kadang-kadang aku pelik dengan manusia yang sibuk dengan hal orang lain atau kadang-kadang suka sakit hati dengan apa yang orang lain buat. betul-betul tak faham. ye, kalau sibuk dan sakit hati dengan apa yang orang buat tu memang salah, aku tak marah. ada benarnya jika kita berasa marah, kan? tapi, kalau tak berkaitan langsung dengan kita, kenapa mesti ambil peduli, apatah lagi benda tu tak salah, kan?
kadang-kadang cara aku fikir... tak sama macam kau fikir. aku... mungkin kadang-kadang aku fikir, lagi 200 km jauh ke depan dari kau, dan kadang-kadang mungkin lagi 4x200 km jauh ke belakang dari kau. mungkin juga. jadi, bila cara berfikir kita tak sama, buat apa kita nak saling mempersoalkan? betul tak?
baik, hari tu... aku sedikit marah, bila aku buka akaun baru untuk nama penuh aku... safiahafsah shaharuddin, ada yang sibuk-sibuk perli. padahal ia adalah untuk memudahkan connection aku dengan bekas pelajar aku masa praktikum dan bakal pelajar aku nanti... weh, ini tahun 2010. aku baru bakal guru, kan? tapi pelajar-pelajar aku rata-ratanya dah main facebook masa umur 13 tahun lagi, dan rata-ratanya mesti minta id facebook aku...maka, munasabah tak nanti, kalau aku betul-betul jadi, guru hingga ke akhir hayatku, fenomena yang sama berlaku? dan mungkin aku takkan terlpas persoalan " cikgu ada facebook tak" atau "menipu, cikgu messti ada facebook, kan" sampai aku mati pun...akan wujudnya persoalan ni, betul tak?
thats why aku tak nampak apa salah atau susahnya aku nak buka satu lagi akaun facebook untuk terima permintaan menjadi rakan dari anak didik aku, kan? (maaf.... aku takkan campur facebook peribadi aku dengan pelajar-pelajar sebab banyak buruk dari baiknya) dan sebelum tu, aku buka satu pages untuk hal yang sama, atas nama cik safiahafsah shaharuddin (ia hanya menggunakan akaun yang sama. maksudnya, sama emel...jadi, kita boleh buka dua-dua dalam satu masa dengan facebook peribadi kita, senang kan?) dan ingat nak update apa-apa kat situ sahaja... (ye, memang banyak pasal sekolah aku update kat situ).
tapi yang tak bestnya, bila orang 'like' kita, dia je yang boleh masuk pages kita dan kita tak boleh masuk facebook dia. maksudnya kat sini, dia je boleh tahu hal kita, tapi kita tak. wujudnya, komunikasi satu hala sahaja di situ... ha adoii, juga... dah senang, tapi limited pula fungsinya.
oleh sebab itu, aku buka akaun kedua tu... dan situ aku letak gambar penting sahaja (termasuk gambar barangan jualan dari kawan-kawan) dan terima saja, apa saja permintaan nak menjadi rakan. kan senang? betul tak? iye, ia mungkin agak sukar... tapi fikiran aku yang ke 200Km jauh tu dari kau yang PHD tu rasa ada baiknya aku buat macam tu.
well, aku tahu apa yang aku buat... jadi, kenapa mereka nak susah-susah? aku tak suka perli orang untuk sesuatu yang tak berfaedah dan tiada kena-mengena dengan aku. tapi kalau kau cuit hidup aku, tahulah... begitu juga kalau kau buat tu menyusahkan aku, wajarlah aku nak sound apa kan dan aku juga terima kalau aku buat yang sama, soundlah nak sound pun.
tapi, kalau aku buat...tak pakai duit, masa atau tenaga kau..janganlah banyak cakap. macam ni ha...contohnya...
bagi aku biarpun bentuk gurauan pun, tapi bagi aku janganlah bergurau sesuatu yang buat orang jadi tak selesa. kan? kadangkala diam itu lebih baik...kalau kau rasa tak puas hati sangat pun (PHD sangat pun), diam sajalah, kan?
macam dalam dunia blogging pun, bukan kita akan masuk dalam semua blog tu kena dengan citarasa kita, betul tak? dan adakalanya kita akan masuk ke blog yang memang kita tak dapat baca, tapi kita masuk juga atas dasar hubungan sesama blogger... jadi, berhak kita nak pergi sound 'menyampah' 'tak suka' 'kenapa kau tulis entry tentang rangking alexa kau saja, ha?' atau rasa gedik atau loya tekak bila cara dia cakap tak sama macam kau cakap atau tak kena dengan anak tekak kau, tentuk tak boleh kan?
tak susahkan kita pun kan? jadi... jangan banyak cakap.. kadangkala diam itu adalah lebih baik..insyaAllah...
cik bulan:
kadang-kadang aku cakap banyak ke dalam.... tapi kadang-kadang aku begitu 'outspoken', tapi aku rasa tak salah asalkan aku tak mencampuri urusan orang...
6 comments:
Betul kadang-kadang fb banyak bawa keburukan daripada kebaikan (in one situation).. tapi bergantung kepada cara kita control dia.. Kawan saya hampir kena buang kerja sebab kantoi dia dah kawen...(ikut perjanjian tak boleh kawen masa belajar) so, at last, kena deactivate acc... tp xnafikan, byk kebaikannya :)
ade kite suruh jage acct2 tu,huh
manusia :(,sabar ye syg xoxo
ade mase jaga hal org ade baek nye...
ade juga yg xkene...
yg onting tahu hormati keselesaan org...
;)
ha ye btul2..kalau x suke buat dang sudehh..tp dlm hati nak mngutuk tu memang digalakkan wakaka
manusia memang ciptaan nya sempurna dan untuk jadi sempurna kot
dni lom ado fb... huhu tak sempat nak jaga..
Post a Comment