Aug 20, 2010

Tips : Menjaga Kesihatan dan Kecantikan Kulit (bahagian II)

Nak cantik biar berpada-pada. jangan mudah terpedaya dengan iklan komersial yang kamu selalu tengok kat TV, kat akhbar dan majalah. jangan sesekali berimpian untuk cantik dengan cara yang mudah. kelak nanti merosak diri. apatah lagi, sudah dinyatakan kesannya, tapi masih lagi berdegil nak memakainya juga.

cuba kamu fikir, kalau produk itu bagus, untuk apa dikomersialkan lagi?perlu apanya diiklan merata-rata?betul tak...jadi, itu strategi pemasaran. memancing minat dan keinginan kamu. mengpsiko gadis-gadis yang selalu terburu-buru dan teruja ingin cantik sekelip mata bak kata penulis berita di bawah ini, Idam nak cantik jadi gila

selamat. itu tips memilih produk kecantikan apa yang sesuai untuk kulit kamu kawan-kawan... yang tidak sesuai?nah, ini dia...aku hidangkan berita dari harian metro beberapa hari lepas. mungkin ada yang terlepas pandang. mungkin ada yang tidak sempat membaca...


47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam



KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.

“Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.

Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.

Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine.
“Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.

Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.

Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.

“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.

Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).

Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.

INFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:

  • Kintop
  • Body Beaus
  • BMI-9 Xylimming Capsule
  • Senna Plus Capsule

    Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
  • Lami

    Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
  • Obexlim
  • Slimax Coffee
  • Beaute Fit Body Contour
  • Body Trimz

    Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
  • 357 Nasal Spray

    Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
  • Makjun Taufiq Dua Istimewa
  • Majun Dua Istimewa
  • Ginseng Jin Fui Wan
  • Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
  • Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
  • Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
  • Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
  • Makjun Syafiq 3 Istimewa
  • Reepo

    Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
  • Air Ikan Haruan

    Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
  • Eriesya Spa Beauty Cream
  • Atika Beauty Renewal Cream
  • Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
  • Ratna Sari Whitening Night Cream
  • Tia Amelia Krim Jeragat
  • Chantique Whitening Night Cream
  • RZAC White Pearl Cream
  • Nuriz Day and Night Cream
  • Elite Rias Er Cream
  • R&Z Whitening Night Cream
  • Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
  • Pigmentation Recovery Complex
  • Zara Rejuvenation Cream
  • Natasya Krim Herba Gold
  • De Putih Night Cream

    Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
  • Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

    Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
  • Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
  • Qian Tong Dan
  • Raja Ubat Resdung
  •  Coral Plus UA 350MG


  • [berita dipetik di sini]

    Jadi, apa tunggu lagi..berubahlah kepada produk yang memberi anda kesihatan bukan saja kecantikan.jika produk itu selamat, kesan yang dibawanya pasti lambat, bukannya kesan menggelupas, kekeringan, kemerah-merahan, kegatalan dan kesakitan pada kulit. biar lambat asal selamat bak kata orang....ye tak?


    Ops, sebanarnya perkongsian ni tak ada dalam list dalam perkongsian tips bahagian I, Tips : Menjaga Kesihatan dan Kecantikan Kulit (bahagian I)  tetapi demi keamanan sejagat, eceh gaya power puff girl babe, maka aku pun perkongsikan ini dululah dalam bahagian II ini.moga mendatangkan manfaat untuk sesama kita. mana yang baik, pakai..yang tak, lupakan...:)


    Bintang cakap:
    ohh baru perasan kat blog cik bulan tak ada iklan-iklan.grrr...rupa-rupanya lepas tukar template 2 minggu lepas iklan itu telah hilang. baru pasang balik.sebab tu duit BE tak laju walaupun ada 9 BE yang sedang berjalan sekarang.


    Tahibintang sampuk:

    Semalam tak bersahur..rasa macam tak larat gila...tuhan saja yang tahu, dengan banyak kerjanya. sudahnya kerja tak terbuat..isk, isk, isk.rehat. ohh kawan, tahu tak yang bersahur itu adalah satu bezanya kita dan orang yahudi berpuasa? jadi, ambillah fadhilat sahur itu biarpun hanya segelas air...:)

    Meteoroid mencelah:
    Ohh ya, cik bulan dah pasang semula form spring.alah, kalau nak tanya tanya jelah, tapi kalau nak kutuk maki seketuk dua pun boleh.... kurang pahala pun puasa kau kan...ye tak...grrr...:)

    5 comments:

    ardinihumaira said...

    ;)
    dah tak pecaya pada produk keluaran cemni.. yang ok, sendayu tinggi je tak penah kena benda cemni. cuma kes sabun dia hari tu je tu pun dia dah hapuska sabun tu cepat2

    Sheherazade said...

    kite kena jmpe,nak bncang fsl blog,kectkkan

    rindunya :(

    ain shalalala said...

    tu la kan..zaman sekarang ni mcm2 product kecantikan..papepun kena pastikan ada tanda hologram yg sah dr kementerian kesihatan..thx for the info :)

    Mrs. Q! said...

    heee
    banyak gile yg bahaya ropenyer
    seb bek takde yg pernah guna
    kalo tak abes cacat muke ai

    sugar2 kapas strawberry said...

    sy pakai belina je :)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SILAP MATA :)