dan tegurlah saya secara berhemah... :)





hari tu saya terjumpa tips dari bro melz.dua part dah.saya memang ikuti dan saya rasa patut berkongsi dengan kalian.saya sendiri mengkaji kenapa blog saya tak ramai pengunjung kan?jadi, kaji punya kaji, saya tahu lah sebab-sebab dia.ternyata, melz juga menyetujui hal yang sama.





btw, mungkin ada antara kamu semua yang belum kenal melz, boleh lawati dia eh di melromeo.blogspot...tapi dia ni blogger hebat. jadi, tipulah kalau tak kenal kan...kata dia, sharing is caring.jadi,saya panjangkan perkongsian dia di sini eh dengan ulasan sendiri... :)




okay, antara tips yang diberikan ialah:




Yang pertama:Template + Header = First Impression

betul tu.sebab bila template tak cantik, header tak okay, maka...orang pun sakit mata nak datang berziarah.takziah lah jawabnya...hu.jadi, kita samua perlu ambil berat tentang hal ni. cuba tengok header ni, menaik, kan?




saya dulu punya template syok sendiri...(malu T_T)huhh, skema dan lesu.header apatah lagi..pengunjung pun memang down lah.tambahan masa tu blog mana nak macam sekarang pun.follower ciput, berapa kerat je.rasa dalam 60 orang je kot (dalam masa 2 tahun beb!bayangkanlah!).



tapi buat perubahan header dan template.wahh, berkali-kali ganda meningkat sampai follower naik dekat 180 orang dalam masa 2 bulan saja.huhh..hebat penangannya kan?hajat hati mahu tukar lagi...biar melonjak naik lagi.hehh.




jadi, perlu ada guideline.macam yang dikata oleh Melz : "Apa yang korang kena buat adalah mencari guideline untuk korang dapatkan template yang sangat terbaik untuk 'orang' lain yang baca . Bukan kita ok! Lepas dah cari guideline segala macam . Now buat satu entry dan tanya pendapat orang² yang dah berpengalaman tentang template dan cara penyampaian korang dalam blog. Jangan malu bertanya dengan apa yang kau dah buat. Kalau ada orang marah² ke nak kutuk² atau apa sekali pun pasal blog kau tak cantik lah apa lah itu lah. Come on, nak majukan? Improve tuh dulu"





Yang kedua : Domain

tengok domain hanis zalikha ni, kan mudah? http://inibelogsaya.blogspot.com simple dan senang nak sebut.


begitu juga domain ini... http://melromeo.blogspot.com. kan?



buat blogger baru, hati-hati nak bina domain tu.jangan tersilap pilih.rugi nanti bila nak tukar-tukar balik.saya dulu tak tahu apa pun tentang hal ni.bahawa bila tukar akan bagi kesan kepada blog.hehh, jika tukar follower kita susah nak jejak kita balik.begitu juga pembaca-pembaca semua.




saya pernah tukar sekali...dari domain gadismanis86.blogspot kepada soffya86.blogspot. huhh, semua orang cari tak dapat lepas tu.terutamanya peri pia.ohh, tak boleh okay.jangan main tukar-tukar.rugi.jadi masa nak buat blog, pilih betul-betul.jangan nak kreatif sangat sampai pelik dan jelik.lagi susah orang nak ingat, lagi susah nak pergi jauh.lainlah kalau blog kamu hebat sangat, kan?


macam melz cakap: "Sebagai contoh korang janganlah nak pakai domain 'sayaseoranglelakikacak.blogspot.com'. Korang ingat senang ke nak ingat? So takyah beringat, so carilah domain yang mudah diingat. Coz kalau korang tukar domain. Rugi Alexa , PR semua bai."



saya pun tak reti apa itu alexa dan PR tu, nanti boleh ajukan kepada en Melz...:)



okay, nanti sambung lagi..sebab macam panjang sangat derr...






p/s:ini pengalaman saya sepanjang berblog.saya tahu itu tips penting tapi kadangkala gagal nak buat.tapi lepas ni, insy...akan aplikasi dengan tegar.hehh :D


p/s/s:terima kasih buat semua blogger yang sudi berkongsi tips...moga akan menjadi panduan untuk kita semua...:)

15 comments:

Peri PiA said...

nge~,ade nama ku muah2

kekangan waktu utk ulangkaji,blog ku sudah sgt2 jauh ketinggalan

hepi for u anyway :)

ardinihumaira said...

