Showing posts with label diari cikgu. Show all posts
Showing posts with label diari cikgu. Show all posts

Aug 20, 2011

Cikgu bersama anak-anaknya. Eh, anak muridnya ;D

Gambar ni semua aku curi dari fb aku yang kedua, yang memang aku buat untuk approve segala friend request dari anak murid aku... dorang tag gambar-gambar nihh sebab masa hari kejadian (hari keusahawanan + hari satu murid satu sukan) yang lepas rajin sangat snap gambar. dia pakai dslr... memang cantiklah gambar kan... ;D



dah rupa ibu mithali ibu yang sejati dah. agaga ;D




eh lu kenapa, tak puas hati sama gua ke? hahaks.

rupa bonzer pun ado. geng-geng toke cakap memang macam gini punya series  ;P



ah, dah macam anak aku budak nihh.


haha. memang tak boleh blah gambar nihh.



peace ;D

baca komen-komen dorang memang nak tergelak. takpelah, layankan aje... ;)


nak pergi shopping raya... yayyy! tapi malasnya... huhu
seronok jumpa kawan lama semalam tak habis lagi... ;D


Baru saya perasan yang status nuffnang saya tak glitterati (Nuffnanger Eksklusif) lagi. agak-agak kenapa ye? dan macam mana nak jadi glitterati balik? sebab iklan heartbeat tu ke, atau sebab ada dua blog yang saya privatekan?

Jun 30, 2011

2 Hari Kursus SENI dalam P&P KOMSAS kat SMK (P) bandaraya | baru aku rasa beginilah rupanya memandu di dalam keSESAKan

malam tu pergi ushar kat manalah SMK (P) Bandaraya ni, yang tertulis alamatnya kat jalan Changkat Tambi Dollah. dengar nama jalan pun macam dah pelik dan memang macam tak pernah dengar. nasib baik ada assistant yang dah pro dengan kolumpo nihh. tapi jalan sebenar-benar nak ke sana masih kesamaran, masih tidak ketahuan.


so, konon-kononnya pakailah Garmin (si menatang GPS jugaklah), set dari rumah sebab nak tengok jalan sebenar dari rumah ke sana macam mana. esok follow jelah yang tu dak? tapi haram nak dengar benda tu cakap, dah kita nak ikut jalan lain, dia bagi jalan susah tu kenapa? hehh :P mulalah dia cakap turn left, awak turn right. nasib baik dia tak marah. dia cuma calculate jalan lain pulak ikut jalan kita dah lalu tu. canggih tak canggih lah kan.... :P


mula-mula tu tersesat jugaklah. exit bulatan kampung tu orang suruh masuk exit 1, pergi lalu kot jalan kecik sebelum exit. dah malam. tak jelas sangat kan.. (ayat cover. :P). tapi konar sana sini, jumpalah jugak kan jalan sebenar. so, aku buat semula dari arah datang lepas terowong ke-2 lepas bulatan pahang tu supaya esok tak lah terkebil-kebil. alhamdulillah, okey.


so, esok aku pun turunlah dengan semangat yang berani dan suam-suam cuak. berdebar tak hengat. tapi aku selalu amalkan surah al-fatihah dan 4 KUL kalau nak drive atau dalam apa jua keadaan pun. korang pun amalkan surah-surah tu jugak okey. insyaAllah, hilang gemuruh dan selamat...


pukul 7.30 aku turun, 8.45 kot aku sampai sebab jammed. padahal tak lah jauh mana pun. barulah aku tahu, begini rasanya memandu di dalam jammed. sebelum ni selalu jadi orang kat sebelah je. tukang tengok. paling-paling pun, tukang tidur. hehh. so, aku tak dapat rasa, seksanya orang drive dalam jammed. lenguh kaki, bosan, letih semua ada. kan? korang pulak mesti macam tu jugak kan?


aku sendiri pun macam percaya tak percaya lah aku bolah drive sendiri kat jalan KL yang sesak nak mati ni... tapi berdebar tu tak payah nak cakaplah. orang pulak main sodok-sodok nak masuk membuta tuli. aku ni jenis bagi je kalau orang nak masuk, asal bagi lah signal dulu nak masuk tu. jangan main redah je, terkejut mak nokksss... :D


sebab aku fikir apa kan, kalau time orang kita bertolak ansur, nanti time kita orang buat yang sama kan? kan dah cakap, kalau kita permudahkan urusan orang, insyaAllah, Dia akan permudahkan urusan kita pulak, ye dak? dan setakat ni, aku tak pernah lagilah bunyikan hon kat orang walau orang tu drive dengan cara berbahaya pun. tak sempat kot... haha. lagipun aku taknak biasakan diri. malas ah ikut perangai orang panas ni.


alhamdulillah, dua hari ni pergi dan balik dalam keadaan yang selamat. cuma kat bulatan pahang tu time balik rasa macam cuak gilerrrr. memang kena cepat dan cekap. kalau tak, memang tak balik lah jawabnya. tapi insyaAllah, dah faham sikit-sikit jalan kat bandaraya kolumpo tu... bak kata orang, kalau tak buat sendiri, tak faham, tak reti, ye dak? dah buat, barulah biasa....


tempat kursus pun taknak kalau kau. kat tengah-tengah bandar ha. belakang sekolah tu tersergam indah Times Square. cikgu-cikgu ni sembang, budak-budak sekolah ni tak ponteng pergi lepas times square ke, dah dekat sangat kan...? kadang-kadang aku terfikir jugak, macam manalah cikgu-cikgu sekolah ni survive hari-hari ni dengan tempat kerja tengah-tengah bandar ni. mesti pepagi dah turun kalau tak nak bersesak-sesak. agak-agak depa sembahyang subuh kat sekolah kot...


memang nak bagi two thumbs up lah kat dorang. sebab sabar... sabar dengan pelajar dan sabar dengan resam pekerjaan mereka tu sendiri... kan?


so, sekarang.... siapa cakap, JADI CIKGU TU SENANG?


 
tengok, apa kat belakang pokok tu? 



