Oct 16, 2013

Elz Beauty yer darling !

Kami adalah orang baru dalam bisnes kecantikan online, telah beroperasi sejak Julai 2013, secara online. Berskala kecil tetapi bercita-cita BESAR. Kami sedang berusaha untuk meletak nama ELZ BEAUTY sebaris dengan nama-nama besar dengan kedai ONLINE yang telah tersohor. Walaupun tidak dikenali satu MALAYA namun kami telah berjaya mencuri pasaran dan memiliki rangkaian/pelanggan tetap melalui jualan produk-produk kami yang PELBAGAI seperti produk-produk kecantikan, kesihatan & pelansingan serta servis kami yang TIP TOP, Mesra dan Cepat!


Kini, kami ingin melebarkan sayap dengan penambahan rakan kongi atau partner atau member yang sering dikenali dalam laman maya sebagai 'agen dropship'. Jangan silap faham. Fungsi yang sama, cuma nama yang berbeza.

Di Elz beauty, anda tidak dipanggil Dropship tetapi MEMBER. Kerana, anda boleh mendaftar dengan kami sebagai ahli untuk menikmati HARGA MURAH setiap kali membeli dan jika mahu, anda boleh berniaga seperti dropship. Anda tidak perlu modal, tidak perlu simpan barang, tidak perlu pos barang, hanya perlu bertindak sebagai orang tengah, iaitu PROMOTE sahaja & ambil order. Dan anda otomatik menikmati 'untung atas angin'!!

Di Elz Beauty, anda boleh menambah KEUNTUNGAN juga jika berjaya memperkenalkan pelanggan baru atau membawa pelanggan baru kepada kami. Kami akan memberikan BONUS di atas usaha anda itu! Bayangkan, anda mendapat zero percent/0 nilai dari usaha anda mempromote itu dan ini, tetapi, dengan Elz Beauty, kami amat menghargai usaha anda!

Kini, kami juga bakal tampil dengan produk sendiri... yang mementingkan pemeliharaan dan pemuliharaan kulit muka dan badan, iaitu ELZAA SKINCARE & BODYCARE! Kami akan update tentang produk ini dalam entry akan datang! See u soon.... :)

boleh PM atau hubungi fb/No di bawah utk order atau mendaftar sebagai ahli...:))

Fb Page : 

ELZ BEAUTY

Page Owner : SAFIA

Blog owner : SOFFYA CIK BULAN

No Fon utk Wassap/Wechat/ : 

0179212631

Hanis Zalikha cium hakak!

Kerinduan kat belog keknis kot, sampai terbawak dalam mimpi, awok kena cium dek keknis. (muntoh ijo keknis baca ni nihh kahkah). 

Dan sebenarnya,
Dah lama tak membaca belog bila dah tak lagi tulis belog, melainkan belog gosip bang nara.

Pastu semalam teringin nak baca belog keknis masa duk tulis belog.
layan satu ke satu nya.
sudahnyaaa....
TERMIMPI keknis!!! CIUM awok... hahahaha.

Btw, 
kalau ingat lagi, awok suka tulis sangat pasal dua orang belogger retis dulu....
iaitu HELIZA HELMI (rujuk entry INI) & HANIS ZALIKHA (rujuk entry INI
Sebab?

Sebab dorang punya belog best & fublic figure yang comel & ramah mesra dgn fans!
yer laass.. something fans ni merimaskan (bukan fans mcm hakak ye kahkah) & annoying giteww tapi dorang steady je.

kalau ingat lagi, awok jugak pernah dulu keep in touch dengan Ija tetapi sedikit masa selepas itu lost terus...
apapun, malam ni kalau tidak mimpikan ke BULAN, haraplah mimpi yang besttt lagi walau tak masuk dek akal ...;D












-IKLAN-
Sambil baca boleh layan page bawah ni naa.... ;)

-kalau sebut mai dari belog awok, soffya cik bulan, gerenti dapat harga kasih sayang gitew... hehe tenkiu sudi singgah !

Oct 15, 2013

Rindu Seorang Emak .

