Oct 15, 2010

lupa nak ucap, terima kasih tan sri! | kesah ke tak?

 cool tak cool... masa perarakan graduan dan nak ambil tempat duduk :)

rasanya...berlatih-berlatih dah. part mana kena hangguk, dah aim dah. masa duduk tunggu giliran tu pun dah banyak dah buat gaya dah. tapi lebih banyak melawak barangkali. hakhak. siap testing, nak ucap macam mana. teriam kasih, tan sri- gaya bersungguh-sugguh, gaya gedik, gaya pembaca berita atau 999, gaya macam-macam ada pun ada. tapi... malangnya tak berbau...

bila nak naik pentas, baru rasa berdebar gila. betul ke tidak ni? rasa keliru silih berganti. dah lah naik tangga silap-silap.hakhak. ada tag-tag dia tak ikut... agagaga. then, bila dah menghadap tan sri, angguk dan ke depan sikit ambil ijazah tu, pandang dia (sebab cik jurukamera cakap, tengok mata tan sri baru gambar lawa.hehh). pandang punya pandang, jatuh jantung i, hakhak... sampai tergaman. angguk lagi dan blah.

tapi kan... tadi kenapa tan sri macam pelik tengok aku? apalah aku buat silap ye... jalan turun tangga dan jalan lagi dan duduk. fikir lagi.... fikir lagi. baru aku dapat. sah, memang sah. hakhak, aku gelak lagi. apa ke biolnya aku ni ye... patutlah tan sri pandang tak puas hati semacam je kan.

saya lupa ucapkan terima kasih tan sri. saya pandang wajah dia dan saya membisu seribu bahasa dan angguk kepala saja. agaknya, dia fikir, budak ni bisu tak..? agagaga. apalah engkau ni yongg... saljie kata, tak apa, bunyi bising, dia pun tak dengar agaknya kot kalau cakap. he :P. urm, agak-agaknya depa kesah ke tak?

rasa nak lempang laju-laju tak? jom, mari melempang. :P


pesan tahibintang:
lain kali fokus...fokus..jangan main-main ar...:P

4 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

nervous sgt kot.tu yg jadi cmtu.haha

Uruchimaru @ kf said...

lah tergaman ke cik safia sampai lupe nk ucap...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

xpe2 pon yong dah berjaya...
hehehe..
tahniah2...

Peri PiA said...

hak2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)