 

nak balik dah. babai SMK (P) bandaraya, ada umur panjang, kita jumpa lagi...:D




nota akhir:
Dua hari kursus seni ni macam-macam kena buat.. kena berlakon lah, bersajak lah, bersyair lah, melukis lah, hehe menarik :) nanti kita cite lagi :)


Tersasul lagi... | pengalaman jadi M.C yang kali ke berapa entah...

asyik-asyik tersasul je kerja aku kan... macam cerita tersasul-sasul yang lepas-lepas (klik LINK) yang buat budak gelak terbahak-bahak dan jadi bahan nak kutuk aku... haihh. kali ni pulak time jadi M.c. memang dari zaman sekolah kerja m.c ni dah selalu aku buat, tetapi, setiap kali jadi m.c tu bidang lain-lain dan setiap kali tu aku akan jadi gabra. contoh, m.c untuk majlis ceramah, m.c untuk kejohanan taekwando, m.c untuk malam kebudayaan...


dan latest, m.c untuk hari sukan. term-term/ kosakata dalam majlis berbeza pastilah berbeza ye dak? ditambah pulak, kalau tak buat rehearsal/ atau latihan, atau dalam kata lainnya, tak buat persediaan/kerja last minute, lagilah haru ye dak?


so, setiap kali tu ada jelah mistake aku buat dan salah satunya benda-benda tersasul ni. bersedia ajelah, nak jadi bahan kutukan 2 minggu. hoho. dulu aku pernah sebut ijajah untuk ijazah masa nak introduce abang penceramah, lepas tu pernah lupa nama VIP bila nak ucap terima kasih kat dia lepas bagi hadiah masa kejohanan taekwando tu... menggagau kau nak cari nama dia balik sedang dia duk tersengih-sengih atas stage. dalam hati VIP tu dah menyumpah kot, cilake budak ni tak hengat nama aku! hoho. adehhh. takpe, takpe. pengalaman kan...?? lagipun tu masa sekolah wehh even tu event luar.


hari sukan tu pulak, buat lagi tersasyull tak hengat ko. masa baca catatan pecah rekod, orang baca 11.44 sebagai 'sebelas point empat empat', aku gi redah baca 'sebelas empat point empat'. tak ke niaya? yang lagi niaya, bila nak umumkan acara yang bakal berlansung ialah 'acara larian 4 darab 400meter'. sudah, mati. yang sepatutnya, 4 kali 400meter. pengsan lagi sekali. nasib jadi bahan hanya 2 hari. hehh.


"releks dik... 2 minggu ye :P" katanya kak zue, si M.C tetap bertahun-tahun... hehe.



macam series tak series sangatlah kan...:P


kak zue ada tanduk dua, aku pun nak ada jugak :P


p/s: kredit to kak yam for these photos.



tapi takpe lah... ada jugak yang datang nak jenguk-jenguk konon-kononya, tu tetiba SMS... 'bagus suara awak kat padang tadi. team tari erobik awak pun perform okey' elehh, bodek ler tu. tak yah cakap, dah 3645 orang dah cakap ler :P. Hehh, tau ler kome gelak terkangkang-kangkang masa aku salah sebut tu kan? lepas tu jadi bahan nak kutuk aku. hehh.



Jan 27, 2011

lagi esok sehari, lepas tu cuti sekolah, yayyy!

dah tua-tua pun boleh jadi macam budak kecik kalau kau jadi cikgu sekolah. seminggu der, seminggu. almaklumlah, cuti pepanjang gini bukan boleh apply. mintak maap lah kalau nak kahwin time-time sekolah ye. sila postpone kegatalan tu. tunggu aje cuti sekolah. nak kahwin, nak honeymoon ke bulan langit hijau, ahhh pergi. tapi tima cuti sekolah aje ye?


so, sempena saya nak cuti seminggu nihh, nak bagitahu, tehee...saya dah gaji dah untuk bulan 1, 25hb hari tu. sesape nak makan kat mali's char kuew teow tu, silalah datang dekat rumah saya jam 8 malam hari sabtu, sebab masa tu saya dah balik kampung dah, so, kalau nak makan, silalah beli dan bayar sendiri. agagaggaa...=P



btw, selamat bercuti untuk tahun baru cina sesape yang cuti tu yerk!  tak kira ar, cuti pendek ke, panjang ke, asalkan dapat cuti. yang tak dapat cuti, silalah cuba lagi untuk tahun depan. kah kah kah. =D


p/s; tengah makan meggi, sebab tak ada sesapa nak tolong belikan makanan. adoiiiii.

Jan 24, 2011

cabut gigi kau nak?

cikgu: okey, saya tak nak lagi lagi ayat macam standard budak darjah 2. nak ayat budak tingkatan 1 okeh. cepat, siapa nak bina ayat untuk kata kerja tercabut.
murid 1: saya (angkat tangan dan jawab). gigi saya tercabut.


cikgu: eh, tu bukan ayat tingkatan 1, tu ayat budak darjah 1... tau (dalam hati tahan gelak). ha awak, cuba.
murid 2: gigi aiman tercabut, cikgu.


ketawa.
cikgu: (adehh, ponat den). tengok, asyik tu je. 3 perkataan jeeee.... sama pulak tu. sorang gigi saya tercabut, sorang lagi gigi aiman tercabut. hehh, nasib baik dia tak cakap, gigi cikgu safia tercabut. karang, dengan gigi-gigi awak saya cabut karang.

murid: (gelak berjemaah)

aiseymannnn...

Jan 6, 2011

Menteri pun tak sibuk macam aku daa... ;P

urm, sebelum masuk sekolah, hari-hari aku bilang hari dan hari-hari, hari bilang aku. sebab memang tak sabar benau nak rasa macam mana lah jadi cikgu sekolah yerk :P eceh, macam tak pernah praktikum. tapi kan, aku dah bajet kalau jadi cikgu betul-betul mesti lain. yup, jangkaan aku memang tak lari. memang lain. definitely.


memang hari pertama aku bermula dengan penuh dugaan dan ranjau onak duri suka duka segalalah... mula dari perhimpunan masa pertama, masa ke2-3 briefing kelas sendiri, masa 4-5 mengajar, ke-6 rehat, masa ke7-8 mengajar dan masa ke9-10 mengajar.... cuba kau agak, macam mana lah rupa aku hari tu ye?



argh. pengsan.
yang penuh ranjau berlikunya ialah, masa ke-4, lepas briefing budak kelas, tiba-tiba, ada seorang budak datang cakap dia nakbalik, demam. aku baru je nak bawak dia keluar, tiba-tiba.. tau apa?



muntah!
ohh damn. macam mana ni? series, aku gabra wehhhhh. nak cari guru bertugas sekian hal nak mintak kebenaran balik untuk pelajar tu, dengan fikir kelas yang menunggu. aduhhhh. permulaan yang cukup mencabar.



safia, awak jadi guru penyelaras BM tingkatan 1. awak kena buat...bla, bla, bla...
safia, awak s/u pendirikan moral. bla,bla, bla...
blur!



paling blur, bila nak buat rancangan pengajaran. padahal dulu masa belajar, masa praktikum kemain terer. panjang 4 depa. sikit pun tak pandang kiri kanan. hari ni, RP kena buat kementot je. space dia bagi pun sehelai satu hari. asyik main kira je... macam mana RP yang 4-5 helai nak kena buat dalam 15 baris aje ye?



