sebelum berdepan kemalangan hari tu... aku terlebih dahulu
berhadapan dengan satu kes ragut. depan mata tu... terpana, terkaku,
terkaget, dan terkesima, semua ada. mungkin Allah ingin memberikan aku
peringatan supaya lebih mengambil berat akan keselematan diri,
terutamanya ketika berjalan berseorangan...
ceritanya
begini... aku dengan kakak baru keluar dari maybank. oleh sebab parking
kereta yang agak jauh, maka aku berjalan sikitlah lah ke sana. dalam
perjalanan tu, dengar suara perempuan menjerit-jerit. series kau, aku
ingat orang gila yang mengamuk-ngamuk. sebab, dia menjerit tu tak
jelas. aku pun cari punca suara, dan bila mencari aku dengar dengan
jelas, dia jerit...TOLONG, TOLONG, TOLONG tu banyak kali. oleh sebab
dia pun terkejut teramat sangat, jadi jeritan dia tak jelas.
tuhan saja yang tahu keadaan ketika itu. semua orang terpegun, jadi penyaksi. aku
pun hanya dapat melihat dua lelaki bermotor memandu laju keluar dari
parking belah sana.kaki macam berlari nak kejar, tapi apakan daya, tak
akan sempat. semua orang terkesima bhai...terlopong. macam tengok
drama, tertanya-tanya apa yang berlaku. sebab ia hanya sekelip mata!
yang
boleh aku buat masa tu berlari kepada kakak itu dan menenangkannya. aku
tengok dia hampir rebah. ya rabbi, kasihannya. tapi apa yang boleh aku
bantu? sejurus kejadian, ada seorang lelaki datang macam pegawai polis
lah jadi kami serahkan ia kepada polis itu...
apapun,
aku sempat nasihatkan dia untuk matikan semua kad kredit serta kad bank
yang ada. itu saja jalan yang boleh...wang ringgit aku tak tahu ada
berapa cuma yang pasti kakak tu belum masuk lagi ke maybank. nasiblah..kalau niat dia nak ambil duit maka duit pasti tak banyak lagi
dalam beg. tapi kalau nak masukkan duit, aduhhhh....kasihannya...
macam
mana dia ragut? ha...memang jahat, memang hebat. macam mana? bukan
kakak tu tepi jalan sayang oii, tapi dia dalam kereta. dia buka pintu
sebelah dan tengah gores kad parking. tapi mereka datang dan buka pintu
satu lagi dan ambil beg. dia terkejut.cuba jerit tapi ia cepat sangat
kan...
jadi sekarang ni aku tak pasti nak
klafisikasikan ia kes ragut ke rompak? ha...sebab tengoklah cara dia..
tapi apapun kelasnya, ialah perbuatan itu memang KEJI. sangat
keji...dalam tak lama lagi nak sambut ramadhannya... fuuhh, memang
penjenayah terbilang aku syak mereka tu,siang-siang ramai-ramai orang
pun berani, ye tak?
jadi, kawan-kawan...aku
nasihatkan supaya pertingkatkan keselamatan diri. dengan cara apapun.
jangan biarakan ia diroboh dan jangan biarkan ada satu peluang pun
untuk orang menganiya diri kita....mencubalah dan berusahalah okay?
kerana malang itu tidak berbau.....jadi, hati-hati itu perlu.
fikir-fikirkan....
Bulan cakap:
aku taip ni cepat-cepat, dalam 10 minit je kot. aku nak keluar..entry keluar esok pagi..kalau sempat esok aku update semula..
Bintang pesan:
Hari ni aku nak ambil stock tudung...insyaAllah, akan update secepat mungkin :)
7 comments:
gua rasa ni kes baru nie..kes romgut..rompak dan ragut..
gua tak pernah nampak orang kena ragut depan mata. kalau nampak gua baling dengan batu.
ramaii org jahat dr baik skg ni..
Ya Allah....ku pernah nmpk,tp hubby yg nmpk sebenarnya
kami dlm kete,tgu traffic light...tau2 ade org jerit...terlalu pantas
hati2 syg,semoga kite dilindungi Allah..Amin
wa ngan lumut bukan laki bini lah... saja je tuh..
ermmm
blog nie bila dah komen kat blog wa, secara auto, blog ni wa linkkan dalam list blog gua.
*kekadang baca, tapi tak komen. sory!
:)
risau kalo kena situasi cemtu.. sebab tu dni bawak je henbag wal purse tapi duit dengan henpon semua dalam poket. hehe
ragut la tuh..haihh..xde keje lain ke..ni la rakyat malaysia..profesion hebat ni jgk yg dia nk.
Post a Comment