Apr 21, 2010
tips untuk mendapatkan traffic blog (part 2)
alkisahnya terlampau panjang sangat dan terdicomplain..apa kehal nya kamu buat tips panjang-panjang bebenar, kelabu mata aku nak membacanya. hu...orait, orait. maaf ye pokcik...:P. dah potong ke bahagian dua dan seterusnya lah.okay, kita teruskan dengan tips yang ketiga... :)
Yang ketiga : Loyal Reader
loyal reader ni penting.sangat penting.yang setianya tak berbelah bahagi darab tolak serta tambah mahupun kuasa dua. (sempat mengelat jap.hehe).bagi saya, kalau kita menulis, tapi tak ada orang yang betul-betul ikuti perkembangan tulisan kita...pasti ia kan sunyi macam tu je.tapi, kalau ada mereka, merekalah yang akan memeriahkan dan mempromosikan blog kita.dan, mereka takkan datang bergolek okay.
kamu perlu untuk mewujudkan satu hubungan yang erat dengan mereka.hubungan dalam blog lah wehh....maksudnya, dia kunjungi kamu, kamu kunjungi dia.janganlah dia je kunjungi kamu sampai nak muntah, kamu buat derk je....lainlah kalau kamu tu fofular nak mati .hehh, contohnya cik epal.dia dah fofular, takpelah tak berblogwalking pun..hehe (jangan marah rr..dik epal.tapi dia tetap datang blog akak ni tau...)
contohnya, saya punya loyal reader adalah peri pia.dia paling setia.hampir setiap entry saya dia adalah pengomen no 1 dan dia ada juga gali entry2 lama saya.huhh...memang sangat-sangat setia dia ni.yang lain macam embun...setia juga.dan kami saling kunjung mengunjungi saban hari. begitu juga dengan ardinihumaira (mereka rajin okay...cepat singgah blog mereka!)
itu sangat penting.faham? saya tekankan (bukan saya terkangkang okay?hikhik)...mempunyai dan menghargai blog reader itu penting.PENTING.
bak kata melz : "Jangan rasa diri tuh cantik or whatever sampai jadikan perkara itu sebagai penghalang untuk korang mempromosikan blog korang dengan blogger² yang lain . Come on , Nak majukan ? Janganlah sombong."
Yang keempat : blogwalking
ye....part ni memang sangat-sangatlah penting.dah ada loyal reader...pergi lah jenguk-jenguk blog dorang pula.jangan asyik nak dorang je yang datang kan...?jangan jadi katak di bawah tempurung, hidup dalam dunia kamu je.kamu je yang tulis dan kamu je yang baca.kamu mahu orang datang jenguk, orang lain pun sama kan?
perlu juga menjenguk blog-blog orang lain juga selain dari royal reader kamu tu.lompat dari satu blog ke satu blog...jerit sikit biar mereka tahu, rupanya kamu pun berblog juga.ehh, ada juga blog kome ye.ye, kalau kamu tak bagithu, orang takkan tahu.lainlah blog kamu dah femes tahap de boom kan?
ini satu pengalaman.saya pernah ceritakan dalam entry ini yang kandungannya memperkatakan yang blogwalking itu penting.sebab dulu masa mula-mula berbelog, tapi taklah mula-mula juga.dah dua tahun pun.buat entry je pandai.semua nak cerita.tapi...tak reti nak bina ukhwah dan tak reti nak ucap terima kasih bila ada yang datang jenguk tinggal jejak dan mengomen.
walaweehhh....malu bila diingat-ingat.mesti dorang cakap..kerek minah ni...huhu. allloo.....kawan.mana ada orang nak datang selalu blog kamu, nak rajin-rajin tinggal jejak kat kamu je..tapi kamu buat derk je...ingat dia nak datang lagi ke tayang muka?huhh, hati-hati okay?nak-nak blogger baru.jangan jadi macam akak eh dik?
feedback dari kita sangat penting.dan saya pernah merasakan hebatnya penangan kerja blogwalking ini apabila pernah mencecah kunjungan 212 uniques sehari (tak pernah mencecah 200 pun sepanjang berblog dan itu sahaja satu-satunya hari saya pernah dapat.sumpah tak tipu) itu adalah sebab terlampau rajin blogwalking dan publish entry.lepas tu...esok terus menurun dan menurun sebab dah mula jauh dari ladtop...tengok, besar kan penangan blogwalking kan?
bak kata melz: "Chatbox, Shoutmix apa bagi tuh semua penting kalau korang nak eratkan hubungan ngan blogger lain just nak borak² kan! benda nie penting dan perlu dibuat hari-hari just nak eratkan lagi perhubungan dengan blogger lain."
okay, blogwalking pun ada caranya.nanti saya buat tips tu eh...padahal dah janji hari tu nak post tapi terlupa pula sebab sibuk yang keterlaluan...lagi tips, akan bersambung dalam part 3.akan terjah hanis zalikha dan cik epal untuk tips seterusnya... :)
p/s:terima kasih buat semua blogger yang sudi berkongsi tips.moga akan menjadi panduan untuk kita semua...:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
ME ACEH SYG LINK BLOG BURUK KU,nge~
AKU MASIH SETIA
wee. hebat2!
Thank u. :)
tips yg bagus ni, satu lg pendapat sy, kalau blh jgnla juz blogwalking je, kalau ada entri menarik , komen la..komen kita pasti dihargai.. :)
mmg panduan berguna..tq2..
fulamak, nice tips
thank you for sharing
nnt nk try buat benda2 nih,haha
tp pambaca setia mmg wujud
setiap kali publish entri,mesti komen
itulah yg buat kita lbh happy nk berblogging
blogwalking jek bantu traffic
tapi lagi suke kalau komen banyak
heheheh
wahaaa tips mahu jd blogger yg bjaya. tq share :)
info yg menarik...
rasa kene wat kenduri la utk dpt loyal fan..
peri pia,
tentulah.krn kamu sangat setia..:)
dan ku juga amhu setia bergitu...:)
ezah,
he...sama2
mr z,
betul tu...sy pun mesti mengomen kalau blgowalking...sy komen entry kamu kan?he...
fikaryna,
sama2 akak...
:)
penaberkala,
betul tu yop...:)
sama2..:)
wanie:
aah kan...ku juga suka komen2..he :)
sesumpah,
sama lah..kita kan nk sm2 berjaya...:)
abg raymie,
terima kasih...:)
pawaka19
meh kita buat keduri lah cmtu...huhu
mari kita sama2 sayang :)
blogging dgn penuh gaya ,ok babeh
peri pia,
he...jom3...:)
tip yg terbaik :] hebat!!
betul sangat cara nih...
Bie lebih suka tinggalkn komen hahaha traffic berbaloi2 (^^,)
tips yg sg bergune...tengkiyu cik bulan...hehe...besh2... ^_^(v)
tips yg bergua!!!
i loike=)
tips2 ni pus semuanya sgt betul dan mantap :)
Post a Comment