tengok cikgu sebelah sengih. tengok cikgu depan sengih. citt, tiba-tiba aku rasa aku macam blur gila, macam budak yang tak belajar apa-apa masa universiti dulu. hehh. betul cakap orang, masa kau belajar dan masa kau kerja, semua beza. lain gila. termenung. ;'(



masuk kelas pulak, lagi bercakap tak henti. datang bulan, sakit pinggang macam nak patah . kasut tumit tinggi, buat kaki rasa macam nak rabak. wahh perfect. memang aku tengok dunia, macam kaki duk kat atas, kepala kat bawah. masa ke7-8, surrender. ke 9-10, memang aku tak larat lagi untuk berdiri dah. help!



malam.... selera makan mula hilang. wahh kurus lah macam ni. mula demand, mintak dengan encik M macam-macam. sekejap roti, sekejap sup. argh. lantak. demam mula nak berkawan. ku tolak ku tepis.  dengan tidur yang sejam dua, dapat juga akhirnya aku melihat semula dunia dengan pandangan bernafsu gembira. alhamdulillah. kerana ini adalah cita-cita, sagal cabaran akan aku sahut mesra. insyaAllah...



dan hingga hari ni... bak ayat encik M, ohh kencing pun tak senang daaa.. sibuk nak mati. nak berfb ke, berblog ke aku rasa tak sempat. semua tu aku kena tolak tepi. walau kelas petang, tidur jam 12 bangun awal pagi. semua kerana kerja yang macam-macam jenis ni.



sekarang cuba kau cakap, mana lagi sibuk, aku ke menteri? :P

Dec 2, 2010

aku cikgu garang? mengulit kerinduan ketika berpraktikum.

 saja je nak control. nak buat garang pun control jugak ke? hehh
ni bukan apa, ni muka mintak pelempang lah ni ;P

entry aku semalam selamat diterima en ben dan disenaraikan dalam entry ini bersama 26 blogger yang lain. pergh, berdesut trafik masuk. ada yang tinggalkan komen, ada pulak yang follow, terima kasih banyak-banyak. aku sedar ni pun lepas jam 2 pagi masa bukak ladtop balik. sebab lepas jam 9 malam aku dah off pergi kemas rumah.


cakap pasal kemas rumah ni, sebenarnya aku kemas-kemas sambil selongkar kotak-kotak aku yang dibawa dari rumah kakak angkat dan sepupu aku. aku tumpangkan kat rumah dorang dulu masa habis belajar dan habis praktikum. so, banyak lah rete redak yang tak perlu sebenarnya pun, tapi jenis aku ni suka benar menyimpan. lepas tu kemas lagi buang sikit, dan simpan lagi buang sikit lagi. gitulah selalu.


selongkat punya selongkar, jumpalah macam-macam harta. yang tak tahan, ialah jumpa balik kad-kad ucapan hari guru hari tu dari pelajar SMK hilcrest, tempat aku praktikum selama 3 bulan. bukan saja kad, kertas-kertas ulasan dorang (konon-konon post mortem lah kan) juga ada. banyak pulak tu.

rumah sukan; tun sri lanang (merah)


so, aku ambik, aku baca satu-satu. aku gelak. then, baca lagi, aku gelak. dari gelak kecik sampai gelak besar. kalau bab membodek nombor satu student aku nihh. tak perlu nak ajar, memang ada bakat. suara cikgu merdulah (hehh, sebab suka benar bersyair dalam kelas kan. hakhak), cikgu cantik bak permaisurilah (komen lebih kurang, hakhak yang ni lagi aku nak gelak guling-guling) kalau setakat kata aku manis ke apa tu, bolehlah diterima akal lagi kan?

cikgu ni pura-pura tekun dalam library =P

kalau duduk dalam bilik guru pulak, dia paling control ayu dan sopan. hakhak

housemate, ros


pendek kata, semua ayat bodek. bila mana pelajar suka kau, pelajar akan tulis ayat-ayat macam tu lah kan... walaupun ia tak sebenar realiti. yang tu aku tak ambik pot sangat. yang aku ambik pot ialah komen-komen membina dari mereka. aku tahu ramai pelajar cina dan india (kelas pandai) yang komen dengan ikhlas hati, sebab dorang memang bukan bahasa ibunda dorang, tapi bila belajar bahasa itu kena dengan caranya, mereka pasti suka sangat-sangat.


antara komen negatif yang aku dapat dari kebanyakkan student ialah suara aku agak perlahan, lepas tu yang paling banyak jugak dikomen pelajar ialah aku ni GARANG. hakhak. dulu cikgu garang, sekarang dah tak dah. ayat masing-masing. atau cikgu jangan garang/marah-marah sangat, tak lawa atau tak best. hakhak. tengok, kan aku dah cakap aku memang garang. sebab aku akan cari kau sampai lubang cacing kalau tak hantar kerja sekolah atau kalau tak boleh jawab soalan berdirilah sampai ke soalan yang boleh dijawab. siapa suruh tak bagi perhatian atau tak ulang kaji kan? tapi takpe, studen pandai, apa nak kisah kan? sekejap je, bolehlah jawab.




 
 garang ke....?


then, kalau komen positif yang aku dapat dari most pelajar ialah, aku suka bagi penerangan sejelas-jelasnya atau perjelasan lengkap tentang sesuatu terutamanya bila pelajar ajukan soalan. aku jugak suka ajukan soalan kepas pelajar dan pelajar suka sesi tu (komunikasi dua hala) sebab baru tahu mereka faham ke tak. dan yang paling aku terharu baca komen, ialah aku seorang guru yang tidak bersambil lewa dalam mengajar. ye, aku akui tu. yang aku senaraikan kat sini, negatif dan posfitif ni ialah komen yang aku sendiri berasakan kebenarannya. yang lain tu semua komen sama je ha. cikgu comel, baik hati, peramah, ambil berat dan lagi-lagilah ayat bodek.



tak sambil lewa sebab aku selalu akan chek latihan, bawa banyak bahan bantu mengajar seperti lembaran grafik, set induksi aku mesti ada barang-barang yang ku selalu bawak atau aku berlakon ke apa, atau mainan pun aku suka buat, sambil main kotak beracun dan jawab soalan tatabahasa. aku jugak akan pastikan pelajar faham apa yang aku ajar dengan tanya balik soalan. means, kalau tak boleh jawab,  dia  tak faham lah kan?


