Asal pergi karaoke saja…layan Ella itu pasti. Tak Kesal (ini lagu buat naik darah. Encik M mesti gelak kalau aku nyanyi lagu ni… tahulah suara kau sedap. Suka-suka hati saja kutuk aku.hehh), mesti Layar Impian (agak slow and steady. Nyanyi pun releks, tak ada lah pecah tekak, he).
Itulah pasal, masa pergi kursus di PD hari tu, bila diminta buat lagu tema kumpulan, terus pilih lagu ni walaupun geng yang lain pilih lagu catchy-catchy saja. Nasib leader pun layan rock, jadi lagu Ella turut menjadi pilihan iaitu Layar Impian dan Standing In The Eyes. Suka lah hati aku! Nanyi tak payah pakai skrip walaupun lagu tu dah di medley dan dimodified. Hehe.
Memang dah jiwa aku macam tu… suara aku kalau nyanyi lagu irama Malaysia, aku rasa lagi okay. Tapi dah aku minat ROCK. Sebelum belajar nyanyi lagu-lagu ella, aku suka sangat nyanyi lagu Salam Terakhir oleh Nadia. Aku belajar sikit-sikit sampai boleh control pitching dan tak pecah part korus tu. Eceh!
Sekarang teringin nak nyanyi lagu Bercinta (faizal Tahir) dengan baik macam adik serumah, mc chik yang bervokal power. Nyanyi lagu apa-apa pun, macam makan coklat, macam mamah kuaci, releks saja… pitching tak lari, tak pernah pecah. Siap boleh buat macam lagu sendiri lagi! Respek! Masa nyanyi di sure heboh beberapa tahun dulu lagu-lagu 60-an, dia menang tempat pertama. Hebat tak? (ala…cakap la hebat, okay?)
Apapun, layar impian tak pernah berakhir… cuba menjadi rockers dalam tandas pula…hoho.
Pesan cik bulan:
Ciskek betul, ella tengah menyanyi lagu In The End… tak rock sangat. Mungkin dah berusia… suara dah unpowered. Nyanyi pun banyak lari pitching dan tak dan nafas. Asyik minta peminat nyanyi saja nak cover… katanya dia tak sihat. Tapi aku tak tahulah betul ke tidak atau sekadar alasan nak cover.
hemm… apapun, harap ella terus bertahan. Nak tengok dia terus menyanyi, sebab pelapis dia belum ada. Pija Mentor 1? Tom My star LG? dua-dua ada gaya rock, ada suara… tapi aku tak tahu kemana mereka menghilang… sayang sungguh!
Kadang-kadang Ella ni over gedik. Tapi, aku tetap suka…he, I like!
4 comments:
yeeeyyyy,warghhhhhhh testing2 vocal :P
lagu ni best..
ella manjew tue wat die muda...
hhehe...
;)
dni suka ella! tapi dia nape tak kawen. sobb sobb
Post a Comment