wow, kahwin???
banyak nak kena prepare ni...
pelamin...
hantaran...
kenduri kahwin
dan juga ini...
kad kahwin!
dear, aku faham perasaan kamu. sangat faham meskipun aku tak di tempat kamu, sebab semua dari kita pasti inginkan yang terbaik untuk majlis perkahwinan kita meskipun dalam bersederhana... jangan sedih-sedih, nanti tak naik seri muka..:) ye sayang? sabar... banyakkan bersabar. kata orang, untuk buat majlis macam ini, memang banyak dugaannya jadi anggap ini satu ujian untuk kamu ye sayang?
baik kawan, mari kita berkongsi. alah, selalu sangat mengexposekan diri kan dengan cerita-cerita yang tak bagi moral value langsung kepada kamu kan, jadi lebih baik baca ini... sambil bincang-bincang. ini kira tips jugalah, iaitu...
TIPS BELI KAD KAHWIN!
atau bahasa melayu baku dan betul tatabahasanya ialah
TIPS MEMBELI KAD JEMPUTAN MAJLIS PERKAHWINAN!
tadi, aku temankan kawan pergi ambil kad dia. ohh sungguh banyak kesulitan yang tak tertaksengajakan. ye, kita semua adalah manusia, dan tak lepas dari membuat kesilapan, tapi as a human being yang diberi akal, dan pula pekerjaan sebegitu, haruslah kita lebih berhati-hati... kan?
kata orang, kad kahwin adalah one of sentimental value untuk sesebuah pasangan itu. malah akan menjadi kenang-kenangan sepanjang hayat dan juga mungkin turut menjadi simpanan rakan-rakan terdekat, ye tak? jadi, apabila kita bekerja dalam bidang yang berkaitan ini (bidang pembuatan kad kahwin), kepuasan pelanggan sangat penting. cerewet atau tak, mereka membayar dengan kadar yang ditetapkan seiring dengan kemahuan mereka, bukan? jadi, kita harus berusaha menunaikan berkadaran dengan bayaran mereka.
bayangkanlah, satu pasangan tu mungkin berbelanja lebih untuk sesetengah kad untuk memuaskan hati sendiri dan berharap apa yang diangankan menjadi kenyataan... dan kita, yang sepatutnya melakukan kerja kita dengan sepenuh tanggungjawab tetapi telah melakukannya dengan separuh hati, maka yang diimpikan oleh pasangan itu tidak tertunai, apa perasaan kita? terfikir tak bagaimana pula perasaan orang?
aduh, soal hati bukan gampang kawan! pasangan itu bukan minta yang pelik-pelik tapi sama sahaja seperti yang sedia ada, dan telah mention banyak kali bahawa begitu, begitu, sama seperti itu.. sama sebiji, sebiji. macam itu, ya macam itu! tetapi akibat kecuaian kamu, yang terhasil tidak menepati citarasa, malahan pasangan itu berasa sangat kecewa... bakal pengantin berasa sangat rugi duitnya, berasa begitu desperate, frusted dan cuak.
kasihan kan? kalau kamulah jadi pekerja tu kawan, apa yang kamu buat? minta maaf? bayar ganti rugi? print sekali lagi? merayu kepada bos untuk bagi separuh harga? atau lain-lain lagi? ada idea? ohh mana sekalipun... boleh, jika boleh merubah keadaan. contohnya minta maaf dan kalau kamu bos, kamu boleh print semula sebab itu kesalahan kamu... tetapi kalau kamu cuma pekerja makan gaji?
sebab itulah... itu periuk nasi kamu. jaga baik-baik. hati-hati. jangan main tembak saja. jangan terlalu bepegang, ohh saya ni manusia, dan sebagai manusia adalah sesautu yang wajar jika saya sering membuat kesilapan. ohh no! itu manusia yang lemah... yang menzahirkan kesalahan, untuk tidak bertanggungjawab atas kesalahan sendiri lantas meletakan ketidakbertanggungjawaban sendiri atas sifat perciptaan... jangan jadi seperti itu. kerana kalau tidak, kamu pasti akan kehilangan segala-galanya dalam hidup kamu, kawan!
jadi, di sini... ingin saya berpesan, kerja dalam bahagian nikah kahwin ini tidak mudah, bukan senang. susah. sebab setiap orang hanya ada sekali sahaja saat itu. apabial sebut saja sekali, pasti ingin berbuat yang terbaik.bukan grand, tetapi terbaik. bersederhana tapi berpuas hati. kan? meskipun seseorang itu pernah menguruskan perkahwinan kakak atau adik, dan mempunyai sedikit pengalaman, itu takkan sama. sebab ini adalah pernikahan kita sendiri, dan kita yang merasa... bukan mereka.