hari anugerah cemerlangan


komen-komen tu sangat membina semangat aku. yang negatif tu aku akan cuba perbaiki. mana tahu lepas ni pergi ambik kelas vokal ke ye dak? hehe. kasi voice power bagus sikit. lepas tu sekarang dah kena kurangkan garang sebab mengajar sekolah semua perempuan. pelajar perempuan sensitif sikit kan? tapi sebelum ni pun garang aku pun garang light light je, ye dak? hehhh =P (ayat cover)


azam aku, ialah apa cara pun, aku tak nak menjadi guru yang MEMBOSANKAN even mengajar bahasa melayu, yang selalu dianggap membosankan oleh student. doakanlah aku ni selalu kreatif dan tak kering idea untuk kaedah pengajaran aku. aku tetap nak student selalu have fun dalam kelas. biar semua pelajar cintakan bahasa melayu meskipun dorang sebelum ni anggap ia sangat membosankan. apatah lagi, ramai student aku sekarang adalah dari kaum cina, dan sama ramai dari kaun melayu dan india. so, boleh agak-agak sendirilah kan macam mana situasinya kan?


insyaAllah, semoga aku dapat menjadi lebih baik dari masa praktkum hari tu. masa tu, aku akui cara mengajar dan kawalan kelas aku memang alhamdulillah, tapi aku lemah dari buku rekod dan perancangan. so, aku harap selepas ni, aku can do more better dan harap semuanya berjalan dengan lancar. ini cita-cita aku, aku harap, aku dapat lakukan yang terbaik selaras dengan niat aku yang telah tanam dari dulu lagi.


dalam banyak-banyak kad yang terima (penerima hadiah dan kad terbanyak serta jamuan terbanyak yang diaturkan pelajar dari kalangan guru pelatih hehh. bukan bangga, riak je =P), ucapan ni paling menyentuh hati. even aku ajar budak ni masa kelas PJ je pun, satu masa je aku jumpa seminggu sebab share pegang kelas ni dengan seorang cikgu lagi, tapi dia tetap menghargai.


"teacher is a very special gift from God, we must handle it more than a fragile glass" 
-Ngeh Sze Hui-


apapun students, terima kasih banyak-banyak untuk semua kad dan hadiah yang diberikan. he, that means, cikgu tak garang mana dan masih guru yang menyeronokkan lah kan? hehhh =P perasaan, perasaan!


korang pulak, cikgu macam mana korang suka ye? mungkin ada pendapat untuk dirku ini? =) ha, ada satu student yang memang aku tahu pembaca setia blog aku ni, dia komen kan "cikgu, semoga berbahagia dengan encik M" dan "selalulah update blog, blog cikgu adalah sarapan pagi saya" hakhak. mereng sekejap aku baca komen ni. memang dia betul-betul stalk blog aku, nihh? dah tak terharu dah, yang ada haru biru je. kan, kan?


tapi aku suka bila dia cakap, di mana ada BULAN, di situ ada CAHAYA, sebab nama dia tau apa? = CAHAYA AZUREEN. ya Allah RINDUUnya kat student dulu............... sebenarnya dari tadi baca satu-satu kad, mula-mula gelak, gelak gelak lepas tu berair air mata then nangis.... ada sesiapa nak tolong lap air mata tak?

masa peringkat saringan






hari sukan sekolah. rindu saat-saat ni dan rindu dorang semuaaa ni!




hari terakhir praktikum bersama pelajar dari UNISEL

sumber gambar: semua dari entry-entry lama, aku repost balik (picasa web album)


pesan tahibulan:
ini perkongsian je okeh? mana yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan :) tqvm guys!

Oct 13, 2010

esok aku konvo, tapi tadi tak pergi raptai. bagus tak?

 sebab dalam mata ada RINDU... he :)

nak pergi raptai konon. kemain bersiap lawa-lawa. ambil train dari kelang transit kat KL central, turun tak naik-naik. cancel. rancangan bertukar, sebab ibah cakap, tak payah datang. biar dia je belajar. kalau part mana-mana kena angguk, kita pakat angguk katanya. kita ikut boss. boss angguk kita hanggguk. hakhak.

tengok kawan-kawan sekelas aku siap ada gambar pre-convo lagi. bagus tak bagus kan? aku agak ni masa ambil jubah hari tu ha...




info konvo (lebih lanjut di sini)

logotype


kalau mengikut peredaran masa dan bulan Islam, hari ni kira dah 13.10 dan memang hari ni lah konvonya. (betulkan, konvo bukan konvoi...ngeee) eh, bukan sekarang lah, tapi siang nanti bhai.. apa hal konvo malam-malam buta, kan, kan, kan? dan bila sebut konvo je, semua orang tahu, itu memang hari paling bersejarah dalam hidup selain nikah kahwin, sunat dll.(sunat pun bersejarah ke?hakhak)

jadi, sempena aku nak konvo ni... aku tak nak dera kau orang semua baca entry berjela-jela dan repekan aku yang tak ada kaitan langsung dengan kehidupan kau orang semua... maka aku nak buat entry kementot saja malam ni. maka dengan itu tamatlah entry ini dengan ucapan...

selamat berkonvo cik bulan! kalian, sila doakan aku berkonvo dengan selamatnya dan dapat jadi cikgu cepat-cepat. cikgu bahasa melayu ye, bukan cikgu PJ mahupun cikgu masak-memasak :P


pesan tahibulan:
terima kasih buat semua yang dah wish.. mek chah, dina, abg mujid dan lain-lain, dengan ucapan, ucapanmu ku kenang.keh keh keh, hakhak. :D siapa-siapa nak aku kenang dalam doaku tu silalah ucap secara berjemaah. hakhak. kalau nak lagi best, bagi bunga besauuu sekali, lagi best! :)

pertanyaan tak berapa nak ikhlas:
eh entry kementot ke?hakhak

Aug 6, 2010

semalam yang mendebarkan

Jam 6.15 pagi lagi aku dah berangkat dari Tanjung Malim ke Putrajaya dan sampai ke Presint 14 jam 7.45 am. memang mendebarkan. tengok bangunan sekolah, tengok pagar sekolah pun dah rasa cuak. belum tengok muka penemuduga lagi.haihh.


tapi segala-galanya memang sudah diaturkan... macam yang pernah ku katakan dalam entry ini...
"hidup ini ada pasang surutnya. ada atas bawahnya. ada di puncak ada di kakinya tapi jangan cepat putus asa..jangan... kalau kau diuji anggap selepas ini ada manisnya dan kiranya tiba kemanisan, harus beringat, mungkin sekejap saja lagi ada tangisan. percaya itu"


maka itulah yang terjadi. sedemikian rupa aku diuji semalamnya...dan hari temuduga itu pula segala-galanya pula berjalan seperti yang aku harap-harap dan doakan. aku berdoa aku berada dalam kumpulan yang terakhir biarpun akan balik lewat petang kerana ingin membuat sedikit lagi persediaan. bagi aku, biarlah lambat pulang asalkan aku berpuas hati dengan temu duga ini. ye, aku sangat gembira..aku memang dalam kumpulan terakhir.


