Sep 28, 2010

merahnya makngah....=P | raya 1431H part I

merah kan kak ngah saya?-cakap budak masam =P


dam dam dum, bunyi mercun!lalala... kalau dengar ayat ni (lagu lah kan...) mesti teringat si encik M. apa yang gembira sangat lah dia tu... menyambut raya bukan main lagi, macam kanak-kanak ribena. tak kalah... asal telefon saja, bila jawab call, beria-ia nyanyikan lagu tu konon-konon macam ringtone handset dia pula... kekeke, ceria bebenar, dan aku, gelak saja. =D


meskipun cerita raya ni macam dah basi kan, tapi aku nak cerita juga. dengan lebih detail, meskipun masa hari raya pertama tu aku dah buat entry mukaddimah.hakhak. sebab, tahun ni... raya memang tak sama langsung dengan tahun sebelum-sebelum ni... macam dalam entry di hari raya pertama sebelum ini, memang raya tahun ni lain macam sangat. bak kata wanie, disaster.tapi aki tak lah pula nak kata disaster, cuma banyak betul air mata. aku tak seronok! tak gembira! kosong... banyak betul yang menyesakkan kepala. nak senyum pun, paksa-paksa. tak apalah... Dia ada-berserah saja... hidup ni kan ibarat roda, betul tak? gembira takkan sekejap, sedih pun takkan lama...T_T


pertama, yang lain... ialah aku tak pernah merah-merah di hari raya. alah, macam kak red pula. selalu warna aku, ialah ungu, biru, merah jambu..tahun ni cuba mengubah warna tanpa tersengaja. mungkin hanya untuk memudahkan penyesuaian dengan perkahwinan sahabat baik, Mial yang bertema merah nanti. kalau tak sempat rembat baju baru, pakai ini boleh kan...?


kata meniti senja, sakit mata tengok baju yong... terang...
[pandailah kome yop, mana ada terang bebenau pun....]


nah, editing kasi lagi terang. biar sakit mata yop


dan, yang bestnya, seluruh keluarga aku (berempat) mengikut tema aku juga. adik, emak dan abang. dah  semua aku taja kan, jadi kena ikut suka hati akulah nak taja warna apa...hakhak. eh, abaikan perkataan taja tu, jangan ingat aku beruang sangat ye... cuma sekadar menunaikan tanggungjawab saja  =) lagipun murah-murah saja, sekadar termampu. nilai tak penting kan, yang penting nawaitu, betul tak?


kami berempat..adik, emak, abang, saya

 si adik yang mengada-ngada


pagi-pagi, pastilah ada sesi drama air mata. hakhak. rumah arwah atok ni telah dihuni sepenuhnya oleh paksu dan keluarga untuk menjaga makcik aku. itulah tanggungjawab. paksu aku tukar kerja kat kampung... dan talah risau sangat hati ni bila memikirkan makcik kesayangan aku tu. jadi, rumah ni tetap menjadi rumah utama aku selain rumah sendiri meskipun arwah atok dah tak ada. 


di sinilah... dari kecil sampai besar, aku menumpang kasih arwah atok dan makcik (atok tu perempuan ye? jangan jadi amcam encik M, fikir aku cerita banyak-banyak tu atok lelaki. hehh). di sinilah jua tempat aku beraya dari kecil... dan alhamdulillah, tahun ni rumah ini tetap menjadi destinasi utama saudara-saudara yang lain berkumpul. pakcik-makcik, sepupu-sepapat, cucu-cicit..semua datang bermaaf-maafan.


selepas sesi drama air mata, macam biasa, selepas dah melayan dan berpenat-penat di dapur, maka, tibalah masa untuk angkat kaki. selalu ke rumah sue (kawan dari kecil, sebelah rumah saja pun rumah atok dia), tapi tahun ni dia petang baru sampai, jadi angkat kaki dulu ke rumah naniey.


*****

eh, lupa..sebelum kami berkumpul-kumpul, kawan lama..che dan keluarga (merangkap dua sepupu aku juga pun.he) datang beraya dah. meriah, memang meriah. tak laam lepas tu, si naniey dan adik, erniey datang pula. untuk apa?ha, untuk beli shawl raya sebab berkenan tengok naniey pakai shawl crumpel style arab tu... aku tengok pun dia pakai cantik semacam je..


kekeke, memang terhangat lah shawl crumple style arab dan jamaica tu. adik naniey rempat tiga shawl pagi tu. kena sound, pagi-pagi raya pun buka kedai lagi ke...??kekeke, bukan daku yang membuka kedai, tapi pelanggan datang mengetuk. tak baik hampakan harapan pelanggan, kan? hakhak, kata orang rezeki jangan ditolak ye tak yop?


jadi, meriahlah..bila kami... che, aku dan naniey berjumpa lepas lama sangat dah asyik bersembang dalam mukabuku saja. hai, hoii, hoii saja kan... hari raya baru sempat bersua muka lepas bertahun-tahun lamanya.... ohh RINDU! dan kerinduan itu.... diabadi dalam ini...


gambar dari telefon murah

che, aku, naniey, erniey
gambar dari kamera che.. baru nampak terang, kan?

hello... mereka berdua sedang berbadan dua yop. naniey anak sulong. dan che pula, kamu sila bilang sekarang, berapa orang anak dia?


 sekarang pula baik cakap, kasihan tak kasihan aku ni ha?huuuuu...
main dengan anak-anak buah, anak kucing, anak tekak... tapi anak sendiri...bilalah ye? (thingking, =,=)


******

lepas habis babak segala babak drama di rumah, aku mula meronda kampung. haisshh, rindu sangat-sanagt. rasa nak cium semua... pokok-pokok, jalan-jalan, rumah-rumah... kekeke, apa ke gilanya aku nihh?(sengih). dan bahagian paling best, bila jumpa mereka ni... gelak, gelak. macam geng abang-abang, lah konon kan jumpa adik-adik. macam tak percaya pun ada, masa aku tingkatan 5, mereka tingkatan dua, satu... kecil sangat, sekarang, cuba kau tengok yang pakai baju warna ungu tu... sikit punya debab. dulu, separuh aku agaknya.

marina aka natrah adlina (sila search FB), hawa, angah, azie
dulu, yang si ungu tu paling kecil =P


rasa saya lagi kecil dari dia...kekeke, perasan ;P


saya dan mereka, adik-adik -,-


 hawa rashidah, bukan rashidah utama
;P

  kawan baik. sedari kecil =)


itu dulu setakat ni. babak mengada-ngada seterusnya dalam entry berikutnya ye darling!


Pesan tahibintang:
tunggu cik bulan update dalam entry seterusnya okeh?

7 comments:

Sheherazade said...

Sape darling?hak2

ku dah tiada kwn sebegitu :'(,indah nya

ardinihumaira said...

comellah baju & tudung raya pia!

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

haiyya, sungguh merah but still cun sis.

hope its not too late to wish, happy eid mubarak!

Anonymous said...

pesal plak merah makngah,tukar ler pakngah ke,bangngah ke? hihi

oh ho incik M tue....phewittttx2

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

uish..
saket mate kali kedua...
:)

Aleen Aiden said...

wow!merahnye.hee.xpe2,merahla meriah kan.hee
bley lg ke nak ucap slamat hari raye nih?hu3 ^_*

Qaseh Myshop said...

korang still lagi eik kawan...CHE,NANI,PIA,SUE...Pia duk umah flat fikri ker???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)