mungkin bagi kamu yang lain... persoalan kad jemputan itu tidak besar, tetapi tidak bagi semua orang. setiap orang punyai citarasa dan jika semua orang memainkan peranan dengan kadar sewajarnya, insyaAllah semua orang pasti berpuasa hati. semua orang dapat melakukan kerja dan meneruskan kehidupan dengan tenang... iaitu si pekerja kedai mencetak kad, dan si pengantin serta keluarganya, bukan?
tidak seronok jika terjadi pergaduhan, jika terjadi sesuatu salah faham, marah, masam muka dalam kehidupan kita bukan? jadi, elakkan itu terjadi supaya perkerjaan kita sentiasa seronok. aku yakin, perkerja itu pasti berasa tidak sedap hati selepas ini bila memikirkan kejadian siang tadi. pasti. sebab aku juga begitu, jika berbuat salah, fikirnya hingga ke rumah. kalau aku di tempat kakak tadi, aku pasti tak sedap hati... ohh, adakah aku telah menghampakan hati orang? harapan dan kegembiraan orang?
ye, kamu telah menghampakan. malah meruntuhkan sebahagiaan kegembiraan mereka.... ;(
ye, kamu telah menghampakan. malah meruntuhkan sebahagiaan kegembiraan mereka.... ;(
=,=
*****
jadi, supaya hal begini sedikit sebanyak dapat dielakkan, ini tips yang ingin ku perkongsikan dengan kamu bila nak menempah kad kahwin... sebab tadi (pernyataan dan bebelan atas tadi tu aku rasa sesuai buat tajuk TIPS MENJADI PEKERJA YANG BAIK. hakhak) macam menyeleweng kan, tapi tak apa, kita teruskan...
Pertama : jangan bayar semua kos kad.
bayar deposit sahaja. kalau dalam syarat tulis 15% bayaran deposit, jadi bayar deposit saja. jangan gelojoh. kalau kad harga RM500, bayar RM75-100 sahaja. jadi, kalau nanti ada kesilapan apa-apa, kalau kamu cakap kamu tak puas hati dengan kad tu, tak adalah dia cakap...
"kita tak pulangkan duit dah kalau taknak!"
wow! lancangkan mulut dia... jadi, kalau taknak rugi kan, baik jangan bayar semua dulu. aduh, kalau tak kita pula diperlekehkan. sekurang-kurangnya, kalau dia tak nak betulkan juga kad kita, kita boleh minta reduce harga. iya lah, dah lah semua salah pihak dia, kita pula terpaksa menaggung rugi. kalau tak nak juga, tak perlu kita ambil dan tak perlu bayar, ye tak?
pada aku, kalau salah tu boleh lagi nak dimaafkan, kalau dia memohon maaf (tapi tadi tak pun) dan sama-samalah concider kan, print lah yang lain atau kurangkan harga sikit, ye tak?
Kedua : jangan banyak mengubah
jangan ubah itu-ini. sekejap macam itu, sekejap macam ini dan terlalu banyak pembetulan. masa buat kali pertama tu terus decide yang macam mana nak dan tepat. jangan terlupa apa-apa nanti banyak nak kena betulkan semula. jadi, pilihan masa tempahan adalah pilihan yang setepat-tepatnya.
aku tak tahu sama ada kawan aku tadi ada banyak buat pembetulan ke tak, tapi ini dari segi pandangan aku sajalah. yang aku tahu, cuma kawan aku pergi betulkan alamat dan beberapa ejaan saja tak silap.
ini supaya dia itu tidak lupa... kalau terlalu banyak pembetulan. almaklumlah, kerjanya banyak, kan? dan dia itu pula manusia yang tak lepas dari membuat kesalahan..;P
ini supaya dia itu tidak lupa... kalau terlalu banyak pembetulan. almaklumlah, kerjanya banyak, kan? dan dia itu pula manusia yang tak lepas dari membuat kesalahan..;P
Ketiga : jadilah pembeli yang bijak!
selidiki dulu harga untuk beberapa tempat dari segi harga dan kualiti. malahan, jika telah memilih tempat itu, sila buat semakan harga. apa yang aku tahu, kawan ni dapat harga lagi mahal dari kawan yang satu lagi tu. pelik, aneh.
jadi, betulkan pemahaman dengan setepat-tepatnya kalau tak ia akan jadi kekeliruan yang sentiasa bersarang dalam minda kita. lagipun kenapa benda yang sama kita dapat harga yang berbeza dengan orang lain? jadi, perlu bijak di situ.
