Jul 15, 2010

tips : perlu bijak bermain dengan keyword (part I)



Tapi bagaimana? bagaimana nak bermain dengan keyword? ha...itu yang kita nak cerita panjang ni bhai... ini resepinya... (ala, macam resepi untuk kejayaan dalam peperiksaan tu...tapi aku tak reti nak buat peratus lah. matematik lemah.)



Pertama

harus rajin. ye, itu harus puan, bak kata wawa dalam adnan sempit the series. hakhak. rajin nak buat entry dan hidangkan apa yang orang cari. kan, usaha itu tangga kejayaan, kawan. kalau tak rajin, malas... tak nak buat entry yang orang nak, macam mana nak bermain-main dengan keyword?

contohnya, aku tahu keyword popular tiga hari ni pasal 'TOM mystarz LG' jadi, aku buatlah entry pasal dia banyak sikit, kan?


[inilah tom cruise yang telah menjamkan trafik blog aku]

 
Kedua

jangan syok sendiri. ye, jangan terlalu feel selesa dengan entry yang kita dah buat. harus pandang kiri kanan, tapi jangan tak pandang belakang. sebab belakang tu sejarah. sejarah itu perlu. chek apa yang sedang orang duk bercakap.


jangan asyik nak tulis pukul berapa kau mandi, memang tak adanya orang cari kat enjin google tu, kecuali kalau tulis 'main dengan atok', padahal kau tulis main congkak dengan atok kau, tapi ada je orang yang cari 18sx macam keyword blog aku, 'main dengan atok', dapatlah blog kau kan?



Ketiga

selalu chek keyword di nuffnang anda untuk lebih cepat. aku cakap nuffnang, sebab ramai yang ada benda ni kan... bagaimana nak chek? (ala..lupa nak buat tutorial ni, kesian kak liza tanya hari tu...maaf kak, nanti soffya buat)

yang ni mesti buat. kalau boleh chek dengan kerap. baru tahu apa yang orang sedang cari, kan? contoh, pasal fesyen bertudung. itu memang keyword aku yang paling laku macam pisang panas. tak sempat nak mengejarnya..


contoh tips bertudung yang aku sempat buat ialah: pakai inner tak bulat | lagi tips fesyen bertudung, macam ni:





okay, cukup tiga dulu. kenapa tiga? tiga lagi dalam part II, sebab mak aku cakap, bagi tiga-tiga, nanti orang muntah bagi banyak-banyak.sebab tu dulu mak ajar, Alif Ba Ta, ABC....tiga je. sebab kalau bagi lebih, kau tak faham.(hakhak)




Notabulan:
aku banyak hutang tutorial dengan kau orang.... maaf yop, lupa dan tak sempat... tadi ada tanya, tutorial pasal shoutmix aku tak buat lagi, eh kawan aku ada berjanji eh? maaf sangat....saya lupa. sila ketuk dahi saya ramai-ramai, tapi jangan lempang laju-laju sebab nanti saya pening.




[kalau entry ni berguna, like atau share ye....]

5 comments:

redriben said...

yang kedua tu mmg kena tekankan lebih skit.kene alert.

ardinihumaira said...

betul3! dni pun suka kadang2 main ngan keyword ;)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

alif ba ta...
;)

Peri PiA said...

hak3...bgs btl ilmu ni

blog ku trafik tak la sebanyak mane

tam said...

fuhh..cik bulan punya tip memang pehhh...amat berguna bagi budak baru cam aku ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)