Aug 16, 2011

Nikah paksa

boleh ke kita paksa orang untuk menikahi diri kita...? atau bolehkah kita paksa diri untuk menikahi orang lain? atau bolehkah kita dipaksa menikah dengan orang yang tidak kita sukai/cintai? ataupun memaksa diri untuk menikahi orang yang tidak mencintai diri kita, atau yang telah melukai hati kita dan ternyata mencintai orang lain? boleh ke...?


adakah perlu untuk berkahwin untuk tujuan yang sia-sia? yang hanya kerana kita pernah terikat atau berjanji dengannya? dan adakah perlu untuk kita bernikah kerana ditakuti akan mendapat malu kerana pernah diketahui bercinta/mengikat janji dengannya...? sedangkan hati kita tidak rela berbuat demikian?


bolehkah kita bernikah dengan seseorang yang pernah kita cintai, dan konon-kononya mencintai diri kita atau mungkin mencintai kita dengan separa hati... tetapi sampai satu masa mengkhianati diri kita dengan mempunyai insan ketiga...


dan masih perlukah untuk kita meneruskan pernikahan itu dan memaksa dia juga meneruskan pernikahan... jika kita tahu, hatinya bukan milik kita lagi... hatinya pada orang lain... dan kita sendiri pun sudah tidak merasa cinta lagi padanya. hanya kerana, janji yang pernah diikat.. hanya kerana menjaga nama keluarga... sedangkan kita tahu, akhirnya ia hanya sia-sia.


perlukah kita mensia-siakan sebahagian daripada hidup kita untuk seseorang yang ternyata tidak bernilai untuk kita...? terus memperhambakan diri? terus berjuang? perlukah kita menjadi semurah dan serendah itu, untuk memaksa seseorang yang tidak mencintai diri kita lagi meneruskan hal yang sia-sia, hanya kerana keegoan dan kepentingan diri kita? perlukah kita untuk terus terluka bersama-sama meskipun kita sendiri telah mengetahui kebenarannya? mengapa tidak diakhirkan segala-galanya... biar tiada luka lagi dipendam. biar tiada kecewa lagi dirasa.


adakah pernikahan itu bagimu sesuatu perkara mainan, perkara mudah? sejauh mana kau menganggap hal itu mudah, maka ia akan menjadi mudah. sejauh mana kau mengambil ringan, maka ia kan menjadi hal yang ringan...


kawan, kenapa masih meneruskan hati untuk untuk dilukai...? sedangkan kita mengetahui hakikat dan kebenaran...? kenapa masih ingin terus berlawan arus...? adakah cukup buruk diri kita ini untuk diperlakukan sedemikian?


sekadar pesanan untuk kawan... ;)
kawan, tolong baca ni sekali lagi dan faham...

kita takkan mampu memaksa orang untuk mencintai diri kita. dan kita tak mampu juga nak memaksa orang untuk membuang rasa cintanya pada kita.... fikirlah. keputusan ditanganmu kawan..

biar bertemu antara mata, berbicara dari jiwa ke jiwa. kenapa harus lari? kenapa tidak ingin berdepan realiti...?

1 comment:

Farah Awang said...

perkahwinan ibarat perjudian
kita takkan tahu untung nasib kita selepas berkahwin
siapa yg berani
just take the challenge
tak berani, jgn kahwin
tu je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)