kadang-kadang aku sendiri tak tahu dari mana datangnya pembaca belog ni. sebab aku memang jarang update. dan kalau update pun, aku pun tak rajen nak blogwalking. bukan sombong ke hape eh, tapi aku dah lama dah dalam dunia blogging ni. until 2008 lagi. kalau nak ikut dari blog kat fs, until 2007 lagi. so, benda-benda blogwalking, lepas tu ikut tips-tips blogging ni semua, memang makanan aku time tu.
benda ni aku selalu dah buat. sampai nak muntah dah aku rase. masa tu, macam gila bebeno nak blogging. nak kenal orang tu orang ni. tetapi apakan daya, benda ni ada naik turunnya. time rasa down, oleh sebab faktor luar yang menghalang untuk blogging (contoh ah, duduk tempat takde coverage sekian lama, dalam sebulan ke, tak dapat blogging atau sibuk dengan kerja dengan lamanya seminggu dua tak blogging). jadi, dengan kata lainnya dalam bahasa melayu kita, putus hangin, maka, segala-gala kejadah berkaitan dunia blogging tu aku biarkan, lepaskan, lalu.... berlalulah begitu sahaja...
dulu, memang rajin tahap gaban lah nak kau komen aku, aku komen kau, kau shout aku, aku shout kau, kau follow aku, aku follow kau. ah semua tu makanan aku dulu-dulu le. sebab memang teringin nak jadi blogger berjaya. cehh konon. kalau trafik naik bagai nak rak, komen berjuta-juta lemon kat entry, ahh bangga kembang hidung tak boleh tidur kot. tapi, perasaan MALAS akhirnya mengambil tempat...
so, rasa tu semua dah hilang. yang ada, saya sayang belog saya. saya nak menulis sebab saya nak belog ni hidup. belog ni ibarat perakam masa. apa sahaja cerita, yang okey tak okey nak tulis sini. ahh macam diary pun ada. dan dalam masa yang sama, kalau entry tu (update) bukan benda penting dan berfaedah tak harap pun orang baca. buang masa kau jek kan nak baca? sebab kadang-kadang update benda yang terlalu peribadi dengan bahasa yang sangat dalam. sometimes sorang tak boleh nak faham pun, jadi buat apa baca kan...?
so, untuk entry tertentu jek aku akan ping kat mana-mana. mungkin entry tu ada benda yang bermanfaat untuk kau orang baca... kan? so, bila takde update atau ping entry, tetapi blog readers masih mantain/meningkat, aku terfikir jugak, mana datangnya korang semua nihhh??
dan walaupun earning nuffnang aku tak riban-riban macam cikepal, tapi agak berbaloi lah untuk blogger separa hidup, separa mati macam haku nihh.... sebab siapa, tentulah sebab korang, readers :)
memang komen kat entry tak banyak. lagipun aku tak approve lagi komen orang dah beratus2 dah ni aku peram. sebab... nanti aku nak buat entry khas untuk menjawab soalan korang tu baru aku approve ye kawan-kawan ;)
apapun, korang sudi datang dan baca itu dah memadai... ;) nak komen ke taknak ke terpulang. yang penting belog ni hidup sebab korang. dan terpulanglah apa korang cari kat sini. nawaitu masing-masing kan?kat sini ada tips, ada tutorial, ada gossip, ada cerita peribadi.. terpulang apa korang nak baca. janji korang bahagia kat sini..;D
stay tune!!!
T___________________T
masalah bercambah-cambah kat benak. tapi aku senyum tetap senyum.okeh? ;)
ahh, kau tak payah nak memujuk sangat. tak makan dah ;P
2 comments:
Sama-sama. Ok bai!
Hahahahaha:D
emm cikgu sofia pun... dah tak sudi singgah blog saya lagi ke?
Post a Comment