carian dia beberapa hari lepas
jadi, adalah tidak wajar di sini aku berlagak pakar seperti pakar sakit puan yang arif segala pasal keperempuanan, tapi cukuplah aku bercakap sebagai seorang manusia biasa, seorang perempuan, seorang cewek yang pernah
ohh kamu, aku tidak tahu siapakah gerangan kamu yang bertanya itu..adakah kamu orang yang sama yang menuliskan komen ini...??? pada entry aku yang berbunyi begini Pertunangan lalu | Bahagiakah bila berpisah?
komen si dia
aku agaklah dia ni baru frust putus cinta.ni bukan biasa-biasa punya frust (kecewa) ni, tapi tertonggeng punya ni. seperti yang dikatakan, telah bercinta dari tahun 6 hingga dewasa. fuhh, lama tu bhai. kita yang bercinta dua tiga tahun pun terasa perit nak menanggung bila putus cinta, apatah lagi dia, kan?? aku faham sangat perasaan dia ni... yang ku harap, dia kuat dan bersabar. jangan sesekali ambil jalan tengah ye kawan...
hati pecah. frust
baik, apa nak buat bila berpisah? kalau ditanyanya aku... aku tak boleh cakap direct apa yang aku buat sebab kisah percintaan tu memang berbeza-beza kan? adakalanya kita putus sebab kita memang dah tak cintai dia lagi, atau kita putus sebab dia yang tak mahu kita lagi, atau dia curang, atau dia ada pilihan lain, atau cinta terhalang, kan?
cuma, masa putus tunang, amat beza dari putus cinta sebab ia melibatkan keluarga, ye tak? takkan sama rasanya bila putus cinta meskipun percintaan kau diketahui keluarga, sebab ia belum diikat dengan apa-apa. bila bertunang, yang nak kena fikir, keluarga dulu bila nak ambil keputusan apa-apa. contohnya, aku. dilema sungguh... keluarga belah aku okay, tapi keluarga dia?
lagipun bila dah berikatan, hubungan kita dah baik sangat, dah rapat sangat sebagai satu keluarga. selalu ada apa-apa, masalah ke... boleh bincang sama-sama. jadi, semua tu akan meninggalkan ingatan yang mendalam dalam diri kita. apatah lagi hubungan adik beradik ni. adik beradik dia dah macam adik beradik kita. makan sekali, keluar sama-sama. begitu juga dengan mak bapak dia. tuut tuut...berpisah. beratnya rasa...jadi, apa nak buat??
jika kau fikir ia berat bagimu, ingatlah ini...
apa yang aku buat dulu ialah...pertama, aku fikir pasti ada hikmah disebalik tiap yang berlaku. mungkin orang melihat aku okay, dan aku cakap, ye saya okay,tak ada apa-apa pun...tapi dalam hati tuhan saja yang tahu. dah lama kita bersama dengan dia, tup tup dia bukan lagi siapa-siapa pada kita. sekelip mata semua tu berubah. ohh kalau hati tak kuat, kalau tak ingat akan itu adalah ketentuan Allah, macam-macam boleh jadi. life memang tak sama.
semangat tu memang hilang...tapi fikir, perpisahan tu pasti ada hikmahnya. yakin. mesti yakin. jadi, selalulah minta pertolongan Dia. kan Dia tahu segala-galanya. mengadu saja pada Dia, kerana mengadu kepada manusia pun tak sama tenteramnya jiwa bila mengadu kepada Dia.ye tak? jadi, banyakkan dekatkan diri dengan Dia. kadang-kadang aku rasa kosong sangat...jadi bila bersama Dia, aku ambil peluang mengadu macam-macam, luahkan perasaan dan menangis dengan semahu-mahunya. kadang-kadang, bila dah mengaji pun, mata berbuku-buku dengan air mata...
ingat kata-kata ini...
ohh bila sebut saja lelaki, memang dah ditetapkan Allah dan memang azali lagi kita ni memang akan bertarikan dengan sesuatu yang berlawanan, betul tak? dan memang sebab itulah, bila kita punya dua rakan baik, perempuan adalah kawan yang akan selalu mendengar dan lelaki pula adalah rakan yang akan menghiburkan hati. mungkin dia tak boleh/sukar menjadi sebaik-baik pendengar, tapi pastinya boleh menghiburkan hati. sebelum terlupa, aku ni memang sangat sukakan lawak jenaka, hiburan macam nyanyian dan bersukan, jadi aku perlukan teman dalam aktiviti-aktiviti ni supaya aku tak terasa bosan dan selalu ingat apa yang lepas-lepas.
selalu bersemangat!
yelah, dulu ada dia, sekurang-kurang pun kita boleh cakap, 'awak, saya penat...macam give up je nak...bla, bla, bla...' pasti dia akan cakap, 'ala..sabar ye...nanti..bla, bla, bla...'.maksudnya, bila kita penat dan berputus asa dengan sesuatu akan ada orang yang tolong ingatkan dan sabarkan, bagi motivasi.eceh..banyaklah motibasi kau ye..ha, macam tu lah bila ada seseorang. jadi, sekarang ni bila tak ada seseorang, maka kita harus merangsang diri kita sendiri. kita yang harus motivasi diri kita sendiri. apa cara sekalipun, kita harus pastikan diri kita jangan sesekali putus asa.
macam aku...aku bersyukur sangat, rahmat Allah tidak putus. bila Dia menarik seseorang dari aku, Dia gantikan seseorang yang lain dengan cepat even dia hanya seorang kawan. tak tahu nak cakap macam mana, tapi dia sangat membakar semangat aku. bila aku jatuh, dia akan torture aku, dan buat macam-macam termasuk pernah cakap aku 'bodoh' bila aku masih mengingati lelaki yang selalu buat aku menangis dulu. mungkin aku jenis yang cepat termotivasi sebab tu bila kena torture apa-apa, aku akan cepat bangkit... aku pun akan belasah diri aku sendiri kalau aku banyak menangis. sayangilah airmata oii...buat apa dikenang lagi..??? itu yang aku selalu cakap ada diri sendiri.
