Showing posts with label soffya cik bulan. Show all posts
Showing posts with label soffya cik bulan. Show all posts

Oct 16, 2011

perihal biasa

tak perlu lagi bercakap tentang 'kebenaran' yang sebenar-benarnya di sini...
kerana itu secara terangnya memang tidak lagi penting
cukuplah bercakap tentang perihal yang biasa-biasa sahaja
sesunggguhnya, itu ternyata lebih baik... bukan?

Aug 31, 2011

Wordless wednesday 8: Raya pertama & kedua 2011




Wordless Wednesday = On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.  
answers.com

Aug 15, 2011

Terima kasih readers walau dari mana pun korang datang ;')

kadang-kadang aku sendiri tak tahu dari mana datangnya pembaca belog ni. sebab aku memang jarang update. dan kalau update pun, aku pun tak rajen nak blogwalking. bukan sombong ke hape eh, tapi aku dah lama dah dalam dunia blogging ni. until 2008 lagi. kalau nak ikut dari blog kat fs, until 2007 lagi. so, benda-benda blogwalking, lepas tu ikut tips-tips blogging ni semua, memang makanan aku time tu.

benda ni aku selalu dah buat. sampai nak muntah dah aku rase. masa tu, macam gila bebeno nak blogging. nak kenal orang tu orang ni. tetapi apakan daya, benda ni ada naik turunnya. time rasa down, oleh sebab faktor luar yang menghalang untuk blogging (contoh ah, duduk tempat takde coverage sekian lama, dalam sebulan ke, tak dapat blogging atau sibuk dengan kerja dengan lamanya seminggu dua tak blogging). jadi, dengan kata lainnya dalam bahasa melayu kita, putus hangin, maka, segala-gala kejadah berkaitan dunia blogging tu aku biarkan, lepaskan, lalu.... berlalulah begitu sahaja...


dulu, memang rajin tahap gaban lah nak kau komen aku, aku komen kau, kau shout aku, aku shout kau, kau follow aku, aku follow kau. ah semua tu makanan aku dulu-dulu le. sebab memang teringin nak jadi blogger berjaya. cehh konon. kalau trafik naik bagai nak rak, komen berjuta-juta lemon kat entry, ahh bangga kembang hidung tak boleh tidur kot. tapi, perasaan MALAS akhirnya mengambil tempat...


so, rasa tu semua dah hilang. yang ada, saya sayang belog saya. saya nak menulis sebab saya nak belog ni hidup. belog ni ibarat perakam masa. apa sahaja cerita, yang okey tak okey nak tulis sini. ahh macam diary pun ada. dan dalam masa yang sama, kalau entry tu (update) bukan benda penting dan berfaedah tak harap pun orang baca. buang masa kau jek kan nak baca? sebab kadang-kadang update benda yang terlalu peribadi dengan bahasa yang sangat dalam. sometimes sorang tak boleh nak faham pun, jadi buat apa baca kan...?


so, untuk entry tertentu jek aku akan ping kat mana-mana. mungkin entry tu ada benda yang bermanfaat untuk kau orang baca... kan? so, bila takde update atau ping entry, tetapi blog readers masih mantain/meningkat, aku terfikir jugak, mana datangnya korang semua nihhh??


dan walaupun earning nuffnang aku tak riban-riban macam cikepal, tapi agak berbaloi lah untuk blogger separa hidup, separa mati macam haku nihh.... sebab siapa, tentulah sebab korang, readers :)


memang komen kat entry tak banyak. lagipun aku tak approve lagi komen orang dah beratus2 dah ni aku peram. sebab... nanti aku nak buat entry khas untuk menjawab soalan korang tu baru aku approve ye kawan-kawan ;)


apapun, korang sudi datang dan baca itu dah memadai... ;) nak komen ke taknak ke terpulang. yang penting belog ni hidup sebab korang. dan terpulanglah apa korang cari kat sini. nawaitu masing-masing kan?kat sini ada tips, ada tutorial, ada gossip, ada cerita peribadi.. terpulang apa korang nak baca. janji korang bahagia kat sini..;D




stay tune!!!
T___________________T


masalah bercambah-cambah kat benak. tapi aku senyum tetap senyum.okeh? ;)
ahh, kau tak payah nak memujuk sangat. tak makan dah ;P

May 29, 2011

cekgu capia ;)


masa sambutan hari guru semalam (27.5), aku kena dera atas pentas, budak-budak pun angkat benda ni, lambai-lambai, ala-ala aku ni tengah perform dalam MENTOR... pastu gigih pakat tag dan wall to wall aku kat facebook. haihhh, sweet lah sangat kan budak-budak sekolah haku ni....

kena dera apa? ha, kita cite ni later lah ek :P


ketar lutut i :P


p/s:
finally, i got my FL putih. dengan plat number yang dicari. tapi belum dapat try. awak, sila jaga pakwe baru saya elok-elok T____T

Apr 20, 2011

kerana BLOG

ni blog personal dan ini hak kita kan nak share apa-apa selagi tak bertentangan dengan etika penulisan. so, kalau ada yang tak kena kat sini, yang babitkan perasaan orang lain, saya minta maaf banyak-banyak. tak pernah niat nak lukakan hati sesiapa. dan tak juga mahu timbulkan isu.