NKRA...itu topik yang aku dapat dan itulah topik yang paling aku baca, hafal, dan debat-debatkan bersama teman-teman. alhamdulillah..besarnya kuasa-Mu ya Allah mendengar suara dan keinginan hati. begitu Kau telah mempermudahkan jalan...


bagaimana di dalam bilik temu duga? bagaimana berhadapan dengan dua orang panel lelaki yang segak bergaya, yang manis wajahnya? bagaimana menarik perhatian panel dengan kisah peribadi diri, dengan gaya berani? hakhak...itu sekejap lagi aku ceritakan..


apapun, aku rasa dan aku yakin aku telah membuat yang terbaik. tapi dalam hati aku sering menekankan, kalau sudah berusaha denagn sehabis baik, kalau dugaan Allah datang lagi ingin menguji ketabahan diri- aku tidak berjaya, aku tetap akan terus memohon dan memohon. manakala kalau ini adalah temu duga terakhir, dan aku telah berjaya nanti, syukur sangat-sangat, kerana cita-cita telah tercapai.


GURU...itu cita-cita dan harapan keluarga. semalam, meskipun tidak berjaya, aku akan mencuba dan terus mencuba... bukankah Allah menyukai hamba-hamba-Nya yang berusaha dan berserah kepada-Nya? Seperti yang pernah aku pesan, jangan sesekali pernah berputus asa pada rahmat Tuhan....




Notabulan:
Semalam selepas temu duga pergi melepak di Alamanda..pertama kali sampai sana...hu :P

Aug 4, 2010

bila dah gelabah dan sesak nafas

masa dah suntuk
tiba-tiba tak jumpa
tiba-tiba tak jumpa ini
haisshh
macam-macamlah kau pia
selalu saja macam tu


adakah aku bukan anak kelahiran malaysia?
eh memang sah aku rakyat malaysia.
tapi mana sijil kelahiran aku?


maka,
hari ini harus ke pejabat pendaftran lagi
bukan untuk buat ic baru,
tapi mendaftar kelahiran semula
masih bayi
eh bukan, cuma sama macam bayi 2000-an
surat beranak besar-besar
besar gedabak
macam sijil penyertaan PLKN
hehh


hari ini harus selesaikan semua
harap misi berjaya
meskipun dalam gelabah
dan sesak nafas


macam inilah...
kadang-kadang aku kerja tak ikut sistem juga
bila dah nyawa-nyawa ikan
baru terngadah cari pernafasan
haihh


kawan,
esok dah aku temuduga GST 2010
haruskan aku laungkan ini ke seluruh dunia agar kalian semua turut mendoakan....?


Notabulan:
lama sangat tidak menulis...aku tak tahu bagaimana hendak bermula...rasa janggal dan pelik.:P

Jul 30, 2010

away yang konon-konon macam ada yang rindu.:P

maaf ye kawan-kawan, jika blogwalking tidak dijalankan..jika penerimaan komen tidak dibuat, dan jika pengomeman juga tidak berlaku. saya away, jauh dari 27 julai 2010 yang ada cuma autopost untuk seminggu..satu hari dua entry...

hari ni sempat online kejap sebab ada berukband kawan...thanks ye buat yang sudi drop by even saya tak menjenguk kamu..yang sudi mengomen tiap-tiap entry agar entry itu tidak basi macam tu je...thanks again :)


jangan lupa datang dan tinggal jejak...orang akan daang balik nanti okay..:)


update:

  • hari ni ada renioun budak-budak sekolah masa sekolah menengah, 1999-2003. dengarnya ramai yang balik dari seluruh pelosok dunia...maka, nak pergi juga buat sibuk kan...kita tengok petang nanti, macam mana, ramai ke tak..yang penting, mereka buat game bowling.ohh, aku sangat kaku okay, tak pandai...jadi, rasanya tengok saja :P

  • 5hb ogos 2010- berita baik, aku dah dapat temuduga... kat putrajaya. yang tak baiknya, aku gabra...tak tahu nak standby apa..eh, ada tips tak untuk aku, kawan? kamu semua, doa-doakan aku moga berjaya temuduga itu dan cepat-cepat posting di negeri pilihanku...perak@selangor...



Notabulan:
aku pening nak pakai apa petang ni...hu...

Jul 28, 2010

terharu.sob sob sob

boleh layan entry ni sambil dengar lagu terharu, mawi feat m.nasir.kalau nak dengar dari penyanyi asal,lagi syok, sebab lagi rock...okay, tak payah layan sangat aku merepek merapu tu, layankan gambar di bawah. oit, itu bukan gambar porno ariel peterporn sampai nak terharu sebab terkantoi, tapi itu adalah gambar yang telah diedit dengan secomelnya oleh murid sekolah aku hari tu, aina nadhirah namanya...





aku rasa mesti dia ambil dari mukabuku aku. ye, bukan mukabuku tempat aku merepek tu, tapi mukabuku yang memang aku buat untuk pelajar sekolah. iyelah, hari-hari budak meroyan minta facebook, bila dikatanya tak ada, dikatanya kita menipu. jadi sebab tak nak jadi penipu, aku buat lagi satu untuk mereka.


biasalah, zaman praktikal...cikgu mesti berlagak baik, dan terlebih prihatin. weh, kalau zaman praktikal kau dah tunjukkan ketidakminatan kau pada job "GURU" ni, bila kau dah betul-betul mengajar lagilah...sebab tu aku nak pesan, zaman praktikal, buat sehabis baik.maksud aku, layan...layan segala yang patut kau layan..contoh, ragam pihak pentadbir. ikut sajalah, sabar sajalah... buat skema mungkin dengan 'kehendak' mereka. ye? tak apa, zaman praktikal, beban kerja-kerja 'pengkeranian' pun tak banyak macam cikgu tetap kan...


begitu juga karenah pelajar. jangan kerek, jangan nak songkek sangat, jangan terlalu garang, jangan tak mesra rakyat, jangan nak berlagak diva, macam kau tu model terkenal pergi mengajar kat sekolah. JANGAN okay, JANGAN! (bila aku capslock tu tandanya, mesti!). layankan saja...saat ni kau bukan banyak sangat bebanan, bukan banyak sangat kerja kan, jadi layankan saja mereka, tapi TEGAS itu perlu...


masa praktikal, tak banyak kelas nak jaga, jadi cuba bersifat prihatin yang mungkin. ambil tahu, kenal pelajar kau...ikuti teori 'kecerdasan pelbagai' tu kalau tak, payah. semakin kau mengambil tahu, semakin pelajar ingin bersama kau, pelajaran kau...kata-kata kau,pasti diikuti...insyaAllah.


zaman praktikal, zaman yang terindah. kalau masa ni kau dah tunjukkan sikap tak 'taksub' dengan kerja kau, jahanam, memang jahanam. tengoklah nanti bila dah betul-betul bekerja, kau akan jadi semakin tak beria-ria dengan pelajar kau. aku memang bukan guru yang baik sangat pun, tapi bab mengajar, kau akan tahu how seriesnya aku nak bagi budak-budak faham sampai sakit anak-anak tekak, pun tak kisah.


