Jul 4, 2010

apa itu entry di blog?



sebab ada yang tanya, aku cuba jawablah tapi kalau tak betul-betul, sama-sama bantu. mungkin ia blogger baru, kan? bunyinya simple, tapi susah juga nak terangkan eh? lagipun, atas enjin carian, bila orang taip itu, yang keluar dulu-dulu sekali ialah entry ini, jadi aku cubalah...T_T





wahai adik yang mencari,

entry dari segi bahasa ialah kemasukan. jadi, dari segi istilah berdarkan konsep blog, entry ialah penulisan kita yang dipostkan dalam blog seperti yang dibuat oleh kakak sekarang. contohnya lah, adik ingin membuat kemasukan (entry) tentang 'fesyen bertudung', tulis saja pada medan new post dan kemudian publish. ya, itu sudah jadi satu entry (kemasukan). boleh dik?


 (medan menulis entry)



begitu juga bila orang sebut, eh entry kau pasal tu dah keluar? entry terbaru saya, ialah mengenai fesyen bertudung atau saya sedang menulis entry terbaru pasal kucing.... ye, itu merujuk penulisan yang dipost ke blog dan akan berada pada bahagian body blog kita, serta mengikut tarikh ia dikeluarkan.



yang pasti, entry pasti ada tajuk, isi dan pilihan masa ia dipostkan atas talian.sama ada secara automatik atau disetkan masanya. ia juga boleh dilabelkan mengikut kesesuaian, sama ada fesyen, kesihatan, kucing atau macam-macam lagi mengikut pilihan idaman kalbu hati kita. 



entry juga mempunya URL dan setiap URL pastilah tidak sama, dan walau sepenat manapun kita tukar tajuk entry atau sebanyak manapun arimata kita tumpah merayu-rayu, URL tidak sesekali boleh diubah dan berubah. 



itulah apa itu entry di blog ya dik...
cik bulan:
selesa bersama blogspot. mudah sungguh menulis entry...:)


[jika berguna, like dan kongsi di facebook...]

5 comments:

Cik Akma said...

iyahh iyahh url tak akan berubahh. haha so da xleh nk ubatt hehhhh~ :P

Uruchimaru @ kf said...

iye sungguh mudah tapi jgn tersalah arah menulis tue kanx3 cik bulan!

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

i love my blog...
;)

Belleza~ said...

ha'ah su pn suka blogspot!

eijiazazee said...

blogspot mudah guna n banyak fungsi...
i love my blog...

http://easymyne83.blogspot.com
http://knowledgeminers.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)