SORRY :'(


p/s; baru berkesempatan online. menyelesaikan kemelut yang panjang. yang sakitnya meratah-ratah hati dan menyiat tulang sendi. perlukah saya bercakap benar? ohh tak, sebab saya juga perempuan. saya tahu bagaimana rasanya jika terluka. dan perlukah saya bercakap benar yang akhirnya meruntuhkan kebahagiaan orang lain? tapi mudah ke nak telan semuanya ini sendiri?

-i will private my blog. nak draftkan semula mana yang terpublish sekian lama. mungkin cerita itu tidak perlu lagi. MUNGKIN.

Feb 3, 2011

adik soffya cik bulan kan? ha, kau ada?

HA HA. malu haku nihhh. macam nak masuk bawah meja. tadi tertiba aje abang aku masuk rumah, tengok aku tengah online... dia pun gelak-gelak tanya...

adik, glamour adik... budak-budak ni kenal habis. adik soffya cik bulan ork? 

mana tak tersedak aku. sebelum ni abang aku tahu je nama 'gelenya' aku tu. sebab selalu tengok aku update blog. tapi bila dia kata 'budak-budak' ni tu merujuk geng-geng dia lah. yakni, budak-budak flat nihh. adoiii, siapakah itu?


takkan lah budak-budak flat ni pun nak layan blog cabuk aku nihhh... woiitt, sape tu? angkat baju cepat!


psst..
sekarang, mak i pun dah gelak...aduhhh

Jan 18, 2011

sejarah tak mungkin berulang!


soffya eshope:

cuba tengok gambar bawah ni... ohh bukan nak tayang status kat soffya eshope, tetapi bilangan yang sudah LIKE pages tersebut. nombor bertuah tu tau korang, 2631.


2631


siapa bijak bestari, apakah kaitannya no 2631 itu dengan saya?
a. no rumah
b. no ic
c. no telefon
d. no talian hayat





kah kah
jawapannya itu digit terakhir no telefon saya =)

tapi kenapa sejarah tak mungkin berulang? sebab itu kan dah jadi sejarah. sekali aje akan ada yang ke 2631. lepas ni takkan ada dah kan? so, memang tak berulang lah.....kan, kan... T___T


psst...
itu bukan no ekor =p

Jan 17, 2011

Penulisan yang BENAR dan LURUS, seringkali jarang mendapat sahutan orang. Tetapi jika ada yang tersalah, pasti cepat benar diBIDAS.

apakah manusia sememangnya suka akan sesuatu yang berbaur kontroversi? sesuatu yang bisa menimbulkan perbalahan?


apakah manusia sememangnya lebih suka melihat perantakan, sesuatu yang bukan permuafakatan? gemar menghentam sesama sendiri, tanpa berfikiran sedar dan waras sewajarnya?


bingung.


Pssst..
jangan kau hakimi aku terlalu pantas!

Dec 18, 2010

Kenapa adik putih, kakak hitam? makcik nak makan pelempang ek makcik?

elok-elok makan nasik, hari ni makan kuih lompang, nak? HAK HAK, tak adalah. saya ni budak sopan santun, tertib dan seangkatan dengannya. haruslah saya senyum, sengih-sengih macam kerang busuk. kerang pun tak ada busuk macam ni tau.


nasib baik lepas tu makcik cakap pulak, alah, hitam pun cantik, hitam manis. hak hak. lagi rasa nak cium makcik pulak. makcik kata lagi, iyelah, pelik jugak, kenapa adik putih kakak gelap sikiiittt... kata makcik lagi. teratur ayat makcik. menusuk ke tulang sumsum. grrr.


dia beranak bulan cerah makcik. KEH KEH, gelak pulak makcik. he, tak adalah makcik, kita ikut ayah kita, dia ikut mak. jawab budak hitam. budak putih, sengih je. alah banggalah tu. tak apa, tak apa. hehh :P


 alahai...dari kecik lagi aku ni hitam. sampai besar, tak luntur warna aku ni. pakai clorox boleh?

 budak hitam vs budak putih


dah besar-besar pun sama. boleh hantar kedai kereta, tukar cat tak?

pakai baju warna sama pun tetap boleh beza :P


dari jauh pun dah memancar putih dia. hehh



dah dewasa, dia masih putih, aku masih hitam. benci, ini tidak adil! =P


Lagi kisah lucu budak hitam dan budak putih di sini:

keep reading ya!