jangan duduk, selagi tak boleh jawab mana-mana soalan...okay? sama juga kelas PJ, jangan salahkan murid kalau mereka tak pakai baju PJ, tapi diri sendiri yang tak tegas. tapi..garang-garang aku, kejam-kejam aku pun, aku tahu budak-budak sayang aku...even, kelas PJ yang jumpa sekali je seminggu, setengah jam je pun, rapat dengan aku...alhamdulillah, perpisahan aku diraikan...


tapi, kalau kau jadi macam salah satu kawan, tak perlulah aku sebut siapa, kalau kau sendiri yang acuh tak acuh dengan budak kau, lantak kaulah nak belajar ke tak itu sikap kau, jangan salahkah mereka, jika kehadiran dan pemergian kau tidak dirasai, tidak pun dihargai, tidak pun diraikan..seolah-olah kau tak pernah wujud di sekolah tu, seolah-olah tak mengajar mereka, seolah-olah mereka tidak pernah mengenali kau...


so sad. so bad. :( malang kan? kalau macam ni, baru best....terharu, sob sob sob.. T_T


jamuan 1 cekap.kelas BM

jamuan 1 Arif.kelas PJ

jamuan 1 Amal.kelas BM



Notabulan:
eh, nak jadi perfect itu payah, tapi kalau kau cintai kerjaya kau...insyaAllah..kau boleh buat. ye, aku bukan guru yang baik, tapi ini cita-cita aku dari kecil...aku suka bergaul dengan orang dan suka sangat layan budak-budak...insyaAllah, kalau jadi guru betul-betul nanti, aku akan perform well. better dari sebelum ini....:)




Notabintang:
jangan jadi guru kerana DPLI, KPLI...kerana tidak ada kerja, kerana terpaksa. jangan.

Jul 2, 2010

18sx. jangan baca ni yang bawah 18

[ keyword 27.06.2010]


[keyword 02.07.2010 sehingga jam 1:30 a.m]


aku sentap ni, dia cari...

  • www.novel jom buat seks
  • cerita sex cikgu blogspot
  • cerita seks dengan cikgu
  • novel seks
  • sex cikgu


orang kita...kalau bab ni memang sangap sikit. aku yakin ia dicari oleh orang yang sama, betul tak?



cik bulan;


maaf, saya tidak menyediakan carian yang anda mahukan... saya ada entry-entry tentang novel, entry tentang cikgu, tapi cuba lah anda cari entry saya seperti itu, tiada. okay?

mungkin banyak sangat entry 'diary cikgu' di sini..ngee...

p/s:
lihat produk muslimah DI SINI

Jun 27, 2010

nak posting kat mana eh? sabah? sarawak?

aku tengah pening. tengah duk isi borang eGST 2010. dah nak tutup pun...30 jun. beberapa hari nak masuk, tapi line tak okay sangat. hari ni terkial-kial sorang-sorang. tak tahu nak jawab apa. eh,kau orang yang belum isi, isi cepat-cepat. buat ena dan mila, sila pilih pahang sebagai tempat temuduga, nanti senang pergi sama-sama.eceh.



paling best bila isi soalan ini:

status perkahwinan : 
belum berkahwin
berkahwin
duda
janda
balu
lain-lain

hakhak.sedih, sebab jawapannya pastilah : belum berkahwin. ala, risau dapat jauh...(risau ada makna tu cheq...nak duduk semenanjung...)


tapi tanpa rasa bersalah, terus tandakan perak dan selangor sebagai tempat pilihan penempatan. agagaaa... kenapakah?



cik bulan:


doakan aku weh...aku masih mahu jadi orang semenanjung...:), info penuh tentang borang eGST  DI SINI.

May 20, 2010

SMK Hillcrest, imbasan kenangan dengan satu Cekap | rindu bertamu...:(

....sebahagian 1 cekap....



ini kelas, memang selalu buat aku touching.aku tak tahu kenapa...aku nak marah, tapi tak boleh nak betul-betul marah.bila aku pandang wajah seorang-seorang, aku cepat tersentuh. mengalah dengan perasaan sendiri.sudahnya... dah dua kali aku menangis dalam kelas ni.haha... aku terbuka rahsia. tak apalah, dah habis pun sesi praktikal.ha, gelak la... kalau kau orang nak gelak.memang aku lah cikgu itu...




aku geram sebab selalu tak siapkan kerja sekolah, atau selalu mengganggu P&P.macam-macam hal.mata aku ni tajam.sampai ke belakang, ke tepi aku nampak kalau budak main-main. dulu, awal-awal aku berlembut juga tapi sudahnya...aku tak boleh dah.aku betul-betul tegas dan garang.(ye ke?.tanya anak murid aku lah betul ke tak.he)




tiga nama...dolah, mirul dan paan.ini yang selalu buat aku rasa nak pengsan...buku tak ada, tapi tak pernah serong masa aku.tu aku tersentuh juga.mereka ni nakal sangat, suka mengusik, main-main.aku kalau ikut cara cikgu lain, ignorekan saja. tapi, aku tak nak macam tu.sekurang-kurangnya...masa aku ada ni, mereka boleh belajar dengan baik sebab aku bukan pegang banyak kelas pun.ada masa nak bagi perhatian lebih untuk mereka.




pernah sekali, aku chek buku...masa tu fisrt time nak buat karangan.aku tengok dari meja ke meja.tapi sudahnya, Paan tak ada buku.



cikgu:mana buku awak Paan?
Paan:tertinggal cikgu.he...ni buku amali sains ada.boleh buat dalam buku ni cikgu?
cikgu:(huhh, sabar jelah...)la...apa kaitannya buku tu dengan bahasa melayu?






aku memang tak larat nak marah dah.sebab kalau aku marah, sama saja.akhirnya, aku yang lelah.Mirul dan Dolah pun sama.tak ada buku ke sudahnya... dalam geram aku suruh mereka ikut aku ke koperasi dan aku belikan buku untuk mereka.tak apa lah... janji, sampai hari aku meninggalkan sekolah tu, mereka masih ada buku karangan dan buat latihan walaupun tak sempurna.




tapi alhamdulillah...mirul akhirnya berubah selepas cik surabhe (sayang, i sayang u lebih lah!hehe) marahkan dia selepas aku menangis pertama kalinya hari tu.terus berubah.dolah dan paan masih sama, tapi dolah tak lah seteruk paan. tapi yang bestnya, mereka ni walau macam mana nakal pun, tetap dengar cakap aku. bila aku masuk kelas mesti aku akan susun pelajar ikut kehendak aku. contohnya, paan, mirul dan dolah mesti berpisah.jadi, aku atur-atur lah mereka jauh-jauh.duduk dekat budak baik macam izzat dan haqil.