betul tu sayang..
kita kena ada loyal reader.. dan kena be friendly dengan sesiapa sahaja..

jsangan amalkan sikap 'merajuk' atau 'menyampah' dengan blog orang lain.. kalau kita merajuk semata2 orang yang kita duk follow, komen, hendap tak missed tak datang jenguk sesaat pon blog kita, itu namanya kita emo dan hanya nak pentingkan traffic. bukankah berblog memerlukan keikhlasan? kan.. haaa.. so, biasanya kalau kita yang jadi loyal reader orang, balasannya? ada yang akan jadi loyal reader kita.. be honest, itu yang terbaik.

then, kalau kita menyampah dengan blog orang lain.. ini salah satu sebab kenapa kita kurang dapat perhatian sebab asyik nak menyampah ngan entries orang je kejenya. kita kena tahu kat sini, blog bagaikan rumah pemilik blog tu. kalau kita masuk rumah orang, pastu menyampah, tak ke kita yang salah. nape nak menyampah dengan rumah orang.. tak suka, blah.. itu yang terbaik.. jangan maki hamun. tak elok.. dan paling penting, cuba berikan feedback sepositif yang boleh.. try to be patient even kita hangin dengan entry dia. ataupon entry yang menjelikkan kita, cuba nasihatkan cara baik.. mungkin lebih baik berdiam diri dari komen entry yang tak sesuai dengan jiwa kita. nanti lain pula jadinya..


err sebenarnya banyak lagi nak kongsikan cuma.. panjang berjela la pulak. dah jadi sau entry hehe ;p


peace soffya! sharing is caring ^_^

[s][u][e][h][a][n][n] said...

info yang amat2 membantu :)

soffya cik bulan said...

peri pia,
he..peruntukkan waktu syg tuk mngulangkaji.kadang2.

soffya cik bulan said...

ardinihumaira,
ye..betul kata dini tu..pia pun prsn bnda tu.kdg2 org suka bnr dtg dn ckp, dtglh kt blog i blik..pdhl dtg tk bc entry pun..huhu

pastu i folo, folo lah blik..isk3..pelik.tk ihklas lsg..:(


huhu..rajinnya dini mengomen ye.mmg seorang yg prihatin.sayang dini...kita adalh loyal reader msg2 okay?


ok, smbg part 2 plk...:)

soffya cik bulan said...

suehann,
he...shring is caring!

ana zara said...

pernah nk tukar domain tu ke yg lg simple tapi nnti sume x dpt cari plak.. huhuhu

BalqisShafiqa said...

wah, bagusnya pengalaman akak ni!
(panggil akak je laa ye.)
harap dapat dtg blog sy dan bagi tunjuk ajar.
dah buat blog lama tp x aktif sgt kurang ilmu.
terima kasih. :)

penaberkala said...

domain sy agak2 mudah tak nk igt? haha
header pun kosong jek,ades
patut tak ramai follower mcam cik soffya

soffya cik bulan said...

ana zara,
pndpt sy, better wujudkn satu lagi blog kalau rs nk domain baru..lepastu tgk perkmbngan ant kedua2nya...

soffya cik bulan said...

balqis shafiqa,
huh, pglmn pasti mematangkan..dn hrus belajar dri pglmn ok..??

ok, nnti kita sm2 berkongsi ilmu eh..:)

soffya cik bulan said...

penaberkala,
huhh, kamu perli sya ye..thulah sy tkde rmai folower pn...tp tk kisah, aslkn org bc entry sy..itu lg pntg kn?
sekurang2nya sy ada kamu yg singgah di sini...:)

thkns!

btw, url kamu sng lah nk sebut...he.header walaupun simple, tp blog kamu ttp best.tp kalau header n template comel lg best..hik3.(sbb ramai awek nk ushr nanti..hoho)

SalidaSunshine said...

Cik Soffya, thanks for the tips. Baru 1st time jumpa tip yg lain drpd 'blogwalking', 'comment blog org lain' dan bla..bla.. rupanya header kena tukar. Huuhuu.. nnt akan ku tukar, letak gmbr Ariel Peter Pan. Wahh... Saiko...

PutRee SeJiNjaNg said...

tips yang menarik...thanks for sharing dear..=)

Linglung said...

gua setuju dgn semua tips2 ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)