Dec 15, 2010

Entry tentang fesyen, tutorial dan tips bertudung sangat mendapat sambutan. ada request atau pendapat tak?

keyword semalam, 14.12.2010.


majoritinya tentang tudung kan? alhamdulillah, entry-entry berkaitan tudung ; fesyen, tips, tutorial dan review sangat mendapat perhatian daripada readers. ramai yang menggoogle entry berkenaan tudung dan melekatlah blog cik bulan ni.


so, ada sesiapa yang nak bagi pendapat kepada cik bulan bagi meningkatkan lagi potensi ini serta nak request lagi tips apa-apa, atau tutorial tentang fesyen bertudung ke, bolehlah cik bulan buatkan lagi dan kongsikan dengan semua... cik bulan ni okeh je. kalau cakap selalu macam samseng pun, tapi hati ni lembut bak salju. salju pun tak lembut macam ni (ni paksa gak percaya walaupun ia tak benar. hakhak)


apapun, cik bulan bersyukur sangat sebab korang ni rajin drop by sini dan sebab koranglah, trafik blog ni terjaga. okeh, ni antara tutorial dan tips tentang fesyen bertudung kat blog cik bulan ni ye. bolehlah baca dan praktikkan...


malah, kalau rasa nak share, boleh saja. cuma kreditkan ke blog ini saja okeh. ingatlah, jadilah penulis yang beretika ye? jangan jadi bodoh sombong ye kawan-kawan? anyway, terima kasih banyak-banyak.


selamat mencuba eh kawan-kawan. kalau yang elok, kongsikan. kalau tak elok, bagitahu cik bulan, nanti perbaiki dari masa ke masa =] btw, thanks a lot for reading all my entries =D


love ♥♥,
soffya cik bulan (SCB)

Dec 1, 2010

jatuh kerusi sebab make up? apa ada hal ye dak?

memandangkan aku ini guru baru, yang perlu mengisi form itu ini yang memerlukan pula gambar ukuran pasport untuk pengisian borang, maka berlari-lari anaklah aku pergi kedai gambar untuk mensnap gambar. kalau diikutkan hati, mahu je aku snap gambar kat rumah berlatar belakangkan dinding rumah berwarna warni, tapi takut direject awal-awal. maka tidaklah diteruskn niat suci itu.


bila pergi kedai, pergilah secara berjemaah. lebih afdal kata orang. maka bila buat onar, pasti jugak ramai-ramai ye dak? nak dijadikan cerita, sampai je, aku cakap, make up dulu boleh? eceh, gaya artis je kau kan. nak lebiiiihhh aje. budak muda tu kata boleh, boleh. cina ma...


masuklah menempek apa yang ada kat dalam tu. so, kawan aku buat dulu satu satu. then, bila giliran aku, budak-budak ni duk kutuk akulah sebab paling lama make up, tapi macam tu jeeee...tak lawa-lawa pun. hehhh. yang best tu, masa nak duduk atas kerusi tu macam mana lah aku boleh nak jatuh. bontot terkehel sikit dari kerusi. hakhak. nasib baik tak terkangkang je kat situ ha, lagi niaya.


alamaknya pecahlah gelak aku. yang tak tahan tu, bukan aku je gelak, uncle tua yang nak ambil gambar tu gelak sama. terhinjut-hinjut pulak tu eh dia gelak. mambang betullah. makin lah aku nak gelak sampai tak boleh nak ready untuk snap. amboii uncle, seronok gelak nampak? mesti uncle tu cakap, tak pernah-pernah ada customer aku jatuh dari kerusi itu macam. dah lah make up kemainnya lama... tak berbaloi langsung. hehh.


yang best tu jugak, kawan-kawan aku tak perasan accident tu. jadi mereka gelak kat aku sebab tengok aku duk tergelak-gelak kuat. apa kehal lah pia ni... sempat lagi nak gelak tu. lagilah pulak aku nak gelak dan gelak lagi. hakhak. berapa banyak gelak dah... persoalannya di sini, berapakah bilangan perkataan gelak dalam entry ini. siapa cepat, dia dapat pelempang laju-laju sorang satu. =P


kemuncaknya, bila keluar bilik, aku cerita lah balik kat kawan-kawan aku kenapa aku gelak tadi. biasalah bila cerita mesti sekali dengan gaya-gaya dan volume suara yang memukau jiwa. dan-dan je, budak cina muda tadi yang aku tanya nak pergi make up dulu boleh ke tak tu dengar jugak. dia tengah lunch dalam kedai tu pun terkekek-kekek gelak. cinabeng betul. malu iiii tauuu...  bertambahlah panjang gelak kawan-kawan aku kan. ewah-ewah, joli dorang gelakkan aku hari ni ye. tak apa, ada lori ada bas okeh.


