Mar 30, 2010

kalau nak tengok aku berubah wajah, sila ikut aku ke kelas.

hari ini sedikit sentap.bukan dengan kamu tapi dengan para-para pelajar (bukan para-para sakura).jika budak-budak jumpa blog ini, terimalah salam manis peluk cium dari cikgu sebagai pembuka bicara.




ye...kadang-kadang cikgu cuba berlagak garang.bila dah mula berlagak garang...no way for you guys to be direspect dengan cikgu.kadang-kadang juga boleh bertukar wajah.boleh jadi seperti incredible huck, mungkin.mungkin juga seperti hantu yang matanya merah menyala-nyala.segalanya mungkin.




ohh, mungkin juga sedikit kasar.dan agak jantan (haha.sila percaya, okay?).bila dah begini, kamu boleh tengok cikgu punya mata begitu tajam.dan suara cikgu kuatnya boleh didengari bukan tujuh bukit tujuh lautan, tapi sekadar tujuh batu.jika tujuh bukit, tujuh lautan, itu hiperbola yang amat.bukan?



dan, bahasa cikgu...mungkin agak sedikit kurang ajar.tapi tidaklah akan memaki ataupun menyumpah.itu pantang cikgu. cikgu tidak menghalalkannya.tapi...jangan panas telinga bila cikgu membebel dan sound kamu sesedap rasa.ye...khutbah cikgu selalunya tentang otak.tu tidak lari.masuk ke kelas apapun, jika perangai kamu seperti kera-kera mahupun ungka-ungka dihutan, maka cikgu segera melaung...."kelas, sila pakai otak ye!"




seterusnya, jika kelas relief yang belum pernah jumpa cikgu..khutbah cikgu pastinya sangat mudah. biasanya, jika masuk kelas tingakatn dua, cikgu sedikit garang dari biasa.mungkin kalau tengok, bukan cikgu soffya yang biasa kamu lihat.



"sila pegang kepala.semua ada kepala, kan??"ye.."."jika ada kepala, pasti kamu ada otak, kan?""ye..."


"kelas,apa beza manusia dengan binatang?"jika pelajar jawab manusia ada otak dan binatang tidak,cikgu cakap itu salah.sebab dua-dua ada otak...cuma binatang tidak ada akal seperti kamu.



"tapi kenapa kamu tidak guna akal, tidak pakai otak tu....???"



pasti kelas diam.jika kelas tetap bising, cikgu akan cakap...

"kelas, sekian lama dah kamu menghabiskan masa untuk hal-hal yang bodoh, mari kita cakap sesuatu yang berfaedah sekejap, boleh?



kelas pun diam.mata putih je nampak...itu kalau kelas ok, tapi kelas tak ok, tetap tak ok.


"apa kehebatan otak?" "apa beza manusia yang berjaya dan gagal?"




dan cikgu, pasti akan cakap....

"kelas, pernah tak kamu sesekali terlupa dan tersedar...ohh, aku ni manusia sebenarnya...

kelas, jangan berperangai seperti ungka-ungka dan beruk-beruk di hutan.kamu ni manusia...dan ada otak, ada akal.boleh?


tahu tak..kenapa ada manusia yang gagal dan berjaya.sebab, ada sesetengah mereka tidak menggunakan keupayaan otak mereka dengan baik dan semaksima mungkin.padahal otka tu lebih hebat dari sebuh komputer, lebih hebat dari apa jua machine-machine yang ada di dunia ni.sebab, otak tulah yang cipta komputer...bukan komputer yang cipta otak.faham?"




ye...itu bila cikgu benar-benar sentap dan bengang.ingatlah dunia..pelajar kini bukan macam dulu lagi.tertib dan sopan-santun itu pekerti.tapi kini, pekerti tidak berukuran lagi.cukuplah, berjaya dalam pelajaran saja.cikgu???siapa tu.....perlu ke dihoramati sebegitu rupa??



tapi bagaimana bengang pun, cikgu takkan mencarut atau memaki.karenah kamu, tetap cikgu akan layan.seperti biasa...kerana itu masih boleh dimain-mainkan oleh pelajar yang nakal.khutbah cikgu hanya jadi satu bahan yang menarik untuk pelajar yang nakal, kadang-kadang.bukan sesuatu utnuk dimengertikan.paling tidak pun, ia dianggap ceramah bebas.