selalu positif!
begitu juga fikiran kau. tak perlulah kau nak fikir bukan-bukan tentang perbuatan dia selepas tu. asal dia tunjuk itu ini, kau cakap ohh dia gilakan kau. atau ohh dia saja tunjuk girlfriend baru konon-konon nak bagi kau jelous atau ohh dia saja je post status macam tu kat FB nak tuju kat kau nak bagi kau sakit hati. jangan ye kawan-kawan.itu hanya makin menyakitkan diri kau sendiri. makin akan buat kau terluka dan terseksa, jadi, ignorekan saja diri dia. biarkan dia dengan dunianya even 100 kali dia nak tukar status di Fb dia, jangan pedulikan...lantaklah, kan.
okay, banyak lagi nak cakap..banyak lagi yang perlu buat bila berpisah... nanti aku sambung lagi. apapun, kepada dia yang mencari apa nak buat bila berpisah tu...andai kamu dalam kesusahan hati sekarang, dalam kekecewaan yang amat...fikirlah bahawa kamu tidak keseorangan...dan aku, yang mungkin bukan siapa-siapa bagi kamu, turut faham apa yang kamu rasai...moga kamu selalu berada dalam rahmat Allah hendaknya....:]
apapun, maaf jika tips ini tak banyak membantu sebab aku hanya berkongsi pengalaman diri... kawan, selamat meneruskan ibadah puasa.....:]
...kawan, semoga berbahagia selalu...
Notabulan:
ohh ye, semalam berbuka dengan encik M. geram dengan itu mangkuk, sebab puasa-puasa pun sempat buli aku lagi. tak apa, tak apa...ada ubi, ada pengat eh.
Notabintang:
selalu dapat mesej misteri sekarang ni...contohnya : cik safia, jantung saya macam berdegup kencang bila tengok cik safia senyum.hehh, geli. (dah muak dengan ayat manis awaklah lelaki!!!)
11 comments:
bagus..kekuatan hati :)
kesimpulannya, dia bukan milik kita kan... :D
jemputan blogger:
kontest hari raya!
Pia, i pun terkejut bila dpt tahu psl putus tunang tu. Apapun, tabahla ye yang. :) Mungkin ada yg lebih baik.
Psstt, dah berkurun i xdpt mesej misteri cm yang kat bawah skali tu. hehe. kisah lama.. kisah lama..
BUT, senyuman cik safia memang boleh mengegar jantung pun.
nangis :'(
kalau sy pututs cinta...sy cepat2 rapat ng lelaki lain...hahahha..gatal!
tp setakat nie belum lg..mudah-mudahan yg ada skg nie bertahan...
ouh..mintak jauhhlaaa
sebab perpisahan itu sgt sakit~!
Ceria selalu :)
panjang nasihat cik bulan
moga bermanfaat kepada sesiapa saja yg search kat google
setiap pertemuan itu pastinya ada perpisahan
sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah
moga cik bulan sentiasa tabah :)
kak soffya sangat la cantik dlm gmbr ni.su suka sbb sgt natural+comey+cun sgt.klu su llki pn, dh lme gedik2 anta msg kat akak macam llki tu buat.he.he.he.jgn marah =)
nice.. suwettttttt
Ingat, Allah itu maha Besar, Masa Esa, Maha Mengetahui..mengadulah pada Dia, Insyallah ati kita akan tenang setenang tenangnya..percayalah ckp aku..sbb aku dah terkena, kena tiggal, dah la aku lelaki, terhina tau rasa, dah la tu lagi sbln nak kawen..yg paling sedih dlm dok rancang2 tu tiba2 minta putus..mcm2 alasan la walau xlogik tetap kena trima, org dah xsuka nak wat mcm mana, serius hari pertama tu mmg mcm (xleh trang kalu nak rasa try putus tunang)walau aku lelaki mmg aku terasa sgt2 sbb dia xtunjuk yg dia xsuka aku, tp tiba2 minta putus, yg paling hampeh siap ada penganti pada tarikh aku nak kawen..aku xtau nak marah sapa, tepuk sblah tgn xberbunyi..bodoh betul kacu Tunang org, tp bodoh2 dia tunang kita mau nak wat mcm mana..jwablah hg di akhirat kelak...sowi tuan punya blogger, xdgr nasihat, jgn citer keburukan org..aku just nak gtau betapa sakitnya ati aku..kena tiggal seketul tp dia ada penganti..napalah xckp awal2, kan senang..xpun tolak pinangan aku..last2 aku pk balik mengapa Tuhan takdirkan mcm ni..adakah kita ada buat salah, adakah kita abaikan tggunjwb kita sbg hambanya, adakah kita lalai ketika bertunang..kalu ada kalu was2 cepat2 mohon ampun padaNya..mgkin itu balasanya kalu kita bertunang tidak ikut landasan yg betul..kalu ikut landasan yg betul..Kita sujud Syukur krn Tuhan yg nak bagi kita yg terbaik..Yg Terbaik tau diulangi yg TERBAIK, xmau ka??..nasib bek kena tiggal time bertunang, kalu time kawen, xke naya..percayalah pda qada' dan qadar..bila jadi mcm ni Aku jadi rapat dgn Allah..ati jadi tenang trus..pada semua..putus tunang ni pekara besar dan anggap lah mcm pekara kecil..Insyallah Allah sentia melindungi org2 yg beriman..
Post a Comment