sebut pasal make up ni,  aku make up biasa-biasa je. bila keluar, itu je cara aku make up. sama je pergi mana-mana. tapi dulu, aku tak reti langsung pakai foundation. sekarang, dah reti pakai dah. bedak myami tu, aku basahkan, so jadilah foundation kan. nak try beli yang asing-asing punya, tapi tak reti warna apa yang sesuai. ohh ye, untuk bedak myami aku pakai no.3 sebab tak nak nampak sangat pakai bedak. so, ia sesuailah untuk kulit gelap aku nihhh.


apapun, buat uncle, anggaplah peristiwa tadi tu rahsia. janganlah dipertontonkan kepada umum jikalau ada rakamannya. hakhak. buat korang, kalau nak duduk atas kerusi duduk betul-betul, karang jadi macam aku. nasib tak masuk paper =P (perasan artis-iyelah, macam jaclyn victor jatuh tangga masa konsert hari tu (^,^)


nah, gambar budak yang konon-konon make up lama tapi lepas tu jatuh kerusi. tak cool langsung.  sorry, penataan cahaya lebih maka saya kelihatan seperti putih. hehh.


pesan tahi bulan:
banyak duit melayang hari ni beli keperluan rumah.... maka tolonglah beli-beli tudung saya secepat mungkin supaya dapat tabungan balik. hehehe

Nov 12, 2010

safiah afsah di google? artis ke? apasal kurang ajar sangat?

 keyword minggu lepas

hehh, tajuk....  tak nak kalah kan. sape safiah afsah tu...? artis ke?? model ke? glamor sangat ke sampai nak kau nak google-google. hakhak, sila gelak jahat. apa ni bhai, nak bogel-bogellah , eh silap, google-googlelah pulak. ha, kan dah kantoi. bang, pakcik google ni awal-awal lagi dah bagitahu gua.


wehh, tak payah lah google-google kalau rindu pun... alahai. ni mesti kawan-kawan sekolah rendah aku ni, sebab tak semua orang tahu nama penuh aku ni, sebab......... masa buat i/c masa umur 12 tahun tu kan, ejaan nama aku tu dah beruabah sikit. huhu. kenapa? malas ah nak cerita. =P


apapun, tahniah kat kau yop, sebab kau masih ingat nama penuh aku tu.;P


eh tapi bukan kome yang kurang, tapi yang ni ni, bangang punya kurang ajar!!! sakit hati tengok gambar ni kat blog peri pia yang penuh berinfo tu, lalu aku panjangkan kat sini. hehh.


CELAKA!
sula bontot ramai-ramai nak?


pesan cik bulan:
google-menggooglelah sesama kite :P

Oct 2, 2010

merajuk IV

sesi merajuk yang lalu...

wow, ada sesi-sesi, macam temu duga kan... kan?hakhak.
.
.
.
.
.

buka pintu, masuk kereta, muka series konon-konon, duduk, tak senyum (tapi dalam hati mahu gelak), jeling sikit tengok reaksi muka dia, yang sengih-sengih konon tak hairanlah kan rajuk aku ni, masuk gear, dan jalan.

M:oiitt.
S:(diam)


M:apesal kome... (bla, bla, bla...)
S:(diam dan tarik muncung.der, merajuk, merajuk juga, muncung baik punya cover ye)


tapi tak boleh tahan, asyik kena je... gelak. dia kan, saja bila orang merajuk, dia saja buat lawak bagai kan. tiba-tiba... kat trafik light,


S:nanti u-turn depan sana tau...

M:kenapa?

S:orang nak pergi pejabat pos, nak pergi pos barang ni ha...
M:aik, pejabat pos kan kat sini je kan... patut masuk kat jalan tu je tadi.
 
S:erm, memang kat situ je pun. dah kita duk lorong ni dah...
M:yelah, awk tadi tak cakap awal-awal...

S:eiiii, tadi kan orang merajuk. mana lah orang nak cakap kan...(damn!ngok, ada orang merajuk cakap macam ni ke? tapi takpe, buat muka comel sekarang walaupun hanya secomel itik sekati  :P)
M:aah, lupa..tadi awak kan merajuk, mana boleh cakap kan...(gelak, gelak dan gelak lagi)

cess!
ini bukan saja merajuk, tapi lebih kepada mengada-ngada sebenarnya. hakhak ;P macam ni...
mengada-ngada' kan cerita punya ngada-ngada
gedik punya mengada-ngada


tanya tahibulan:
tapi kan, kalau merajuk yang sungguh-sungguh, apa nak buat ek? yang supaya dia tahu, ini bukan main-main, ini betul-betul...:| 
adakah perlu ugut hentak-hentak kaki untuk menunjukkan ketahap gaban series merajuknya, atau ugut macam ni, tak apa, esok orang kahwin dengan dato' W? hakhak.