Beberapa hari lepas, emak call.
Ada tangisnya.
Dia menyatakan rindu.

Aku benar-benar kenal dia.
Jarang dia menangis utk hal-hal yang kecil.
Dan bila dia menangis,
Aku tahu, dia memang benar-benar memaksudkannya.

Namun dalam tersekat-sekat suara,
Dia menyatakan yang dia memahami.

Hanya cuma,
Ingin menyatakan rindu,
Benar-benar rindu.

Ya Allah,
Berdosakah aku,
Bila di sini, aku tidak lagi berfungsi hanya sebagai anak,
Tetapi juga sebagai ibu, sebagai isteri.

Yang mana aku mengerti,
Amat mengerti,
Yang keutamaan isteri itu adalah suami, serta ibu bapanya suami?



****************
Dan,
Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui,
Apa di hati ini,
Saat ini.





-IKLAN-


Jom ushar sini utk pelbagai produk menarik Perempuan. Lelaki pon boleh juga :)




Tqvm everyone :) 

Oct 13, 2013

Nafkah Isteri itu Wajib yerrr....;D

Assalamualaikum WBT...


Nak bagi tazkirah pulak ler rasanya. eceh. eh tak, tak, hanya berkongsi ye kengkawan. Bukan apa, sejak kawen ni... suka perkara yg berkaitan dgn suami isteri ni. Suka searching & suka baca doplohpatjam (words feveret cikepal dulu ni hu).. so, bila ada post kawan-kawan, pasal ni, suka la ambil baca dan fikir. Betol ke tak ke... ada sepakat ulama' ke or pendapat sendiri ke, tu sama-sama la kita kaji sblm menerima. Tapi hasil penelitian (hambek, istilah R&D kate ko...), sumber ni ada kesahihannya. So, boleh la jugak share dengan kawan-kawan yer... cer baca, cer baca :)


Posting kawan kat fb, juga seorang blogger sohor, NurulBadiahLai.


Telah disepakati oleh ulama2 bahawa-kewajipan suami walaupun dia tu miskin papa kedana sekalipun..bila dia berkahwin..wajid utk dia menyediakan makanan 2x sehari kepada anak isteri..yg selebihnya jadi sunat...wajid dia menyediakan pakaian baru dari hujung kaki sampai hujung rambut 2x setahun utk isteri..wajid dia menyediakan tempat tinggal YANG DISUKAI oleh isteri..klu isteri tidak suka duduk dirumah mertua..maka suami berdosa kerana menempatkn isteri dirumah yg isteri tidak senangi..itu kewajipan asas..kemudian..wajid suami menyediakan/mencari ubat kalu isteri/anak sakit..dan sekiranya suami tidak mampu..maka nafkah2 tersebut akn menjadi hutang yg perlu dibayar balik pd isteri/atau sekiranya dia tidak mampu menyediakan yg asas..
haram utk suami menyatakan seperti..duit air awk bayar..duit dapur saya bayar..susu anak awk bayar..etc..kerana haram suami menyuruh isteri utk menanggung kewajipan dia melainkan isteri sendiri yg sudi utk membayar..wajid suami mendidik anak isteri...memberi kasihsayang juga dikira nafkah yg wajid dan berlaku adil ngn anak isteri..tp berapa ramai antara suami yg faham ini sebenarnya asas tuntutan dlm agama??zaman walaupun beredar..tp apa yg dituntut dlm agama tidak pernah berubah dan pastinya sesuai utk di adaptasi dlm semua zaman.

oleh sebab itu, ramai suami yg lalai n merasakan bahawa isteri pon ade kewajipan utk menyediakan nafkah dlm rumahtangga..isteri sakit dibiarkn sendiri..isteri pon berdikari sendiri sedangkan agama x ajar begitu.maka tidak hairanlah..sekiranya satu hari rumahtangga tersebut x berkat..selalu terjadi perbalahan..anak tidak mendengar kata, rezeki cepat habis, etc..sebeb?janji Allah itu pasti..yg melanggar hak dan tanggungjawabnya..maka Allah tidak akn mengasihaninya..

