Nov 30, 2010

TIPS : INNER COTTON bagi selesa, muncung dan tak melekat kat dahi

inner pertama aku mula pakai. yang ni dibeli sekali dengan syria
-ia dua warna. so aku lipatkan yang belakang tu naik ke atas, so ia jadi nampak dua warna




ni aku mula-mula pakai inner cotton yang dibeli asing-asing.
nasib aku baik, mula-mula aku kenal inner, aku kenal inner cotton dulu
 

first, aku nak tegaskan, kalau inner dari material cotton, memang muncung dan tak melekat kat dahi. so, sesiapa yang ada beli dan pakai inner ni memang ia muncung. cuma kalau tak muncung, that means kita baru try pakai dan bila baru first trying mestilah ia tak menjadi seperti yang kita harapkan. iyelah, apa-apa yang kita buat pun, tak akan jadi prefect terus kan, hanya dengan sekali cuba, ye tak?



sebab nak pakai inner pun, kena pakai dengan cara yang betul dan ikut jugak tips-tips yang orang bagi kan. sama macam aku juga, mula-mula pakai dulu, tak semegah mana pun jadinya. tapi yang boleh dibanggakan ialah, aku suka sesuatu yang baru dan suka pulak surf dari orang lain cara yang betul nak pakai inner ni. iyelah, semua orang taknak muka jadi bulat macam bola golf kan?



jadi, ini adalah beberapa langkah yang boleh kita laksanakan untuk menjadikan inner kita tu tak bulat dan muncung lawa -selawa-lawanya seperti dak fatin liyana ni buat. tips yang aku bagi ni adalah based on tips fatin bagi dulu sebab aku memang sangat terpengaruh dengan fatin nihhh. apa dia buat, rasanya semua aku nak ikut.



masa tu yang aku ada hanya inner yang dibeli dengan set syria. yang asing-asing tu belum banyak masa tu. then, bila seklai tu jalan kat jalan TAR, ohh jumpa tapi ada satu je, warna hitam. dahlah tak elok sangat pulak tu...tapi aku bedal jugak sebab teruja semacam je kan. apa lagi, try, try. then, balik pakai menjadi, apa lagi, cari-cari cari.



jumpa lagi sekali. masa tu akt up town. kali ni memang tamak haloba tak hengat lah kan. aku beli berapa helai tau?9 helai... hakhak. gila kentang punya orang. gelak kawan-kawan aku kan.sebab masa tu dalam kalangan kami, akulah pembawa fashion ini. masa tu pergi sekolah pun cikgu-cikgu tengok duamacam je kan. tapi ada haku kesah? hakhak.



tengok, muncung je inner dak aten ni sekali ngan mulut-mulut dia muncungkan?hehh


kata aten yang aku ikut dulu-dulu la, masa taj reti fikir jalan sendiri. ekeke.

i.kalau inner tu bulat sebab ketat, tetaskan kat belakang. macam dak irine ni buat jugak. tapi tips irine buat ni baru lagi. bila dah tetas, baru longgar, dan boleh kita nak tarik-tarik muncung dia biar jadi panjang dan naik ke tas seelok-eloknya. yang fatin punya tutorial, DI SINI

 sumber: irine


ii. pakai anak tudung dulu baru pakai inner ni. dia kata lagi muncung tajam sampai boleh terluka jari orang yang sentuh tu. kekeke. anak rambut pun tak terkeluar ye dak?


iii. tarik sikit inner tu ke depan. means tutup pipi kita dan cuba muncungkan ke atas. yang ni tips aten atau aku bedal sendiri pun aku tak pasti.


teheee... korang trylah sendiri ye. apapun, aku buat dari apa yang aku belajar. dah menjadi, aku share pula dengan kau orang. tapi kalau kau jenis jarang makan kepala ikan, aku agak mesti menjadi. kan, kan.


 
gambar pertama tengok aten pakai inner layer buat aku teruja gila!



siap dia bagi tutorial, so apa lagi, ikutlah kan! 
tutorial fatin liyana: di sini



dulu, masa inner ni satu colour, aku teruja gila bila tengok aten boleh buat layer-layer sendiri jadi banyak colour. macam manalah minah ni buat ye, duk terfikir-fikir sampai jenuh dah nak tenung gambar aten ni. so, bila aten bagi tutorial ni, memang lah tak sabar-sabar nak try kan. so, aku pun buat macam aten cakap. he...ni masa aku mula-mula ikut. tengok sini percubaan pertama, kedua dan ketiga ikut aten. hantam sajalah labu...

percubaan untuk bertudung syria seperti Fatin Liyana...bolehlah, kan?


 yang ni dah percubaan ketiga ni


actually aku pernah buat tips pasal pakai inner tak bulat ni dulu. semua tips tentang fesyen bertudung di sini dan sebenarnya ada di side bar blog aku ni. klik saja mana yang berkenan di hati. tapi kalau dah klik, rasa tak berkenan pulak, heeee, itu risiko tanggungan sendiri ye :P btw, selamat mencuba semua!


 JUALAN INNER COTTON BAGI MUNCUNG
apapun, harap-haraplah tutorial kecil yang tak seberapa ni dapat membantu anda semua :) tapi ye, kenapa semua orang nak pakai inner muncung dan dah tak nak pakai inner bulat macam ni dah ye? boleh bagitahu sikit?



pesan tahi bulan:
kongsilah ilmu itu walaupun hanya setitik...

12 comments:

eT said...

waahhh...
bagus tips nih...
dah lama nk try pakai inner muncung..
masih xmenjadi...
kene try lagik neh...

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

tutorial best utk di baca....

terbaek la dek...hehehhee

ardinihumaira said...

bagus la pia rajin mencuba. dni takut nak pekena syria tau.. sangat takut. sebab muka dni bulat sebulat bulatnya :D

Mak Su said...

alahai. maksu needs personal tutor

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

menutup aurat juga leh nampak cun...
:)

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

shanteeekk..
sbb yg pakai tu dh shantekk..
ahkak pun shuke, tp rasa cam bulat aje muka ni, huhuhu..

sugar2 kapas strawberry said...

thnx akak !

Zqah Ismail said...

tak nak bulat sebab muka dah macam kuih donat T_____T

Noona said...

thanks for the tips given. dah lama dah cari tips ni. asal pakai jer mesti melepek atas kepala. -_-'

thanks anyway sis!

Peri PiA said...

uuuu,ku tgh muncung kan bibir ni :P

Liyana Idris said...

ermm.. nak tanya.. dalam tutorial awk kan, awk cantas yang belah depan tapi aten cantas belah belakang.. mane satu heh? :)

Anonymous said...

nak tanye cner nk sarungkan inner tu sarung cm pakai tudung ke sarung cm pakai topi... harap dpt reply. thnx

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)