Sep 28, 2010

merahnya makngah....=P | raya 1431H part I

merah kan kak ngah saya?-cakap budak masam =P


dam dam dum, bunyi mercun!lalala... kalau dengar ayat ni (lagu lah kan...) mesti teringat si encik M. apa yang gembira sangat lah dia tu... menyambut raya bukan main lagi, macam kanak-kanak ribena. tak kalah... asal telefon saja, bila jawab call, beria-ia nyanyikan lagu tu konon-konon macam ringtone handset dia pula... kekeke, ceria bebenar, dan aku, gelak saja. =D


meskipun cerita raya ni macam dah basi kan, tapi aku nak cerita juga. dengan lebih detail, meskipun masa hari raya pertama tu aku dah buat entry mukaddimah.hakhak. sebab, tahun ni... raya memang tak sama langsung dengan tahun sebelum-sebelum ni... macam dalam entry di hari raya pertama sebelum ini, memang raya tahun ni lain macam sangat. bak kata wanie, disaster.tapi aki tak lah pula nak kata disaster, cuma banyak betul air mata. aku tak seronok! tak gembira! kosong... banyak betul yang menyesakkan kepala. nak senyum pun, paksa-paksa. tak apalah... Dia ada-berserah saja... hidup ni kan ibarat roda, betul tak? gembira takkan sekejap, sedih pun takkan lama...T_T


pertama, yang lain... ialah aku tak pernah merah-merah di hari raya. alah, macam kak red pula. selalu warna aku, ialah ungu, biru, merah jambu..tahun ni cuba mengubah warna tanpa tersengaja. mungkin hanya untuk memudahkan penyesuaian dengan perkahwinan sahabat baik, Mial yang bertema merah nanti. kalau tak sempat rembat baju baru, pakai ini boleh kan...?


kata meniti senja, sakit mata tengok baju yong... terang...
[pandailah kome yop, mana ada terang bebenau pun....]


nah, editing kasi lagi terang. biar sakit mata yop


dan, yang bestnya, seluruh keluarga aku (berempat) mengikut tema aku juga. adik, emak dan abang. dah  semua aku taja kan, jadi kena ikut suka hati akulah nak taja warna apa...hakhak. eh, abaikan perkataan taja tu, jangan ingat aku beruang sangat ye... cuma sekadar menunaikan tanggungjawab saja  =) lagipun murah-murah saja, sekadar termampu. nilai tak penting kan, yang penting nawaitu, betul tak?


kami berempat..adik, emak, abang, saya

 si adik yang mengada-ngada


pagi-pagi, pastilah ada sesi drama air mata. hakhak. rumah arwah atok ni telah dihuni sepenuhnya oleh paksu dan keluarga untuk menjaga makcik aku. itulah tanggungjawab. paksu aku tukar kerja kat kampung... dan talah risau sangat hati ni bila memikirkan makcik kesayangan aku tu. jadi, rumah ni tetap menjadi rumah utama aku selain rumah sendiri meskipun arwah atok dah tak ada. 


di sinilah... dari kecil sampai besar, aku menumpang kasih arwah atok dan makcik (atok tu perempuan ye? jangan jadi amcam encik M, fikir aku cerita banyak-banyak tu atok lelaki. hehh). di sinilah jua tempat aku beraya dari kecil... dan alhamdulillah, tahun ni rumah ini tetap menjadi destinasi utama saudara-saudara yang lain berkumpul. pakcik-makcik, sepupu-sepapat, cucu-cicit..semua datang bermaaf-maafan.


selepas sesi drama air mata, macam biasa, selepas dah melayan dan berpenat-penat di dapur, maka, tibalah masa untuk angkat kaki. selalu ke rumah sue (kawan dari kecil, sebelah rumah saja pun rumah atok dia), tapi tahun ni dia petang baru sampai, jadi angkat kaki dulu ke rumah naniey.


*****

eh, lupa..sebelum kami berkumpul-kumpul, kawan lama..che dan keluarga (merangkap dua sepupu aku juga pun.he) datang beraya dah. meriah, memang meriah. tak laam lepas tu, si naniey dan adik, erniey datang pula. untuk apa?ha, untuk beli shawl raya sebab berkenan tengok naniey pakai shawl crumpel style arab tu... aku tengok pun dia pakai cantik semacam je..


kekeke, memang terhangat lah shawl crumple style arab dan jamaica tu. adik naniey rempat tiga shawl pagi tu. kena sound, pagi-pagi raya pun buka kedai lagi ke...??kekeke, bukan daku yang membuka kedai, tapi pelanggan datang mengetuk. tak baik hampakan harapan pelanggan, kan? hakhak, kata orang rezeki jangan ditolak ye tak yop?


