kadang-kadang,
kata-kata dia menenangkan hati saya
buat saya rasa tenang.
selesa.
kadang-kadang,
kata-kata dia buat hati jadi sejuk
kerana memang selalu ada benarnya
meskipun pertama-tamanya saya cekal membangkang
berkeras kepala.
kadang-kadang.
kata-kata dia begitu banyak benarnya
hingga membuat saya tersedar,
kenapa perlu melawan
bukankah dia terlebih dahulu banyak makan garam?
kadang-kadang
meskipun mulut dia macam longkang
selalu bikin saya bengang
rasa nak lempang-lempang
tapi sebenarnya dalam hati tetap terasa nak cakap
terima kasih banyak-banyak...
sebab sedarkan saya yang inilah hakikat kehidupun
bukan seindah yang saya sangkakan,
yang saya angankan,
manis di depan manis di belakang!
nah,
itulah dia kadang-kadang yang pelik
yang kadang-kadangnya membuat saya selalu tersenyum =)
ye, kadang-kadang,
mungkin juga jarang-jarang T_T
-soffya-
[8 sept 2010,autopost]
3 comments:
kabhi2 in hindi :)
mungkin juga kadang2...
:)
tuju dekat siapa ? (;
Post a Comment