budak yang perasan kulit dia sihat bersama foto sifu dia
okay, ini hanya perkongsian aku sahaja, tanpa mencampur adukkan dengan mana-mana rujukan, berdasarkan apa yang aku fahami, pelajari dan pengalaman setahun lebih dalam bab-bab kecantikan kulit muka ni.
even muka aku tak secantik angelina jolie, tapi alhamdulillah, kulit aku sihat dan tekstur kulit aku juga tak rosak. jadi, rasanya elok aku kongsikan dengan kalian tentang pemahaman aku tentang bab ini, meskipun aku kadang-kadang sebelum tidur tak cuci muka dulu, tak pakai pelembap selepas penyegar,cuci muka dengan tak mengikuti langkah..hakhak. malas..itu lah alasannya, tetapi sesiapa sahaja yang datang merujuk tika membuat pemeriksaan kulit, aku pasti nyatakan langkah yang sebenar kan?moralnya, jangan ikut aku, tapi dengari nasihatku...:)
Pemakaian pencuci muka sahaja, tanpa penyegar dan pelembap itu salah.
Macam yang kita tahu, kulit muka memerlukan penjagaan yang rapi, bukan hanya sekadar kita cuci-cuci muka sahaja setiap hari tetapi memerlukan pelbagai langkah lain juga, salah satunya pemakaian toner dan pelembap. kadang-kadang sesetengah orang anggap, saya sudah cuci muka jadi, tak perlulah lagi nak itu ini kan. apa nak kisah penyegar dan pelembap tu... macam-macam, cerewet.
Ohh kawan, kalau nak cantik, mesti cerewet. ini bukan ukuran muka kamu cantik tak, tapi KULIT. sekali lagi aku tegaskan, K.U.L.I.T... kulit yang sihat dan lambat tua. itu yang mahu, bukan? banyak yang aku jumpa, datang buat pemeriksaan kulit muka, cakap nak kulit sihat, bukan nak putih...tapi, pakai si itu, ini yang kasi kulit menggelupas dan nipis. hello...itu dah menjejaskan kesihatan kulit kamu okay? jadi, jangan fikir nak putih apa lah, nak lagi gebulah..tapi tak fikir bahan yang kamu pakai itu merosakkan kulit muka.
Nak kulit sihat mesti kena rajin. jadi, jangan hanya tahu cuci muka sahaja tapi tak bagi ia tenang kembali. Ketika kamu cuci muka, PH kulit telah berubah... liang-liang roma juga terbuka. jadi, perlukan penyegar untuk mengembalikan PH yang asal dan menenangkan kulit setelah proses itu. manakala pentingnya pelembap muka adalah untuk membantu menghidrat, melicin dan melindungi kulit daripada kekeringan.
Sebab itulah..ramai orang yang berpori-pori terbuka. seumur hidupnya, ia hanya tahu mencuci muka. alasan? sebab mak dia cantik juga tak pakai apa-apa pun. ohh, betulkan fakta anda. betulkan pemahaman anda. kita bukan lagi di zaman mak-mak kita yang persekitarannya sihat sejahtera, yang makannya segar-segar bukan KFC, MCD, bukan pati ayam knorr, bukan twisties, bukan meggi segera. bukan kawan. jadi, janganlah mengandaikan kondisi perut anda seperti mereka, dan kondisi persekitaran kita sangat selamat.
Jadi, bertindak bijaklah. kembali kepada paras normal dan renungkan kita kini di alaf 21 yang macam-macam ada. pertu kita juga macam-macam sudah disumbat. mahu tak mahu, kita harus mengambil jalan berjaga-jaga, dan lebih tepat lagi, CEREWET. arh, pedulikan cakap-cakap, yang berbunyi.."eleh, tak payahlah jaga sangat...aku tak pakai apapun, okay saja..."
ha, datang sini mari aku periksa tengok tekstur kulit kamu masih okay ke tidak...entah-entah sel-sel kulit mati berkerak di muka, entah-entah lubang sana-sini, dan entah-entah keradangan di mana-mana. sayang, dengar pepatah ini..."mencegah itu lebih baik dari mengubati..." ye tak? jadi, selagi berkesempatan, jaga ye...ohh tiba-tiba terasa insaf sekejap sebab diri sendiri pun kadang-kadang alpa. buat pengetahuan kamu juga, dulu aku pun tak ambil berat sangat pasal ni, tapi bila aku dah tahu macam-macam dan jumpa macam-macam orang, aku terasa insaf sangat dan bersyukurnya ya Rabbi dengan keadaan kulit muka sekarang...
kenapa tangan? jawapannya di sini.
pemeriksaan kulit muka dengan scanner kulit
tekstur kulit yang sangat berminyak
Penyegar adalah penenang kulit, bukan pencuci kotoran
ini lagi satu masalah. menjadikan penyegar sebagai pencuci. jadi, apa peranannya pencuci muka? banyak yang kita lihat, ramai dari kita yang akan mencuci muka, kemudian mengambil penyegar dan meletakkan ia pada kapas dan menggahar kata orang timur..lupalah kata orang key el (KL) macam mana...ha, menggosok...ke seluruh muka sekuat hati dengan lahapnya (aku lah tu...dulu.grrrr).adui...sakit kulit dik. kasihan dia. kalau dia boleh cakap, lama dah dia cakap "eh mangkuk, what hal lu gahar-gahar gue like that? apa ingat gue kulit durian ke....??" aha, lebih kurang macam tu lah dia sound kau nanti tapi sebab ia tak boelh bercakap indirectly, makanya kamu kena faham sendiri....