jadi, meriahlah..bila kami... che, aku dan naniey berjumpa lepas lama sangat dah asyik bersembang dalam mukabuku saja. hai, hoii, hoii saja kan... hari raya baru sempat bersua muka lepas bertahun-tahun lamanya.... ohh RINDU! dan kerinduan itu.... diabadi dalam ini...


gambar dari telefon murah

che, aku, naniey, erniey
gambar dari kamera che.. baru nampak terang, kan?

hello... mereka berdua sedang berbadan dua yop. naniey anak sulong. dan che pula, kamu sila bilang sekarang, berapa orang anak dia?


 sekarang pula baik cakap, kasihan tak kasihan aku ni ha?huuuuu...
main dengan anak-anak buah, anak kucing, anak tekak... tapi anak sendiri...bilalah ye? (thingking, =,=)


******

lepas habis babak segala babak drama di rumah, aku mula meronda kampung. haisshh, rindu sangat-sanagt. rasa nak cium semua... pokok-pokok, jalan-jalan, rumah-rumah... kekeke, apa ke gilanya aku nihh?(sengih). dan bahagian paling best, bila jumpa mereka ni... gelak, gelak. macam geng abang-abang, lah konon kan jumpa adik-adik. macam tak percaya pun ada, masa aku tingkatan 5, mereka tingkatan dua, satu... kecil sangat, sekarang, cuba kau tengok yang pakai baju warna ungu tu... sikit punya debab. dulu, separuh aku agaknya.

marina aka natrah adlina (sila search FB), hawa, angah, azie
dulu, yang si ungu tu paling kecil =P


rasa saya lagi kecil dari dia...kekeke, perasan ;P


saya dan mereka, adik-adik -,-


 hawa rashidah, bukan rashidah utama
;P

  kawan baik. sedari kecil =)


itu dulu setakat ni. babak mengada-ngada seterusnya dalam entry berikutnya ye darling!


Pesan tahibintang:
tunggu cik bulan update dalam entry seterusnya okeh?

Sep 4, 2010

sedih wohh hari ni ;(

tak nak cakap apa-apa cuma nak bagitahu... aku ingin sekali merubah semua ini. ingin sekali berdikari, ingin sekali tidak meletakkan diri aku sebagai tanggung jawab orang lain... tak nak dah menyusahkan orang, tak nak dah..tapi bila ya itu akan terjadi...???


aku punyai banyak kelemahan dan kekurangan. tidak terkira banyaknya hingga menyebabkan aku terpaksa bergantung dengan orang lain. aku tak suka semua ni... sebab aku memang suka hidup berdikari, dan melakukakan segala-galanya mengikut jalan aku sendiri. tapi, apakan daya, kadang-kadang kemampuanku membataskan.


begitu juga dengan kesilapan yang berulang. kamu pasti marah kan kalau seseorang yang melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang? sama juga denganku bila aku sering membuat kesilapan berulang-ulang yang akhirnya menyusahkan orang lain...


aku nak berubah. nak sangat... aku ingin membaiki kelemahan dan kekurangan ini... aku nak berubah.hanya pada Allah tempat aku memohon... kalian, ada nasihat untuk aku tak?


Pesan Tahitbintang:
jangan berputus asa ya cik bulan... terus berubah dan sentiasalah menjadi kuat. kata nak jaid iron lady?huhuhu


Cakap tahibulan:
shawl baru banyak dah beli...bila cik bulan nak update blogshop entah...

Sep 1, 2010

;(

"katakanlah sesuatu yang benar itu meskipun ia pahit...." 


aku selalu ingat kata-kata seorang blogger pemilik tanah 'tanah, air, api, angin' kerana aku secara seratus peratus menyetujui kata-kata ini. ya, bagi aku biar kenyataan itu pahit tapi kalau itu adalah hakikat, mengetahui lebih baik dari menyembunyikan.


tapi aku... bukan manusia yang senang-senang akan menunjukkan emosi aku... bukan seseorang yang akan suka untuk menceritakan perasaan aku... yang boleh aku huraikan pun hanyalah cerita/masalah bukan perasaan.


aku boleh cakap... kenapa saya putus tunang... sebab..bla, bla, bla... tapi aku tak boleh cakap, "sedih sangat ni aku ni putus tunang ni..." atau tunjukkan emosi aku. memang tak reti. kalau cerita dalam gelak, mungkin boleh lah kot. apatah lagi nak bermasam muka. haihh, memang tak boleh. dua minit mungkin boleh. nak tarik muka, buat muka benci, meluat itu bukan perangai aku... kalau aku benci/tak suka, itu rasa untuk ditelan.  dan kalau tak boleh telan, cakap. itu lagi bagus dari aku mendera perasaan orang.kan?