nabi berkata "sebaik baik lelaki adalah yg paling baik dgn bininya"
seorng nabi yg ade tanggungjwb yg besar "apabila azan beliau segera ke masjid dan apabila sudah sembahyang beliau juga segera pulang ke rumah"..so kenapa nabi segera pulang ke rumah?kerana mahu menghabiskan masa ngn anak isteri..iaitu org yg berada dibawah tangungjawbnya...jdi setakat kite org biasa..xkan x mampu nk buat sedangkan tugas kite bukannya berat mcm nabi???

so.jika kite rase isteri makin tidak hormat kt kite sebagai suami..tgok apa yg kite dh tersalah buat?and kalu satu hari anak kite tibe2 tidak menjadi seperti yg kite harapkan..cube fikir apa yg telah kite buat utknya masa dia membesar???
Dijawab oleh Nurul & seorang pembaca ni lagi utk komen orang lain yang aku rasa lebih menjelaskan perbincangan. Apapun, perlu lagi dibuktikan oleh pendapat yang sahih supaya dapat dijadikan panduan semua pasangan suami isteri ye dak...? (P/S: komen-komen orang lain aku delete yer, aku tinggalkan komen dua orang yang penting ni sahaja)


  • Nurulbadiah Lai kadang2 isteri bekerja sbb nk membantu suami..tp suami pula amik kesempatan.ini sgt2 byk berlaku...
    dan ade suami yg rase dgn beri duit tanggungjwb dia dh terlepas tp sebenarnya byk lah y\tangungjwb yg dia kena hadapi
  • Hilal Alias Wajib suami memberi nafkah kepada isteri mengikut kemampuannya dan juga dengan meraikan keperluan isteri. Firman Allah (bermaksud); "Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan" (Surah at-Thalaq, ayat 7).
  • Nurulbadiah Lai suami memang hendaklah memberi nafkah mengikut kemampuannya...namun...sekiranya dia tidak mampu menyediakan "nafkah asas yg disebutkan diatas", maka...ia akan dikira hutang yg hendaklah dibayar balik kepada isteri..juga sekiranya dia ade anak..and bercerai n x mampu dia nk menanggung anak dgn isteri yg diceraikan itu, maka wajid dia bayar balik duit diatas nafkah yg ditanggung oleh isteri utk menanggung anak tersebut..dan sekiranya dia tidak mampu juga.wajid dia mintak halal..dan sekiranya tidak dihalalkan..maka hutang itu dikira tidak dibayar..sy tidak percaya tidak ade suami yg tidak mampu nk menyediakan keperluan asas diaats..yg tidak mampu adalah org yg mencari alasan...Allah itu lebih tahu menilai siap yg mampu atau tidak..ade org yg gaji rm500 mampu menaggung anak isteri yg ramai.isteri tidak bekerja..tp ade org yg bekerja sebagai doktor pon..masih mengharapkn isteri utk menanggung sebahagian dlm rumahtangga..

    ini apa yg sy baca dari pelbagai sumber...
    ayat diatas adalah benar..tp ade byk lagi dalil2 yg lain yg menceritakan bagaimana nafkah itu harus diberi oleh suami n isteri..
  • Hilal Alias Mungkin kita boleh meletakkan tahap-tahap bagi perbelanjaan dengan merujuk kepada tahap-tahap maslahah manusia yang diputuskan ulamak iaitu tiga peringkat;
    Pertama; (tahap keperluan paling atas); iaitu keperluan daruriyat.
    Kedua; keperluan hajiyat.
    Ketiga; keperluan tahsiniyat.

    Keperluan daruriyat ialah yang boleh menyebabkan kerosakan hidup jika tidak diberikan. Ini merangkumi makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal yang asas. termasuk juga keperluan ilmu khususnya ilmu agama kerana tanpanya akan rosak kehidupan di akhirat. Keperluan hajiyat ialah yang bawah dari daruriyat, iaitu yang jika tidak ada tidaklah membawa kerosakan hidup, tetapi membawa kepada kehidupan yang susah, sukar dan menderita. Contohnya; perabot-perabot rumah yang asas, peralatan dapur, pakaian yang lebih sedikit dari keperluan daruriyat tadi dan sebagainya. keperluan Tahsiniyat ialah yang jika tidak ada tidaklah membawa kerosakan dan tidak juga membawa kesusahan hidup, cuma kewujudannya boleh menambah keselesaan hidup. 

