Jun 12, 2010

Patut ke aku kahwin dengan dia ni?

(persandingan azreen & niza... kawan beliau)

(beliau buat-buat sibuk dalam majlis pernikahan azrin & niza...)




Bila aku merajuk… aku cakap, “jomlah, saya nak balik!” dia tak banyak cakap (soal sikit-sikit sajalah kalau soal pun. contohnya, kenapa penat ye... okaylah, mari kita balik...) terus hantar aku balik. Sebab, katanya dia memang ingat aku betul-betul nak balik.haha. dia tak tahu yang aku hanya merajuk… ciskek betul! Ada ke macam tu? Takkan lah, kalau okay… lepas tu tiba-tiba nak balik tak pelik, kan? Sedangkan selalu jumpa sampai dua jam, tiba jumpa setengah jam saja dah nak balik, kan?
Bila aku bengang, aku cakap, “saya tak nak pergi, awk pergilah!” dan dia akan benar-benar pergi seorang. Padahal aku bengang dengan kata-kata dia tadi dan hilang mood nak pergi... tapi senonong saja, dengan slumbernya dia pergi seorang diri. Ishh, dia tak faham ke… yang takkan seseorang tiba-tiba jadi taknak pergi kalau dia okay, tak ada apa-apa kan? Mesti ada something wrong goes somewhere,kalau tiba-tiba si dia berubah laku, kan? Haihh!
Bila aku sentap dengan kata-kata dia… “malas lah cakap…nak tidur…” dan dia akan benar-benar faham aku ni malas (tak larat ) nak cakap dengan dia dah. Aku memang kepingin nak tidur dan mengantuk. “kenapa…mengantuk ye?” atau “ dah… kalau malas cakap, tidur jelah….esok kita cakap lagi…” adoi… mak ai, aku merajuk lah mangkuk! Aku sentap dengan kata-kata kau… sebab tu aku macam tu, tapi kau tak faham-faham juga. Sudahnya… dia suruh tidur dan cakap, dia pun nak tidur juga dan langsung matikan perbualan. Cikedis betul!
Dia cakap… dia nak perempuan yang straight to the ampang point. Cakap saja apa-apa pun, sebab dia payah nak faham… tak payah berkias-kias. Kalau merajuk, cakap saja… “saya merajuk ni…”. Senang dia nak pujuk. Huhu, ada ke macam tu? Ada ke orang merajuk cakap dia merajuk? macam tak merajuk saja…kan? hehe. Dia ni agaknya tak ada sense of romantic langsung dalam diri kot? Ada ke aku merajuk pun nak kena cakap aku merajuk?haihh, parah ni!
Contohnya hari tu..aku try la sekali mesej dia dengan simple saja. Cuba test market, konon. Aku taip, “merajuk dengan awak” bila dia cakap tak nak ikut aku pergi jumpa peri pia hari tu sebab nak sambung tidur di pagi ahad yang mulia. Time-time tu juga dia reply (sedangkan dia ni jenis liat nak mereply mesej), cakap jangan merajuk…okay, dia ikut. Haha. Jam tu juga dia bangun mandi dan bersiap.hehh. Gelak saja aku baca mesej tu. Memang begitu lurus sekali..:)
Jadi sekarang, patut ke aku kahwin dengan dia ni?cuba cakap sikit…
Pesan cik bulan:

Segala pendapat diterima… meskipun ia hanya suruhan mahupun larangan… terima kasih..:)
Aku belum bersedia nak kahwin… tapi aku cuma aku sedang menganalisa calon-calon menantu mak aku…:P

9 comments:

Peri PiA said...

hihihihi,

firasat mengatakan InsyAllah

Amin2

cik paro said...

susah juga bile berdepan dgn situasi mcm ni..
tpi kdg2 best juga..
hehehheh..

naz said...

haha tunnggu seruan baru tahu

Cik Akma said...

haihh sekarang musim org kawin. bestnye~ huu :P

sugar2 kapas strawberry said...

klu da jodoh..kawen jela..myb dia mmg cmtu cik bulan..terima seadany ;)

.::WaNiE::. said...

dulu2 penah gak weh labu tu buat gini. org merajuk dia antar balik sungguh pulak

tp aku dah ajar itu maknanya aku majuk

hahaha

FaTiN said...

setuju!! kawen la cepat hehehehe

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

aku pon xsedia nak kawen...
sbb kawen bukan senang...
;)

ardinihumaira said...

hehe... pia.. pia.. masa majuk memang rasa cemtu...

past tak majuk asik rindu2an kan kan ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)