Jul 4, 2010

mohd persis shamrin. vokalnya kena dengan gegendang telinga aku.

Adi, Nani dan Mohd : finalist Mentor 4



kalau tak percaya dengar betul-betul. ish, kalau dia nyanyi lagu fotograf aku rasa gerenti meletup, sebab suara dia memang suara lama. payah nak cari. walau kau kaku beku semacam je kan, tapi kau ada bakat mohd. kebekuan kau itulah identiti kau, okay? (ohh, tiba-tiba teringat ke pintu kasihmu....nice, kan?)



Namun begitu malam ini Mohd yang merupakan protege Ziana Zain akan menyanyikan lagu baru ciptaan Aswandy dan Sham Kamikaze berjudul Cinta, menyampaikan lagu pilihan Tragedi Oktober dan Itu Kamu, selain berduet dengan Juara Mentor Musim Ke-2, Fiq menggegarkan dewan itu dengan lagu 3 Malam Tanpa Bintang dan Bujang Senang.



Lawannya Nani akan menyampaikan sebuah lagu baru ciptaan mentornya, Azmeer berjudul Terhenti Di Tanda Koma, selain menyampaikan medley Suci Dalam Debu dan Livin’ Da Vida Loca.
Gadis lincah dari Sarawak ini akan mengakhiri percaturannya di pentas Mentor dengan persembahan duet bersama lagenda Rock, Ramli Sarip membawakan medley lagu Istilah Bercinta dan Jikalau Berkasih.



Manakala protege penyanyi Dayang Nurfaizah, Adi pula akan menyampaikan sebuah lagu ciptaan Omar K berjudul Tafsirkan Cinta, selain dua lagu pilihan Kenangan Terindah dan Suatu Janji. Dia akan berduet bersama Aizat menerusi lagu Hanya Kau Yang Mampu. -dipetik dan diubahsuaikan dari gambargambarpelik



Cuba kau perhatikan, untuk siri mentor yang lepas, seakan-akan wujud satu trend iaitu juara mesti dimenangi oleh penyanyi berunsur rock. Cuba tengok Pija, Fiq dan Black, kan? jadi, kalau trend tu amsih berlarutan, maka peserta pilihan tentulah Mohd, kan?



namun, mungkin juga rakyat malaysia ingin beralih arah tahun ni dan kemenangan berpihak pada yang lain.. tapi dalam hati aku tetap sama, suara rock dan ala-ala zaman fotograf/damasutra/BPR itu yang menjadi pujaan hatiku...jadi Mohd, keep it up! jangn buat malu kawe, deh...:)



cik bulan:
tahun ni tak ada ke Mentor lawan dua negara macam fiq dan Irma dulu. kan best, ye tak?ngee....


[kalau suka, share atau like ye]

2 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

mcm black is better kan???

Sheherazade said...

Mentor ni kureng,semlm sempat tgk juga sikit hak2 :P


suka time uji bakat,pecah perut

ade yg memalukan diri sendiri :|

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)