Faham bahawa yang penyegar fungsinya adalah untuk menenangkan kulit jadi bila sebutnya menenang, maka, gunakanlah ia dengan cara yang paling 'cool'. bagaimana nak apply ia pada wajah? senang saja... hanya spray (jika berbotol spray) kalau tidak bagi yang dalam bentuk botol biasa, sapu pada wajah sahaja dan kemudian tepuk sikit-sikit. alah, macam iklan SK II tu...bukannya menjadikan ia sebagai peluntur (clorox) wajah.
Konon-konon...bila dah letak pada kapas muka dan gosok sekuat hati tu..."eh, ada kotoran keluar.banyaknya kotoran..wahh, hebat penyegar ini..."ye, bukan begitu ye kawan-kawan. penyegar adalah penyegar...dan pencucilah peranannya untuk menghilangkan kotoran-kotoran itu. segala make up itu harus dibersihkan oleh pencuci muka dan cucilah muka dengan cara yang betul. bagaimana nak mencuci muka dengan betul, bagaimana nak memakai pelembap, krim (sunblock) dengan betul, itu next entry ye.ni kita cerita pasal pencuci dan penyegar dulu.
Elakkan menggunkan kapas muka untuk pemakaian penyegar sebab kita telah membazir benda tu. yelah, dah kita letak pada kapas, kapas serap lagi, lepas tu yang apply kat muka hanya saki-baki saja. jadi, teruskan apply pada muka. kalau yang spray macam SK-II itu lagi bagus.
Pencuci berPH sesuai untuk muka, pastinya tidak bersabun. jika bersabun, baik ambil sabun badan saja.
Mana yang kita nak? sedap disental ke sedap dipakai ke tak sedap disental tapi bagus untuk kesihatan kulit?wanita...adalah golongan yang selalu dipsiko dengan anggapan-anggapan sedemikian, dan kecenderungan wanita selalu dipergunakan untuk perkara-perkara sebegini. okay, pemahaman kita, kalau pencuci muka banyak buih, sedapnya nak pakai. boleh gosok-gosok seluruh muka dengan ganasnya...kan?kalau kurang buih, macam tak cuci je, tak selesa, tak best. tapi, sejauh mana kebaikan ia untuk kulit?
Sangat tidak bagus ye kawan-kawan...zero. sebab, kalau pencuci muka banyak buih, ia pastinya tinggi PHnya. bukan lagi 5.5 yang macam iklan 5.5 tu..grrrr. sabun badan...tahu berapa PH dia? sekitar 9 hingga 11 tahu? jadi, kalau pencuci muka kita pun berbuih lebih kurang itu juga, agak-agaklah berapa PHnya pencuci muka itu...?
Macam aku...prefer pakai pencuci muka yang dah ada make up remover sekali, maka tidaklah perlu memakai segala mak nenek untuk tugas itu. hanya bila mencuci muka saja, aku dapat melihat kekotoran itu keluar dan wajah pun bersih dan bebas dari sebarang anasir luar. tiada buih, tiada sabun. bila tiada buih, tak perlu pakai air yang banyak, hanya apply sahaja, dan segala anasir pada wajah pun hilang. kulit pun rasa sihat, tiada ketegangan yang tidak menyenangkan itu.
Apa yang aku pakai? tentulah dari produk pilihan, yang 100% selamat dan bebas alkohol, kimia berlebihan, 100% dari sumber semulajadi seperti rumpai air...iaitu produk IRES, keluaran CNI. selamat sangat rasa guna produk ni, meskipun mahal sikit, tapi tak apa, tahan lama dan pastinya, menjamin kesihatan kulit, bukannya kecantikan melampau dalam sekelip mata yang akhirnya memberi kesan buruk bertahun-tahun lamanya....kan?
penjagaan asas untuk kulit muka kering/berminyak sedikit/ kombinasi
(P/s:berminat?nak order boleh PM kat facebook.theee...)
alat make up pun menekankan kesihatan.ekslusif bukan?