begitu juga dengan ikmal, akmal dan syakirin.ni lagi tiga pelajar nakal.sama juga aku buat.dulu fazwan juga satu geng dengan paan, tapi dah berubah.cepat berubah.yang lain-lain...ada yang sangat smooth, macam adam, izzat, faez dan haqil...dan ramailah lagi.yang pastinya, aku ingat kesemua nama 36 orang pelajar aku tu.macam satu amal juga.sebab tu bila nak tanya soalan dalam kelas, semua tak boleh lari.semua kena.




mungkin satu masa mereka takkan ingatkan aku lagi...tapi aku harap, ilmu yang aku bagi tu mereka ingat. walaupun aku hanya cikgu praktikal, kadang-kadang aku aku buat lebih dari tu.walau aku tak dapat A sekaliupun untuk praktikum ni, tapi aku tahu siapa aku, macam mana aku mengajar.aku memang tak pernah putus asa.itu yang aku tahu.kalau aku nak pelajar aku jawab, dia mesti kena jawab.mungkin bukan saat tu juga, dia kena jawab hujung masa nanti.dia mesti kena faham soalan tu.perkara tu.




aku harap mereka faham, aku bukan suka-suka hati nak marah...tapi semua untuk kebaikan mereka.nak-nak 1 cekap ni aku lebih rapat.sebab aku memang ambil tahu tentang latar belakang mereka.kenapa mereka selalu tak datang?contohnya farihin.sampai hari perpisahan pun dia tak datang.pelik padahal sebelum tu beria nak datang.keluarga siapa yang mak ayahnya berpisah?dan macam-macam lah...dan aku juga tahu masalah-masalah kecil mereka tu.




masa jamuan juga sangat terasa gila, sebab mereka ni utamakan cikgu.cikgu dah makan?apa cikgu makan?bagi cikgu ruang untuk duduk.dan pelajar lelaki pula bagi pelajar perempuan ambil dulu makanan.masing-masing juga sibuk nak potong kek dengan aku.ada dua biji kek.semua tajaan peribadi.memang rasa sedikit dihargailah....sebab tu dengan kelas ni hati aku sedikit touching.





kalau bila aku marah pun, mereka ni cepat-cepat ambil hati aku balik bukan memberontak.tu yang aku suka....contohnya, fatin.selalu kena marah, sebab aku risaukan dia.dia pengawas, tapi selalu tak siap kerja sekolah.sebab bagi aku, pengawas ni idola.jadi mesti kerja lebih sikit.tapi bila aku marah, dia akan ambil hati aku balik dengan buat kerja yang aku bagi tu cepat-cepat.




nanti aku nak cerita satu-satu pasal murid-murid aku ni?sebab apa?sebab aku tahu...mereka ni layan blog aku.bukan mereka je, cikgu-cikgu kat sekolah aku tu pun.mula-mula cuak juga.tapi apa nak kisah, aku bukannya tulis yang tak baik pun...tapi semuanya yang benar-benar belaka.



buat satu cekap,
cikgu sayang kamu semua sangat-sangat. tu je yang cikgu tahu....walaupun macam mana marah pun cikgu, hati ni tetap rindu tak sabar nak masuk mengajar. bila dah jauh macam ni, lagilah. cikgu harap kamu semua ingat nasihat cikgu. disiplin tu penting. kalau kamu bukan sangat pandai pun, kalau ada disiplin, insyaAllah kamu akan berjaya dan jangan sesekali kurang ajar dengan guru. peperiksaan ni buat yang terbaik...yang terbaik. ingat tu! nota-nota untuk peperiksaan cikgu rasa dah lengkap, gabung dengan nota cikgu ayu. insyaAllah, kamu mesti dapat buat yang terbaik!




pesan cik bulan,
ini entry cecah lantai.jangan pengsan kalau baca.tak nak baca pun tak apa....T_T

May 19, 2010

SMK Hillcrest, imbasan kenangan dengan 1 Amal | saat-saat terakhir :(

 ....kelas 1 Amal...



mood rindu aku masih belum hilang. apatah lagi bila mengenangkan saat-saat ni aku sepatutnya di sekolah.hari rabu... kelas aku penuh. saat ni sedang bersiap-siap untuk masuk kelas pukul 1.50 petang ataupun di surau menunaikan solat zohor. stand by awal-awal.sebab kelas berturutan tidak memungkinkan aku untuk ke surau lagi sehingga asar...




RINDU.. .rindu akan suasana yang dah 16 minggu aku lalui.rutin yang sama. tengahari ke sekolah... ke pejabat untuk kedatangan, ke PSS untuk tempat berhenti lelah menggantikan bilik guru, ke kantin makan-makan kalau aku tidak diet, dan ke kelas... sama ada 1 cekap atau 1 amal.kalau relief, mungkin saja ke mana-mana.




aku melampiaskan rinduku ni dengan membelek balik gambar jamuan hari tu.itu je yang ada sebagai kenangan.aku mulakan dengan kelas satu amal, sebab ini jamuan pertama, hari rabu, 12.05.2010 waktu rehat.







buat 1 amal,
ada banyak maknanya kamu semua dalam hidup cikgu. bukan hanya sebagai pelajar. cikgu melihat cikgu dalam diri kamu semua.dulu..cikgu juga seperti kamu. cuma bezanya, kamu pelajar bandar, sosial kita pasti berbeza. kamu seringkali memberontak, jika tidak suka akan sesuatu..kamu seringkali menidakkan, biarpun kamu yang salah. itu kamu.



ye, mungkin cikgu dulu juga macam tu.mungkin sebab kamu anak pintar, kamu rasa sedikit tinggi.tapi percayalah, anak-anakku, walau kamu rasa kamu sangat bijak atau kamu berasa setinggi manapun kamu, kamu tetap pelajar, dan baru 13 tahun. pasti ada jaraknya kita. mungkin cikgu bukan puan, bukan beranak empat macam cikgu pernah katakan sehingga kamu percaya, tapi cikgu dah 24 tahun, sudah dewasa, sudah benar-benar hampir mencapai profesyen perguruan, dan layak sekali kamu panggil kakak (ibu?bolehlaah...he).




jadi, hormati aku sebagai gurumu... sampai kapan pun, sampai mati pun... sekalipun nanti cikgu hanyalah seorang guru tua dan kamu seorang arkitek ternama ataupun seorang hartawan berjasa....:) apa yang pasti juga, seperti satu cekap, cikgu ingat kesemua nama kamu....43 orang.ya, itu pasti!




pesan cik bulan,
  • ini wasiat untuk anak didik...jangan baca kalau bosan...:)
  • gambar selebihnya dalam entry akan datang...