Keempat : jangan mengalah dengan penipuan dan penganiyaan!
ini lagi satu. geram yang amat aku tadi. pasal kad tu aku tak terasa sangat... tapi pasal bayaran. hari tu dah setuju hanya tinggal RM30 baki dari RM430. tapi tiba-tiba tadi, cakap RM60 sebab sampul surat print (hanya print beberapa perkataan sahaja atas tu) dari RM0.10 jadi RM0.20. aik, kenapa macam tu?
aku rasa eiii, penipunya! kalau silap pekerja dia tu, rasa macam geram sajalah kan, tapi rupa-rupanya boss dia cakap hari ni jadi RM0.20 pula. boss dia yang cakap, okay? sedangkan masa deal hari tu, mati-mati cakap RM30 untuk 300 keping sampul. alah, kalau kita potostat kat kedai pun, tuan kedai tu fikir 14 kali tahu nak ambil 0.05 sen ke hanya RM0.03 sen tahu!
penipunya... tak baik tu, menganiyai orang sangat-sangat. memanglah kita boleh bayar RM30 tu tapi fikirlah, halal ke duit tu kalau jual beli atas dasar menipu, kan? apatah lagi kalau orang tak bawa duit lebih ke apa ke... macam mana?
yang pastiny, ia telah mngubah perjanjian tanpa persetujuan! penipu! kalau ikut hukum pun, jika dah berjanji, kalau satu masa harga ink lah konon naik pun itu bukan salah pelanggan, tapi salah kamu, okay? jadi, bukan kita nak meletakkan kerugian itu atas pelanggan. jadi, fikirlah sendiri... menganiyai ke tak macam tu...?
******
diharap tips ini akan menjadi panduan untuk kita semua. apatah lagi untuk orang besederhana macam kita ni. kalau boleh nak kurangkan kos, tapi kalau macam ni, makin tinggi kos, pastilah terasa kan? jadi, hati-hati kawan, terutamanya jika kamu sebagai pekerja dalam hal-hal macam ni, contoh pekerja kedai kad kahwin, pekerja bahagian andaman, bahagian pelamin, makan-minum... semua ada tanggungjawab dan peranan masing-masing, kan? begitu juga untuk bakal pengantin, hati-hati ye...
semoga segala-galanya yang terbaik untuk majlis dua sahabat ini dan juga untuk majlis kamu, kamu, kamu yang bakal berlangsung nanti..insyaAllah... mana yang terbaik, jadikan teladan ye kawan-kawan ;)
semoga berbahagia hendaknya kawan-kawan...
begitulah, untuk kerja nikah kahwin ni memang rumit dan banyak rintangannya...tetapi, kalau semuanya berjaya diatasi dengan sabar dan medatangkan hasil yang memuaskan hati, pasti gembiranya ya rabbi...
macam abang ni ha, kan, kan?
amboi bang, seronok ye kahwin ye bang?kuikuikui
pesantahibulan:
hidup ini indah sebenarnya.. jangan cemarkan dengan kesilapan-kesilapan yang berulakng yang akhirnya memakan diri dan menyusahakn orang lain hingga hilangnya sudah keindahan itu ye kawan...=,=
ucaptahibintang:
selamat pengantin baru buat kawan-kawan blogger yang ada melangsungkan pernikahan minggu ini..;)
6 comments:
eiii jgn buat mcm tuu
kesian pasangan yang dah kawen
but one thing, jgn terlampau membazir dekat kad kawen sbb tak ramai pun yg simpan :)
kawan bukan senang mcm sebut K.A.W.E.N...
:)
hurm...
mmg susah sgt2...
sy ni grafik artis..
n ade jgk buat kad kawen...
design2 mendesign mmg rumit.....
lg2 dpt customer yg cerewet..
tp sy hargai mereka krn mempercayai sy utk mendesign kn kad kawen mereke(yuhuuuu bangga)
jd tip2 dan pendapat awk mmg betol..
haha. terbaik la tips ni. kak piya kita bila nak kahwin ni? hehe :)
Ynag penting kawen itu seronot..hehe
siannye dorg.. bgus jugak tips ni.. hihi.. salam ziarah..
Post a Comment