Oct 2, 2010

merajuk IV

sesi merajuk yang lalu...

wow, ada sesi-sesi, macam temu duga kan... kan?hakhak.
.
.
.
.
.

buka pintu, masuk kereta, muka series konon-konon, duduk, tak senyum (tapi dalam hati mahu gelak), jeling sikit tengok reaksi muka dia, yang sengih-sengih konon tak hairanlah kan rajuk aku ni, masuk gear, dan jalan.

M:oiitt.
S:(diam)


M:apesal kome... (bla, bla, bla...)
S:(diam dan tarik muncung.der, merajuk, merajuk juga, muncung baik punya cover ye)


tapi tak boleh tahan, asyik kena je... gelak. dia kan, saja bila orang merajuk, dia saja buat lawak bagai kan. tiba-tiba... kat trafik light,


S:nanti u-turn depan sana tau...

M:kenapa?

S:orang nak pergi pejabat pos, nak pergi pos barang ni ha...
M:aik, pejabat pos kan kat sini je kan... patut masuk kat jalan tu je tadi.
 
S:erm, memang kat situ je pun. dah kita duk lorong ni dah...
M:yelah, awk tadi tak cakap awal-awal...

S:eiiii, tadi kan orang merajuk. mana lah orang nak cakap kan...(damn!ngok, ada orang merajuk cakap macam ni ke? tapi takpe, buat muka comel sekarang walaupun hanya secomel itik sekati  :P)
M:aah, lupa..tadi awak kan merajuk, mana boleh cakap kan...(gelak, gelak dan gelak lagi)

cess!
ini bukan saja merajuk, tapi lebih kepada mengada-ngada sebenarnya. hakhak ;P macam ni...
mengada-ngada' kan cerita punya ngada-ngada
gedik punya mengada-ngada


tanya tahibulan:
tapi kan, kalau merajuk yang sungguh-sungguh, apa nak buat ek? yang supaya dia tahu, ini bukan main-main, ini betul-betul...:| 
adakah perlu ugut hentak-hentak kaki untuk menunjukkan ketahap gaban series merajuknya, atau ugut macam ni, tak apa, esok orang kahwin dengan dato' W? hakhak.

3 comments:

dinafarhana said...

hahahahahahahahahahahaakk! kak! nk tumpang gelak 5,6 kilo ...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bukan semua paham diri kite kan...
:)

Mat Sentap said...

sy juga mengada-ngada dan gedik dan ske merajuk!!!! hahaah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)