Jun 7, 2010

PUSAT SUMBER hospital kerajaan. mari sama-sama kita rujuk!

Entry ni untuk sesiapa yang ingin tahu. baik baca... kerana ia berguna. sebab, sebelum ni aku tak pernah tahu pasal ni. oleh sebab aku tak pernah tahu, maka aku nak kita semua sama-sama tahu. aku harap entry ini dapat membantu sesiapa yang mencari tentang pemakanan pesakit sebab yang aku ceritakan ini adalah PENGALAMAN aku sendiri...


Masalah:
kadang-kadang kita blur, mana tempat nak kita tuju bila tertanya-tanya apa makanan yang sesuai dan tidak sesuai, yang boleh dan tidak boleh untuk ahli keluarga kita yang sedang sakit, kan? mungkin ada yang sakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, dan buah pinggang, kan?


Kita juga nak tahu apa makanan terbaik, bagaimana nak sediakan makanan yang bersesuaian, berapa sukatannya, di mana nak dapatkan makanan tersebut dan bila masa sesuai nak bagi makanan itu, kan?


Jadi, hari ni aku nak cerita sikit tentang satu bahagian yang boleh kita rujuk bila berhadapan dengan sebarang kemusykilan tentang pemakanan bagi pesakit yang kita jaga, iaitu PUSAT SUMBER mungkin atok, aki, nenek, abanga, emak ayah dan sesiapa saja... sebab aku pernah merujuk bahagian ni hari tu. dalam entry seterusnya, aku akan ceritakan pula tentang bahagian UNIT DIETERTIK.



PUSAT SUMBER
Semasa atok aku di hospital, staff nurse dah pesan untuk ke bahagian ini untuk bertanya soalan-soalan tadi memandangkan aku sibuk bertanya kepada staff nurse tersebut. actually, untuk ke bahagian ini, kita perlu ada surat rujukan dari mana-mana doktor bertugas ataupun doktor pakar.


Jadi, aku nasihatkan.. semasa mana-mana ahli keluarga kita di hospital tu, minta terus surat rujukan dari doktor bertugas untuk ke bahagian tersebut ataupun, jika memang pesakit menghadapi masalah selera makan yang teruk, minta dengan doktor bertugas untuk membawa pakar pemakanan tersebut terus kepada pesakit. senang, dia nak periksa ketika itu juga keadaan pesakit.


(ni maklumat aku dapat dari dietation hari tu. dia pelik, kenapa dia tak dapat information yang arwah atok aku mengalami kekurangan selera yang teruk tapi tidak dirujuk kepadanya. sepatutnya dia harus segera dimaklumi dan mesti melihat pesakit dengan kadar yang segera. pelik, kan?)

bila dah ada surat rujukan, senanglah kerja. harus diingat, tak mudah-mudah kita nak ke bahagian ni sebab tahu-tahulah kerajaan punya kan, percuma. kalau semua dapat, maka pengsanlah nurse nak melayan, kan?


Di bahagian ini, kita boleh dapatkan konsultansi tentang pemakanan, alat-alatan dan cara penjagaan pesakit tetapi secara overall sahaja. maksudnya, di bahagian ni takkan ada semua sample bahan-bahan yang kita perlukan tu... dari segi pemakanan contohnya, susu untuk pesakit diabetis yang dah ada penyakit buah pinggang berbeza dengan susu untuk pesakit diabetis sahaja.


Apa bezanya? kandungan protein dalam susu itu yang berbeza di antara pesakit diabetis dengan pesakit buah pinggang kronik-diabetis. tak percaya, tanya doktor terdekat...:) pesakit yang ada diabetis sehingga dah melarat pada buah pinggang, tak boleh makan makanan berprotein tinggi. jadi, daging, ikan, susu semua tu harus dikurangkan, betul? kecuali, susu yang rendah proteinnya.


Susu yang rendah protein yang disyorkan ialah susu keluaran NESTLE, diabetik. dia takkan paksa kita beli dulu, jangan risau. nurse tu akan bagi dulu beberapa paket sample, tapi bergantunglah. kadang-kadang di pusat sumber, barangan sample ini terhad dan itulah pentingnya kita berjumpa pakar pemakanan. semuanya pasti lengkap apabila berjumpa dengan pakar pemakanan, okay? insyaAllah, dia ada kesemua sample produk khas yang kita nak cuba tu.


Dari segi alatan, nurse tu akan tunjukkan apa alatan yang perlu dan bagus untuk kita ada di rumah untuk pesakit yang kita jaga. contohnya, pesakit kencing manis. alangkah eloknya jika ada alat pemeriksaan kencing manis tu... belilah. bukan pesakit je yang boleh guna, tapi seisi keluarga. tambahan lagi, bila keturunan kita banyak yang kencing manis. insyaAllah, alat itu pasti membantu.


Beli dengan hospital kerajaan, harga pasti berpatutan... cara penggunaan? bila nak guna? semua akan nurse tu tunjukkan, jadi jangan risau. belajar dengan tekun.... jangan silap cucuk jari pula, okay?



cik bulan:

aku beli alatan tu untuk arwah atok tapi sempat sekali saja guna... yang lain-lain, aku jadi nurse untuk makcik-makcik dan sepupu-sepupu aku. cucuk-cucuk gaya orang profesional.eceh! 

aku suka dua nurse tu... namanya KAK SOFIE dan KAK NA. mesra pelanggan dan sangat baik hati. dia ajar aku guna alat tu dengan sabar... dan kali ini aku nak ucap, terima kasih!)

3 comments:

Anonymous said...

beskan bile dpt cucuk org..
hehehhehe..

Sheherazade said...

bagus sgt entry sayang,thanks so much

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

takut kene cucuk...
;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)