    Jika suami puan miskin, puan hendaklah berpada dengan apa yang diberinya untuk keperluan pertama (daruriyat) atau keperluan kedua (hajiyat). Jika suami puan berada, bolehlah puan meminta lebih dari itu. Suami pula hendaklah meraikan isteri jika ia mampu demi mengekalkan keharmonian rumah tangga. Di dalam hadis, Rasulullah bersabda (bermaksud); "Allah mengasihi seorang lelaki yang bertolak ansur bila menjual, bila membeli dan bila menuntut (hutangnya)" (HR Imam al-Bukhari dari Jabir). Dalam riwayat lain; "...bertolak ansur ketika membayar hutang dan menuntut hutan" (HR Imam at-Thabrani dari Jabir). Walaupu hadis ini menyentuh jual-beli dan hutang-piutang, tetapi ruh tolak ansur yang disarankan Nabi tidak ada salahnya untuk kita amalkan di mana-mana sahaja dalam kehidupan terutamanya dalam perkongsian hidup suami isteri. Maksudnya, suami bertolak ansur dalam melayani permintaan isteri dan isteri pula bertolak ansur dalam menuntut haknya.
  • Hilal Alias Mengenai hutang suami kepada isteri, tepuk dada, tanya la iman. kalau anda rasa perlu minta, minta la secara elok. Wallahualam
  • Nurulbadiah Lai bab nafkah ni berbeza dgn bab susah sama susah..senang sama senang...apa yg sy maksudkan...agama menuntut nafkah itu wajib ditanggung oleh suami menerut apa yg telah diwajibkan keetasnya dan isteri juga wajib menunaikan hak suami menurut apa yg islam ajar.itu jika mahu keberkatan dlm rumahtangga..
    tp..berapa ramai suami yg amik kesempatan??yg tidak menunaikan nafkah even yg asas sekalipun??kalu tidak, pastilah tidak berlaku penceraian dan tidak juga berlaku tuntutan di mahkamah syariah bahawa suami tidak memberi nafkah.ini harus dibezakan dgn keperluan,
    contohnya.suami menempatkan isteri di rumah ibunya..sedangkan ibu or ipar duai suka menyakiti hati isteri..tp suami juga x pindah2..alasan x mampu nk beli rumah.ok.kalu x mampu nk beli rumah..sila sewa..ok.suami memberi alasan x mampu nk bayar sewa rumah rm400 sebulan(contoh) so isteri trpksa duduk dgn mertua.
    tp suami boleh bayar kereta rm1200 sebulan dan boleh beli alatan memancing utk memancing ngn kwn2..so apa hukumnnya disitu?sebenarnya kereta rm1200 tu adalah satu keperluan atau kehendak utk suami?sedangkan kereta rm400 pon boleh pakai kn?disebabkan suami selalu merasakan benda ni xpe..boleh bertolak ansur..maka akan jadilah situasi rumahtangga mcm ni..padahal..kalu dikira dr sudut agama..maka adalah berdosa suami membri tempat tinggal yg tidak disukai oleh isteri..padahal sekiranya suami menperkecilkan sedikit kehendaknya, pasti nafkah asas itu boleh disediakan..

    rumahtangga mmg harus tolenrasi..tp ade benda dan batasnya yg agama ajar.sebab ramai suami yg gagal memahami kendak agama dlm rumahtangga, maka tgoklah keadaan rumah tangga tersebut mcm mana kn?
    soal isteri hendak membantu suami itu soal kedua..pokoknya, dlm diri suami itu sendiri harus ade sikap tanggungjwb dan usaha utk memenuhi nafkah asas..
    sy tidak menyentuh bab kehendak seperti baju setiap bulan, atau kereta mahal, atau rumah besar etc...
  • Nurulbadiah Lai Isteri BERHAK mendapatkan nafkah, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh & mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa sepengetahuan suaminya.


