Jun 5, 2011

Perempuan selalu diperbodohkan lelaki

pelik ah. dah tahu akan hakikat.... tapi kenapa takut nak mempertahankan hak? sebab takut dibuang? kenapa takut untuk tampil dan bersuara? takut perhubungan tak diteruskan?


banyak kes... yang bila isteri dapat hidu kecurangan suami, tetapi tidak bertindak sebab lelaki begitu pandai memPERBODOHkan isteri. sebab lelaki pandai sangat bermain ayat... sebab lelaki pandai sangat nak defend diri sendiri dengan menyalahkan orang lain.


dan perempuan pulak macam takde otak, dengar aje bebulat kata laki. yang lagi best, saya bukan nak perempuan tu, tapi saya terpaksa layan sebab kesian atau sebab dia selalu goda saya atau saya tak dapat elak lagi atau alah, apa-apapun awak tetap kat hati saya. atau alah laki awak jangan risau, macam-macam manapun saya takkan tinggalkan awak.


TETAPI, perempuan tu tak sedar, yang hakikatnya laki dia yang kejar sangat perempuan tu, yang terhegeh-hegeh macam lelaki tak cukup keperluan batin.


dah tu pulak, bengang kemain kat perempuan yang konon-kononnya terdesak menggoda laki dia. kalau tanya, dia tahu awak ada bini? dia tahu... tapi nak jugak, katanya laki. sah-sah time tu jugak, isteri rasa nak marah gilerrr kat perempuan yang dikatakan menggoda, sebab tak reti bahasa, orang ada bini pun nak jugak, sedangkan sebenarnya perempuan tu yang tergoda dan tertipu kepada lelaki yang mengakui sebagai bujang itewwwww...  Huhhhhh!!!


sikap awak wanita... sering menyebabkan diri awak teraniyai sebenarnya. iye, perempuan ni hati kaca. bak kerak nasi, keras... tapi siram air sikit, lembut ler... memang macam tu. cepat kesian, cepat untuk percaya. aku yang menulis ni pun sama jugak ah. dan benda ni pun tuju kat siri sendiri jugak. cuma, yang aku nak ingatkan, kehidupan di dunia ini begitu ganas, begitu kejam. sama ada kita akan terkorban atau kita yang akan terus mara, itu kita yang tentukan.



>>>>>
sebab tu bila kekasih aku curang ke, tak pernah aku nak dengar cakap Bf dulu. aku akan defend perempuan tu, sebab jarang ah nak dengar perempuan yang nak jugak kat hak orang kalau dia dah tahu tentang hakikat tu... kecuali Bf kita tu banyak rete dan duit dalam account dia, retis macam faizal tahir ke, hensem nak mati ke, dan perempuan tu macam perempuan jalang ke, boleh ah nak caya yang lelaki kita tu yang kena goda.... huuuu. faham maksud ni?

dengan dia ni, tak pernah berasa dicurangi. T__T

9 comments:

.fariza. said...

banyak lelaki yg pandai mengayat.

aishah said...

perempuan kalau terlalu sayang kan lelaki dia snggup mengalah biar pun lelaki tu buat apa saja..so, sayang bf tu harus bpada-pada..syg diri sendiri, Allah lebih baik..=)

Miss Ran said...

eh entry kite lebih kurang sme

pempuan memng mcm tu

sependapat..yeah!

Raji and Yeen said...

aah kan.. slalu kalau dlm drama pun perempuan dipersalahkan ckp gatal nak ambil suami org =.="
walhal laki depa yg gatai

yaya budak suka embun said...

mmg berdarah gak ar ngan laki yang camni..apa2 pun kita kna pertahankan hak kita :D

erlina said...

beb..agk stju la. haha agk mkn dlm pun ade,sbb da name pmpan hahaha

yg las uh mg phm,u got a gud poin !

aMiRaH said...

Betul~ Betul~ Betul~

nukilanaffiza... said...

hmmm...saya sebagai wakil lelaki no komen..huhuhuhu...tapi lelaki ni ada satu aura penggoda so kena hati2 agar tak terjatuh ke tangan mereka...

Buat Duit Internet said...

Mungkin perlu ditubuhkan sebuah kelab untuk menyedarkan para wanita agar jangan mudah percaya dan lembut kepada si lelaki. Tak susah nak buat kelab dan sedarkan para wanita, gunakan fanpage di FB dan sebarkan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)