ni update pantas gila okeh sebab orang lain pergi shopping ha, tapi aku duduk dalam kereta buka ladtop dan update blog.terror tak terror aku kan? ngee..sebab kat kampung atok aku sikit punya lembab berukben aku ni sampai nak menangis aku tunggu ha kalau nak buka fb apa kan...
so, (cess, dalam nak update pantas pun sempat lagi intro panjang nak mati)...aku tak nak cakap banyak-banyak, just nak buat ucapan ringan-ringan untuk semua readers blog ni..bukan apa, tahun ni tak sempat nak buat ucapan kat radio dan kat TV. selalu, tiap-tiap tahun ada je wartawan datang ambil statement aku untuk ucapan raya kan...tapi tahun ni terpaksa tulis sini je lah...(biasa la, berlagak ala-ala diva macam ni memang hobi nokksss)
okeh, okeh...
kawan-kawan, saya safiahafsah shaharuddin (no i/c bla, bla, bla...) nak mengucapkan, selamat hari raya maaf zahir batin...sempena hari raya yang bakal tiba esok okeh... kalau aku ni kan selalu je cakap lepas dalam blog ni, lepas tu keluarkan statement yang kamu semua naik bengang, naik berbulu ketiak kan, naik geram, naik hairan bin ajaib, naik darah ke apa kan, aku harap janganlah naik-naik lagi, turunkan pulak...sebab aku nak minta maaf banyak-banyak okeh?
kadang-kadang aku songkek ke, kekwat ke, poyo lebih ke, sengal nak mati ke, yang kamu rasa tak puas hati ke apa kan, harap janganlah disimpan dalam hati dan kalau rasa tak puas hati juga, silalah lempang aku sedas dua...tapi jangan lempang laju-laju, sebab aku je yang boleh lempang laju-laju...
okeh, series. tadi main-main banyak je kan...
kawan-kawan...
terima kasih banyak-banyak sebab sudi baca blog aku dan support blog ni selama ni..tanpa korang semua, apalah sangat blog ni kan..tapi biasa lah,bila dah tulis macam-macam, pastinya adanya kadang-kadang tulis sesuatu yang melampaui...mugkin teguran yang pedas, mungkin kritikan yang agak keras, tapi percayalah aku juga macam kamu semua juga, selalu ingin memberikan yang terbaik walau dalam apa cara pun dan mungkin cara tu tak kena kan....
so, aku nak minta maaf banyak-banyak ye dengan kau orang kalau ada kata-kata aku tu ada menyentuh hati kan...kira 0-0 lah okeh untuk yang lepas-lepas tu.yang akan datang tu pulak kita belakang kira la... amacam? =D
last, semoga hari raya ni memberi ribuan makna untuk kita semua dan lebih bermakna dari yang sebelum-belumnya... semoga juga kau orang dapatlah apa yang dihajati untuk raya tahun ni kan. contohnya, nak beraya dengan family, dapat beraya dengan family, nak pakai baju raya harga lima enam ratus dapat pakai, nak pergi sembahyang raya, dapat pergi (untuk yang tak boleh tu, faham-faham sajalah..kuikuikui)
yang tak boleh balik kampung pula, yang tak dapat apa yang diingini tu..jangan sedih-sedih. percaya, segala yang terjadi, pasti ada hikmah disebaliknya...
SELAMAT HARI RAYA!
MAAF ZAHIR BATIN....
;)
cakaptahibulan:
bestnya balik kampung... rasa nak cium semua yang ada...tiang rumah, pokok bunga..kekekkee
2 comments:
Salam Aidilfitri kepada cik Bulan. Dah lama tak menjenguk bersua salam kan? Maafkan saya sekiranya ada yg terguris hati selama berblog.
ringan2 nie ayat wanie nieh..
:)
Post a Comment