Oct 15, 2010

Mencari wajah dia...

hari itu..terpandang wajah dia, tiba-tiba. tak sangka, dia tersenyum. tersenyum lebar. tapi...aku teragak-agak untul senyum kembali kerana ku tak pasti untuk siapa senyuman itu diberi, untuk aku atau seseorang yang lain. atau untuk apa tujuan senyuman itu, yang sungguh lebar dan bermanis muka. dalam agak-agak, aku ukirkan sedikit senyum. ahh, terasa mahu luruh jantung ini. :P

dia... lelaki yang pernah aku lukakan hatinya. yang pernah membenci aku separuh mati. dia, yang akan selalu berpaling bila bertemu tetapi dalam masa yang sama aku tahu, dan rakan-rakanku juga tahu, akan memandangku dari jauh, memandangku dalam diam.

yang pasti...walau berjuta-juta maaf pernah aku lontarkan... berjuta-juta benci juga dia ukirkan. itulah yang membuat aku kesal dan sebal hingga ke hari ini, kerana aku amat bencikan permusuhan... =;=

hari itu, awal-awal lagi aku sudah berniat, mahu hadiahkan dia sejambang bunga sebagai ucapan tahniah di hari graduasi, dengan ucapan sebagai pengakhiran kebencian, tetapi tidak berkesempatan hinggalah bertemu mata ketika selesai perarakan. lalu masih tertanya-tanya. untuk siapakah senyuman itu?

dan hari ini, terasa ingin kembali mencari wajah dia... dari satu foto ke satu foto. mungkin ada terselit dalam foto teman-teman... mungkin. dalam pengharapan. T_T

kamu, masih ingatkan semua kenangan ini...?(klik LINK)


...one of the memory on my graduation day...


 bukan untuk dia. tapi saya punya.  encik Mangkuk kasi :)


pesan tahibulan:
dont gossip-gossip ar...:)

4 comments:

Sheherazade said...

siapakah?indah sungguh nukilan mu

soffya cik bulan said...

peri pia,
he..kngn lama...he
nukilan lahir dari jiwa sis...

ardinihumaira said...

tahniah pia!:D

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bermadah helah...
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)