Aku pulak? sebagai isteri haruslah aku setuju dengan statement ni.... :)) 

Kredit untuk NurulbadiahLai :)


************************************

Nak menambahkan kehangatan rumah tangga ? Jom ushar sini utk pelbagai produk menarik Perempuan :)




Tqvm everyone :) 

Oct 12, 2013

Manusia. Orang ke Taik Hidung gini ni???

Assalamualaikum WBT...

Hehe, iolz haruslah hepi & berterima kasih sbb ada jugak yg sudi dtg baca post semalam. siap ada yg tinggalkan jejak lagi... wuu, rajin la kengkawan maya nih. pastu pulak lama tak bebelog, ada istilah baharu, software block sawang. kahkah. perli eden yo.... takpo, asal tak habis bogheh kekeke.


Seharian masa amat padat. Kerja, menguruskan anak & suami, rumahtakdetangga, online business kecil2an, kerja membangunkan website, dll. Pening. Nak memuaskan semua orang memanglah tak dapat ye dak? Tapi bukankah hidup ni akan mudah kalau kita saling memahami & bertoleransi?



Bengkek tak bengkek, tapi tadi ada post ni kat Fb ;



Manusia ni, kalau dia jenis suka mencari kesalahan, kekurangan, apa yg org tk boleh, apa yg org tak ada, mmg itu la kerjanya. Ia takkan berpuas hati. Kalau dia nampak gajah, dia akan cari harimau, kalau dah nmpk harimau, dia kan cari kucing, kalau dah nampak kucing, dia cari tikus, kalau dah nampak tikus, dia cari kuman pulak. Korek sehabis boleh. Dari sebesar besar benda hingga ke sekecilnya. Takpelah, kalau kita ni tak bagus sgt pd pandangan mata 'anda', tapi jangan hati busuk/hitam mcm air cor sudohhh. Menilailah selagi boleh, mati nanti bernilai tak penilaian mu tu?  

Setiap org punya kelebihan dan kekurangan. Ada org smbhyg 5waktu, tapi dia tak suka mengambil tahu masalah kejiranan. Ada org suka puasa hari2, tapi dia sgt berkira. Ada org taat pada suaminya, tapi dia tdk menolong org susah. See? Bagaimana pun kita, siapa pun kita, hari2 stp masa, muhasabah & berusaha utk berubah... Moga akn selalu diubah segala khilaf. Dan Allah saja yg lebih tahu... Tak sia2 kalau mati dlm keadaan menginsafi dan bertaubat... Cari puas hati manusia, mmg takkan dapat sampai bila2 pun...

Memang kalau boleh nak fikir positif sepanjang masa. malas nak ambil peduli manusia negatif, sebab kita hanya dapat cas/aura negatif je dari dia. buat kita akan selalu rasa down & runsing. Kadang-kadang rasa diri sangat useless/bersalah sebab kelemahan yang ada, tapi bukankah setiap manusia punya kekurangan?

Kalau kita boleh menerima, mengapa mereka tidak? tertanya-tanya jugak soalan ni.. emmmmm....;(

Apapun, aku selalu jugak pesan pada diri sendiri, jatuh itu biasa. down itu biasa. Kalau jatuh tersungkur tak bangun-bangun itu yang luar biasa. Jadi? tak pelik kalau kita rasa down kerana hal itu. Cuma, harus terus bangun dan melangkah kembali. Malah, lebih laju lagi...

dan membuat sedikit keputusan/perubahan... Mungkin dapat memuaskan hati sedikit orang lagi...? dan mungkin juga dapat memperbaiki kelemahan itu utk menambahbaik diri sendiri... kan...????

Mudah-mudah2... Lau haulawala Quwwata Illa Billah..

P/S:
Kalau rajin, boleh singgah ke page ini yer kekawan :)





TQvm everyone:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)