(p/s: suka tak, suka tak?order PM kat facebook ya...hakhak)
mendengarlah kamu aku membebel sebakul dua hakhak
- apa jenis-jenis kulit dan bagaimana mengenali jenis kulit sendiri
- bagaimana menjaga kulit mengikut jenis dan masalah yang ada
- bagaimana memakai pencuci muka, penyegar, pelembap, sunbclock dengan betul
- masalah-masalah kulit... jerawat, white head, black head, pori-pori terbuka, sel kulit mati tebal
- pemakanan kesihatan untuk penjagaan kulit
- tips-tips penjagaan kulit yang lain..insyaAllah...
aku akan cuba kongsikan mana yang termampu. apapun, kalau aku salah dalam fakta-fakta ini, tegur aku ye dengan cara yang berhemah dan matang. jangan cakap main bedal saja... apa jua pendapat, pandangan dan teguran aku terima okay..kita kongsi-kongsilah. mungkin aku tahu sikit, tapi kamu pun tahu sikit lagi dan pengalaman kamu sendiri lagi banyak...ye tak?
aku..tak cantik pun..tapi bagi aku, kesihatan kulit itu penting
ohh sebelum aku terlupa, terima kasih sebab rajin datang sini memeriahkan blog meskipun aku tak sempat jenguk blog ini... dan alhamdulillah, BE bertambah lagi. hari tu, aku bilang ada tujuh BE yang sedang berjalan sempena puasa kan, tapi sekarang tiap-tiap hari ada tambah satu dan satu jadi sembilan. ohh syukur sangat...terima kasih tuhan, terima kasih kawan-kawan... terima kasih encik nuffnang :) satu lagi, penerimaan komen ditangguhkan dahulu sebab rasa bersalah pula bila dah approve tapi tak dapat buat blogwalking dan mengomen semula kat blog kamu....sabar ya, dan jangan berkecil hati.please...:) aku sangat hargai komen-komen kalian.itu pasti.
Last, apa-apa hal... nak order barang ke, berminanak jadi ahli CNI ke, nak tanya itu ini ke, nak bagi pendapat apa ke...selain kotak komen bawah ni, bolehlah facebook aku di sini ya...ohh kawan, jangan lupa LIKE pages blogshop aku, soffya eshope jika berminat ya...:)
Notabulan:
Alhamdulillah..rezeki bulan puasa..shawl dah hampir habis dijual dan tunggu untuk direstock. sesungguhnya, percubaan pertama dalam penjualan online ini bukan senang.mula-mula rasa macam putus asa dan tak ada orang hairan, tapi usaha yang kuat dan berterusan, akhirnya menjadi juga... kini, aku dalam proses mengepos barang-barang itu harap aku akan terus bersabar melayan karenah setiap orang...dan menjadi ramah selalu...
Notabintang:
Tempahan kuih raya juga masih berjalan..dan aku agak tahun ni tak nak buat tarikh tutup. sampai aku masih ada kat tanjung malim ni, sesiapa boleh datang order dan ambil terus. tapi kalau aku dah balik kampung, kirim salamlah ye...
Notatahibintang:
weh, jangan cuak tengok gambar aku asyik baju merah tu..nak buat macam mana, asal pergi CNi mesti pakai merah, jadi itu saja si merah aku ada yop...grrr...
15 comments:
geli tgk gambar num 3 tuh!
:P
kagum :)
ku nak beli harga ahli ,hak2 :P
makan je tomato hari2. rawat dari dalam dulu..hehe
waw...bestnye tips nie...nk tnya sy pakai sabun susu kambing belina. ok x?
salam...nak copy bleh x ? nak masuk dlm belog sy...hehe
heh :D
kulit pia cantek la
tips best
leh la jadi mcm pia nnt~
hai..first time smp sini..entry ni pnjg btol..tp sy baca dr A-Z.. =)
thx for d info..sblm ni mmg pakai penyegar kat kapas then tonyoh2 kat muka..pasni xmau wat camtu lagi la..huhuhu..
cpt2 yer publish tips yg laen.. =)
i love hada labo
tetiba?
hahahaha
hye...
suke bace entry ni..btol tu..
xgne cuci muke je..
pelembab sume xpakai,
kalo sy..kulit akn jadik kering..
hmm...utk tgglkan make up..sy pkai remover..
penyegar xpenah lak gne utk remove make up..hu3..
btw...suke la entry cmni..im sure i'll ur folower..
visit my blog yea..n b my folower 2 dear!
thanks~
http://owlkieranaa.blogspot.com/
wahhh.. best!!! hehe
mcm mane nak hilangkan burn kt muka ek?? hehe
nak cek kulitttttttttttttttttt!
Assalamualaikum, Soffya...
Bertuah rasa kerna daku sampai ke blog kamu ini...ternyata kamu ini hebat juga dlm bidang blogging. Daku ingin mengambil kesempatan; melihatkan kamu begitu bersungguh dlm soal penjagaan kecantikan, daku mahu menjemput para tetamu kamu untuk meneruskan pembelajaran dlm bidang kecantikan di sini:
Penjagaan Kecantikan Seterusnya
Di sana tidak akan merekomendasikan apa2 produk. Jd, soal saingan tidak timbul. Ia adalah cara tradisional bagi melengkapkan urusan kecantikan. Semoga sukses. Tq.
lebih banyak tips yang menarik..klik sini
lebih banyak tips yang menarik
lebih banyak tips yang menarik
Post a Comment