kadang-kadang bagi aku... perasaan aku tak penting. tak perlu tahu tentang hati aku. yang perlu tahu, yang perlu kamu lihat ialah perjuangan aku... aku bukan manusia yang boleh hidup dengan meminta simpati orang, tapi aku mempertaruhkan sesuatu yang ada dalam diri aku, iaitu semangat, semangat untuk berjaya. semangat untuk membuat sesuatu yang bermakna. meskipun bukan mencipta rekod dunia, tapi sekurang-kurangnya aku berusaha merubah.


orang tak dapat melihat yang diri aku ini memang orang susah. itulah yang sedang aku ubah. sekurang-kurangnya orang tak pernah tahu yang aku ini anak dari mangsa perceraian. aku tak nak menjadi manusia yang di luar sana yang bila berbuat salah/tak berjaya lalu menyalahkan orang lain ; salahkan keluarga sebab bercerai-berai, salahkan ayah sebab tak bagi duit, salahkan kakak sebab tak jaga... tak nak. aku tak nak menjadi macam mereka.


sesungguhnya... aku lagi suka perjalanan hidup yang begini dan aku cintakan kesusahan hidup yang aku miliki... kerana kesusahan itu menjadikan aku selalu kuat dan menjadikan aku bersyukur dengan nikmat tuhan yang ada. malahan kesusahan itu telah mengenalkan aku dengan macam-macam ragam orang, mengenalkan aku dengan macam-macam keadaan dan mengenalkan aku dengan macam-macam pengalaman. berbaloi-baloi...:)


tapi, aku boleh berkongsi perasaan orang lain. hampirlah pada aku... ceritakan apa sahaja perasaan kamu, masalah kamu dan kesedihan serta kekecewaan kamu, aku boleh dengar dan terus mendengar. kerana mungkin Tuhan telah mengurniakan empati yang tinggi dalam diri aku, bukannya peraih simpati. bukan.


aku takkan cakap..."itu lah kau..." tak. atau apa sahajalah yang kamu tak suka dengari. aku akan dengari sahaja dan maaf aku ni tak pandai sangat nak selesaikan masalah orang tapi setidak-tidaknya aku boleh mendengar apa sahaja... jadi, ceritalah sebab aku takkan menghukum kamu. sebab segala-galanya adalah tentang diri kamu, dan aku bukan siapa-siapa, hanya boleh menjadi pendengar sahaja...:)


tapi kini...aku sedang bersedih. aku sedang dirundung pilu. mungkin juga kecewa. sedih, pilu dan kecewa yang entah diketahui sebabnya.....apakah jalan yang harus aku pilih? adakah sesiapa yang sudi mendengar tika aku pula yang ingin bercerita?


pesan tahibintang:
inilah hidup namanya... kegembiraan bukan sekejap, kesedihan juga tidak lama. datang dan pergi...



cakap tahibulan:
cik bulan sedang tak keruannnn....;( sad but true (eceh, persis lagu metalica derr) boleh tak cik bulan nak cakap, mata dia sangat bengkak sebab menangis? :(

Aug 4, 2010

bukan boneka

ini bukan cerita novel. ini juga bukan drama TV, bukan juga sinetron jam 2.00 petang, mahupun cerekarama yang selalu bisa membuatkan kau menangis. ini watak hidup, bukan boneka ciptaan manusia. ini kisah aku. kisah aku, sekali lagi aku tekankan, ini adalah kisah aku. seorang manusia hidup.


bagaimana kisah itu? bagaimana ia bisa membuat kau tersentuh dan menitiskan air mata laju-laju, itu akan aku ceritakan kemudian, tapi yang harus aku tekankan, ini kisah hidup kita, kisah di mana walau sebanyak mana pun kau berusaha, ada satu masa kau terlepas pandang sesuatu itu, hingga akhirnya ia menjerat diri kau sendiri dan membawa kau dalam kesusahan.


namun, walau apapun yang berlaku... percayalah, susah senang hidup dan perjalanan ini, hanya kita saja yang tahu. orang boleh berkata macam-macam, boleh menuding satu jari ke arah kau, kepada kesilapan kau, tapi yang tahu perit jerih suka duka hidup kau, hanya kau, kamu, anda, awak. ye.


apapun, ia dah berakhir..alhamdulillah... alhamdulillah, alhamdulillah... doakan aku berjaya esok...berjaya menjawab dan memberikan jawapan yang terbaik. sungguh, untuk apa yang berlaku ini, ku rasa tidak sia-sia aku diuji...sungguh tidak.


satu ingin aku pesan padamu kawan, hidup ini ada pasang surutnya. ada atas bawahnya. ada di puncak ada di kakinya tapi jangan cepat putus asa..jangan... kalau kau diuji anggap selepas ini ada manisnya dan kiranya tiba kemanisan, harus beringat, mungkin sekejap saja lagi ada tangisan. percaya itu.


jangan biarkan kesusahan menjadi kesedihan yang melarat-larat hingga mendatangkan putus asa kepada tuhan...
jangan biarkan pula kegembiraan meruap-ruap hingga mendatangkana lupa pada nikmat tuhan...



