tak ada atok nak beraya sama-sama... ish, pelik perasaan ini. pelik rutin hari ini. selalu akan ada seseorang yang perlu aku siapkan, yang perlu aku uruskan. tapi tahun ni, sepi. suara dia tak kedengaran, gelagat dia cuak-cuak nak mandi pagi tak kelihatan, apatah lagi bebelan nak makan itu ini...
dan kerana itu pagi-pagi lagi aku dah menangis kecil. tiba-tiba air mata terasa nak mengalir. sedih wohh...;( tak pernah rasa perasaan ini. mungkin harus biasakan diri kerana aku tahu tahun-tahun akan datang saat ini pasti akan tiba lagi, harus biasa. harus terima. ye tak?
raya tahun ni..pertama kalinya juga...
tak ada sesiapa sebagai tetamu istimewa. hakhak, agak harem statement ni kan tapi itulah kenyataan. tahun-tahun lepas akan adanya seseorang yang akan menjadi tetamu undangan, yang akan merasa masakan ini dan itu, yang akan membawa aku beraya ke situ ke mari, tetapi tahun ni? terasa sepi... terasa sendiri.
huhh, sedih yop...
nak-nak pagi pagi lagi dapat panggilan yang betul-betul mengusik hati. mulalah terfikir macam-macam. ingat itu ini. dan hati mula berkira-kira, kalaulah... kiranya... jika... tapi, tak semua yang kita nak, kita harapkan tu terjadi mengikut kehendak dan keinginan kita kan?
tapi, segala rasa di pagi hari usah dilayan... sebab kalau hujan pada pagi hari, takkan sampai petang hari tetap mendung kan???
;)
ini pula salah satu saat-saat bahagia di petang hari..wowwww, sukanyaaa....=D
kawan-kawan lama masa sekolah menengah...
dah 7-8 tahun, tapi perangai gila tetap sama, gelak tak hengat lah tadi..hakhak
pesan tahibulan:
(kita sambung lagi ya...broadband kat kampung kan biasalah, sangat slow....)
4 comments:
cantik baju raya pia :) dni hari ni pening kepala kes makan banyak.. hehehe...tdo spanjang petang. tak beraya gamaknya.. tu lambat balas mesej pia comel :p
selamat hari raya
la tahzan
yeah same with me. this year dah x semeriah tahun lps :(
yong...
saket mate tgk kaler baju yong...
:)
Post a Comment