Sep 1, 2010

;(

"katakanlah sesuatu yang benar itu meskipun ia pahit...." 


aku selalu ingat kata-kata seorang blogger pemilik tanah 'tanah, air, api, angin' kerana aku secara seratus peratus menyetujui kata-kata ini. ya, bagi aku biar kenyataan itu pahit tapi kalau itu adalah hakikat, mengetahui lebih baik dari menyembunyikan.


tapi aku... bukan manusia yang senang-senang akan menunjukkan emosi aku... bukan seseorang yang akan suka untuk menceritakan perasaan aku... yang boleh aku huraikan pun hanyalah cerita/masalah bukan perasaan.


aku boleh cakap... kenapa saya putus tunang... sebab..bla, bla, bla... tapi aku tak boleh cakap, "sedih sangat ni aku ni putus tunang ni..." atau tunjukkan emosi aku. memang tak reti. kalau cerita dalam gelak, mungkin boleh lah kot. apatah lagi nak bermasam muka. haihh, memang tak boleh. dua minit mungkin boleh. nak tarik muka, buat muka benci, meluat itu bukan perangai aku... kalau aku benci/tak suka, itu rasa untuk ditelan.  dan kalau tak boleh telan, cakap. itu lagi bagus dari aku mendera perasaan orang.kan?


kadang-kadang bagi aku... perasaan aku tak penting. tak perlu tahu tentang hati aku. yang perlu tahu, yang perlu kamu lihat ialah perjuangan aku... aku bukan manusia yang boleh hidup dengan meminta simpati orang, tapi aku mempertaruhkan sesuatu yang ada dalam diri aku, iaitu semangat, semangat untuk berjaya. semangat untuk membuat sesuatu yang bermakna. meskipun bukan mencipta rekod dunia, tapi sekurang-kurangnya aku berusaha merubah.


orang tak dapat melihat yang diri aku ini memang orang susah. itulah yang sedang aku ubah. sekurang-kurangnya orang tak pernah tahu yang aku ini anak dari mangsa perceraian. aku tak nak menjadi manusia yang di luar sana yang bila berbuat salah/tak berjaya lalu menyalahkan orang lain ; salahkan keluarga sebab bercerai-berai, salahkan ayah sebab tak bagi duit, salahkan kakak sebab tak jaga... tak nak. aku tak nak menjadi macam mereka.


sesungguhnya... aku lagi suka perjalanan hidup yang begini dan aku cintakan kesusahan hidup yang aku miliki... kerana kesusahan itu menjadikan aku selalu kuat dan menjadikan aku bersyukur dengan nikmat tuhan yang ada. malahan kesusahan itu telah mengenalkan aku dengan macam-macam ragam orang, mengenalkan aku dengan macam-macam keadaan dan mengenalkan aku dengan macam-macam pengalaman. berbaloi-baloi...:)


tapi, aku boleh berkongsi perasaan orang lain. hampirlah pada aku... ceritakan apa sahaja perasaan kamu, masalah kamu dan kesedihan serta kekecewaan kamu, aku boleh dengar dan terus mendengar. kerana mungkin Tuhan telah mengurniakan empati yang tinggi dalam diri aku, bukannya peraih simpati. bukan.


aku takkan cakap..."itu lah kau..." tak. atau apa sahajalah yang kamu tak suka dengari. aku akan dengari sahaja dan maaf aku ni tak pandai sangat nak selesaikan masalah orang tapi setidak-tidaknya aku boleh mendengar apa sahaja... jadi, ceritalah sebab aku takkan menghukum kamu. sebab segala-galanya adalah tentang diri kamu, dan aku bukan siapa-siapa, hanya boleh menjadi pendengar sahaja...:)


tapi kini...aku sedang bersedih. aku sedang dirundung pilu. mungkin juga kecewa. sedih, pilu dan kecewa yang entah diketahui sebabnya.....apakah jalan yang harus aku pilih? adakah sesiapa yang sudi mendengar tika aku pula yang ingin bercerita?


pesan tahibintang:
inilah hidup namanya... kegembiraan bukan sekejap, kesedihan juga tidak lama. datang dan pergi...



cakap tahibulan:
cik bulan sedang tak keruannnn....;( sad but true (eceh, persis lagu metalica derr) boleh tak cik bulan nak cakap, mata dia sangat bengkak sebab menangis? :(

6 comments:

Sheherazade said...

syg tabahkan hati mu

aibaks said...

hmm..jgn ler sesedia.. raya nak dekat da ni..

MOFASAD said...

sabar lah yer


dugaan dalam kehidupan semua tu

:)

mama affan said...

mengadu pada DIA ..ryna kalau sedih sll cerita pada DIA..mohon ketenangan dan petunjuk..

Mat Sentap said...

apsal entry sedih2 jeh??hehe..-_-

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

cerita la..
aku nak dengar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)