May 18, 2010

SMK HIllcrest | jamuan kelas 1 Amal... selamat meninggal cikgu! :P

ye, inilah satu tanda.sebagai meraikan saat-saat terakhir aku di SMK Hillcrest...sangat best.makan kfc besar-besaran.almaklumlah, budak sekarang kaya-kaya.cikgu je yang kayap.hehh.kek yang ditaja pun besar-besar.actually, brownies dalam bahasa manggerisnya. thanks to cahaya untuk brownies besar gedabak tu.terima kasih daun keladi, lain kali tajalah lagi..:).




begitu juga buat raja danial untuk kek yang dibuat oleh nenek tu...tradisional sungguh.terasa rindu nenek kat kampung jadinya...:)




lepas tu, yang syoknya, ada game kotak beracun.aku pun tak tahu apa soalan dalam kotak tu dah budak-budak tu yang buat. lee Pui Jyn kena soalan, apa ucapan terakhir untuk cikgu safia?dia malu gila, terkial-kial kat depan tu.speechless.tak tahu nak cakap apa kot.then, terucaplah..."selamat meninggal cikgu..."




haha.apa nak dikato yop?aku gelak besar rasa nak gelak guling-guling.budak-budak sekelas apatah lagi.kalau termakbul ucapan tu, mahu tak sampai tiga kali jumaat dah aku ni..hoho.aku cerita kat encik M, dia cakap..."aah, tengok lah cikgunya macam mana...serupa itu...".huhh, perli aku lah tu.




ye, mengaku.aku cikgu bahasa melayu budak-budak tu.tapi tak ada pula rasanya aku ajar
macam tu.ni salah ibu mengandung ke salah cikgu mengajar ni? :P




pesan cik bulan:
ini entry tiada bergambar.nanti cik bulan attach gambar dalam entry seterusnya...:)

May 4, 2010

ikrar | tidak mahu buat lagi!

comel tak pelajar-pelajar cik bulan?he...:)

"kami berikrar dan berjanji dengan sepenuh hati, akan menyiapkan semua kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu safiahafsah sejak mula-mula beliau menjejakkan kaki ke sekolah ini sehingga hari terakhir beliau mengajar di sini"



saya geram.tiba-tiba dapat idea spontan ini.comel tak pelajar-pelajar saya?hehh, buat lagi, siaplah!tengok esok, hantar ke tidak buku karangan yang belum hantar tu..kita tengok esok okay?



p/s:itu kelas 1 cekap...saya sayang sangat-sangat..:) kelas penawar hati selain 1 amal...:)

p/s/s::lepas ni bila tak mengajar lagi mesti boring....pasti.

May 3, 2010

praktikum | saat-saat terakhir daku dan dirimu...;)





 


 ....hari terakhir pelatih dari UNISEL.yamuna tak ada dalam gambar-gambar ni...



sebelum tu, kami ada jamuan kecil dengan guru-guru sekolah sesi petang.best...terasa dihargai. makan-makan ditaja oleh para-para sakurapara guru yang sayang bebenar dengan kiteorang ni.yelah, dahlah bagus...baik..rajin..boleh diharap...buat mural banyak-banyak..hehh (tolong bagi peluang untuk perasan sekejap, okay?)



dan, majlis ni untuk kami semua.walaupun kami dari UPSI ada lagi 2 minggu, tapi sekali jalan je..buat jamuan tu.yang best, cik bulan ni jadi wakil dari UPSI bagi ucapan tu.hehe.sepatah dua kata, jadi empat patah lima kata.yang best tu,sekolah bagi sesuatu untuk kiteorang.bukan kiteorang yang bagi..he (lihat objek merah atas meja.dalam tu ada tuala@selimut dan majalah sekolah.cantik.)



buat surabhe, nazim, yamuna dan kishen...

terima kasih ye jadi teman mengumpat dalam PSS.terima kasih ye sebab buat telinga saya semakin rasi dengan bahasa inggeris (mereka tu option TESL), terima kasih sebab selalu tak kacau saya time saya online dalam PSS.ngeee...:D.



maaf ye, sebab kalau saya online tu saya tak lagi di dunia kamu semua dan saya dalam dunia saya sendiri.maaf juga bila kamu semua sibuk mengumpat SI DIA tu, saya macam ala-ala ketinggalan sikit kan, sebab saya memang agak tak berapa perasan macam saya cakap kat sini.maaf juga bila saya bawa kek coklat kat sekolah, kamu semua makan tak cukup...insyaAllah, kalau saya kahwin dengan suami kaya, saya bawa lagi besar-besar punya kek coklat.kamu boleh melantak dengan lahapnya okay.....he.






lagi pesanan...:)


nazim:mesti rajin pergi gym lepas ni, supaya saya boleh lalu belakang kamu walaupun sempit.hehe.lepastu jalan kena belajar catwalk sikit sebab ada student kata, kamu jalan macam guru besar.hehh.sebelum kita berpisah jauh-jauh, jom bawa kami semua berbowling lagi macam hari tu.hehe :P



surabhe:jangan suka marah-marah nanti cepat tua.lepas tu..jangan selalu sangat praktik ayat yang saya dan mila ajar tu, karang jadi kurang ajar pula.hehh.lepastu, kalau lepas audition tu, jangan lupa nak jadi cikgu pulak.



yamuna:kamu memang the best praktikum teacher here...suara kamu boleh dengar tujuh lautan tujuh benua.kamu jarang marah-marah.selalu beralah...thanks sebab guna liquick dan gam kamu.lepastu, curi-curi guna tima kamu tak ada.haha.



kishen:thanks sebab kamu bagi liquick tu sebab saya punya dah habis dan selalu curi yamuna punya. hehe.lepastu belikan air soya yang best tu bila saya cari empat gambar bogel pekerjaan kat internet untuk kamu.lepastu, kamu lepas ni cuba cakap kat makcik kamu, supaya baut pendua kunci rumah supaya bila kami semua nak keluar, blik lambar tu kamu boleh ikut juga, tak macam hari tu..kan.lagi satu, mana kek secret recipe yang dijanjikan?hehh



untuk kamu semua..yang sebanar-benarnya...all the best okay?sayanggggggg.....kamu semua.mmmuahhh..ingat kenangan kita di hari sukan sekolah yang manis-semanis gula itu...:)hari saya menang temapt kedua lari pecut dan surabhe tempat kedua.hehh.


...seronok sangat sampai hitam 2 kali ganda dan sebelah saya, yamuna okay...


p/s:tinggal kami berempat.agak-agak berapa kelas kena relief hari ni ye?

p/s/s:nanti pasti rindu-rinduan...nazim cakap, time tengahari nak bawa tilam tidur depan sekolah, tanda perli.hehh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)