**situasi 1

murid:asslaammulaikum cikgu kasut putih...

cikgu:waalikummusalam...


murid:cikgu, bila cikgu nak masuk kelas kami lagi.rindu alh nak dengar ceramah cikgu.he...




**situasi 2

murid:weh, weh..tu cikgu yang suka bagi ceramah tu...cikgu...!! (menegur)

cikgu: (sentap.tapi...itu biasa)




lihat?cikgu dah biasa sentap, marah, dan bengang dengan kamu semua...tapi satu yang pasti, cikgu sayang pelajar-pelajar cikgu.terutama kelas satu cekap dan satu amal.kerana walaupun kamu pernah buat cikgu menangis, tapi kamu pernah buat cikgu bahagia...terima kasih!





P/s;pernah menagis di kelas itu..hu.malu..malu.

p/s/s:cikgu agak marah dengan pelajr hari ini..tapi bukanlah sangat marah pun..okay?sekejap lagi cikgu masuk kelas Pj...biasanya cikgu bahagia dengan kelas ini.harap selalu bahgia..biarpun kadang-kadang cikgu sedikit pening.

17 comments:

Sheherazade said...

ooo syg....hug

ardinihumaira said...

ololooooOoo jangan nasges2 kat kelas tau. nanti mucuk :p

- said...

eee.....cikgu?
bestnya!
org pun! eh! bakal cikgu..
n sklh rndah.. bukan menengah~
hehe~

enyheartsdiamond said...

hahaha..comelnya cerita cikgu :D

penaberkala said...

selamat malam cikgu
panjang cikgu membebel, bgs2
tp, jgn panggil kelas
nnt budak2 xdgr, panggillah pelajar2,hak3 (jz kidim)

apepun, selamat mendidik anak bangsa
first time dtg kat bulan

Hafiz Yusof said...

cikgu ker..so sweet..good

~aSHa~ said...

agaknye mcm ni la cikgu2 kita dulu kan...

bila dah jadi cikgu baru kita tau apa perasaan cikgu kita dulu...

tahniah berbakti kenapa anak bangsa....ajar molek2 ye...

sekolah mana ni? kemaman jugak ke? nti leh ar anta anak ke sekolah cikgu ni...

soffya cik bulan said...

peri pia,
hugs back.syg..muah

soffya cik bulan said...

ardinihumaira,
he...mmg bucuk pun.kumenitis air mata tanpa sedar...malu

soffya cik bulan said...

cikgadis,
bru berpraktikum syg...

ye, thu.sudah kulihat profilemu.

soffya cik bulan said...

shafie,
ia.tabah itu pasti.tp kdg2 sy pun kalah...sebab semangat selalu nk ngjar best2 tu byk.tp..setudent selalu buat pgjrn jd tk jd.kecewa.


but thnks.sbb jd teman yg faham

soffya cik bulan said...

enyheartsdiamond,
ye..cerita yg comel dr cekgu yg comel.haha.sila muntah dik

soffya cik bulan said...

penaberkala,
slmt pagi murid2..

haha, ye sy thu tu...tp selalu jd sebut mcm tu.kan ah, kalau pggil kelas, mne dia ada telinga, kan?hoho..


terima ksih, okay?

soffya cik bulan said...

embun d tengah malam
bakal.urm..terima kasih.;)

soffya cik bulan said...

~asha~

itulah...menyesal dulu, tdk jadi anak didik yg plg bgus.tp ms form 6, jd sgt bagus...=P


bukan, di sri gombak, kl.nanti sireh pasti pulang ek ganggang jua...insy

wawa syaida said...

so cute story mory ni =D

soffya cik bulan said...

huhu...sory yg kiut dr cekgu yg kiut...wakaka :P

(wawa sila jgn pengsan)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)