Notabulan:
mahu tidur awal. sedikit penat kerana banyak urusan dan berperang tangisan...
maaf tiada blogwalking...tiada pengomeman dan tiada penerimaan komen...
membaca adalah digalakkan..tapi mengharapkan pembalasan harus dijauhkan...
tapi bila tiba masa bila seru memanggil aku pasti datang membalas kunjungan...insyaAllah..

bila dah gelabah dan sesak nafas

masa dah suntuk
tiba-tiba tak jumpa
tiba-tiba tak jumpa ini
haisshh
macam-macamlah kau pia
selalu saja macam tu


adakah aku bukan anak kelahiran malaysia?
eh memang sah aku rakyat malaysia.
tapi mana sijil kelahiran aku?


maka,
hari ini harus ke pejabat pendaftran lagi
bukan untuk buat ic baru,
tapi mendaftar kelahiran semula
masih bayi
eh bukan, cuma sama macam bayi 2000-an
surat beranak besar-besar
besar gedabak
macam sijil penyertaan PLKN
hehh


hari ini harus selesaikan semua
harap misi berjaya
meskipun dalam gelabah
dan sesak nafas


macam inilah...
kadang-kadang aku kerja tak ikut sistem juga
bila dah nyawa-nyawa ikan
baru terngadah cari pernafasan
haihh


kawan,
esok dah aku temuduga GST 2010
haruskan aku laungkan ini ke seluruh dunia agar kalian semua turut mendoakan....?


Notabulan:
lama sangat tidak menulis...aku tak tahu bagaimana hendak bermula...rasa janggal dan pelik.:P

Aug 3, 2010

kembali ke jalan yang benar

setelah berhari-hari berada di jalan yang salah,
akhirnya aku kembali...
kata sesetengah orang kita, pulang
kata orang putih pula,come back...(betul ke?hu)
kata orang-orang lubnan, kejap-kejap nak fikir, apa ye??hu...(tengah berlari-lari anak buka google translate.hakhak)


apa yang benar? apa yang salah?
muahaha...anda tertipu
jalan yang salahnya ialah...tidak menghadap blog, membiarkan ia sepi dengan tidak blogwalking dan berbicara sama kamu, kamu, kamu...rindu tak?kita rindu okay?

jalan yang benarnya..yes, aku kembali.menghadap ini...tapi,
masih belum sepenuhnya.lusa aku temuduga penting.itu masa depan.
tapi, buku INSAK belum habis baca okay?


kesibukan di kampung, menguruskan itu ini...macam-macam hal dan urusan,
melunaskan keperluan keluarga yang telah lama ditinggalkan...
memenuhkan sedikit-sebanyak kehendak dan keinginan yang telah lama dibiarkan...

yang kamu lihat adalah autopost dan aku tiada
ya, komen-komen kamu telah dibaca...ya Allah..dengan rendah dirinya ku ucapkan terima kasih kerana masih sudi bertandang meskipun aku jauh...
biarkan dulu ia menjadi 'comment moderation'
nanti aku approvekan sambil berkunjung kembali ya...


salam rindu...
meskipun kamu tidak rindu
dan mungkin menyatakan 'ada aku kisah?'
hakhak
gurauan....(oit, tidak baik berburuk sangka)


hugs (",)

Jul 30, 2010

away yang konon-konon macam ada yang rindu.:P

maaf ye kawan-kawan, jika blogwalking tidak dijalankan..jika penerimaan komen tidak dibuat, dan jika pengomeman juga tidak berlaku. saya away, jauh dari 27 julai 2010 yang ada cuma autopost untuk seminggu..satu hari dua entry...

hari ni sempat online kejap sebab ada berukband kawan...thanks ye buat yang sudi drop by even saya tak menjenguk kamu..yang sudi mengomen tiap-tiap entry agar entry itu tidak basi macam tu je...thanks again :)


jangan lupa datang dan tinggal jejak...orang akan daang balik nanti okay..:)


update:

  • hari ni ada renioun budak-budak sekolah masa sekolah menengah, 1999-2003. dengarnya ramai yang balik dari seluruh pelosok dunia...maka, nak pergi juga buat sibuk kan...kita tengok petang nanti, macam mana, ramai ke tak..yang penting, mereka buat game bowling.ohh, aku sangat kaku okay, tak pandai...jadi, rasanya tengok saja :P

  • 5hb ogos 2010- berita baik, aku dah dapat temuduga... kat putrajaya. yang tak baiknya, aku gabra...tak tahu nak standby apa..eh, ada tips tak untuk aku, kawan? kamu semua, doa-doakan aku moga berjaya temuduga itu dan cepat-cepat posting di negeri pilihanku...perak@selangor...



Notabulan:
aku pening nak pakai apa petang ni...hu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)