Feb 5, 2011

apa lagi yang tak kena dengan NORA danish dan FASHA sandha?

memang kena ngaku, jujur, jarang baca surak khabar. kalau pasal yang meletop-letop, contoh pasal pergolakan kat mesir ke, baru nak sibuk-sibuk cari lepas tu google ke. ha ha. tapi, kalau nak gi beli surat khabar memang payah. atau beli aje, lepas tu bagi sape-sape baca. nahhh. aku tengok aje sampai keroyok. lepas free-free, esok-esok ke, baru rajin nak ambik dan baca. so, berita dah basi. ha ha perangai kan.


cantik dak fasha nihh


samalah jugak... bila isu fasha dan nora nihh. hari tu, kemain keluarkan entry macam ni kan.. tapi tup tup, bila bukak beautifulnara, ada lagi story depa ni tak habis. adoiiii, pening sat. apa tak nya, ingatkan dah habis, rupanya belum.





tapi sebagai perempuan pun, kalau jadi fasha ni, terasa meluap-luap nak marah gak. terasa maruah diri diinjak-injak. macam orang pijak-pijak kepala kita, dan kita biarkan aje kalau tak dedahkan perkara sebenar. lagipun, kalau dipihak yang benar, aku rasa tak salah kalau fasha nak keluarkan statement tu, dan tunjukkan bukti meskipun ia agak kebudak-budakkan bunyinya....  ye dak? T__T


 twitter fasha yang ternyata bengang dan marah dengan seseorang


apa nora danish cakap sampai fasha bengang?
nora sebelum ini ada keluarkan statement yang dia tak ada kaitan dengan perpisahan jejai dan fasha. itu statemnet biasa lah kan... sama jugak masa perpisahan jejai dan nora, fasha pun cakap benda yang sama. TETAPI, bagi menambah kenyataannya, nora danish cakap, yang seperti jejai cakap, dorang dan berpisah dah dua bulan sebelum pergi ke jepun lagi.


sedangkan dalam masa yang sama, fasha cakap depa berpisah pada 18 januari 2011. itu titik noktah perhubungan dorang dan dorang saja yang tahu sebab musabab perpisahan mereka. so... statement nora danish dan fasha sandha ternyata bercanggah lah kan....


dan itu yang buat fasha bengang. sebab seolah-olah dia sangap sangat dengan jejai dan syok sendiri, dan seolah-oleh berbelit-belit. so, apa lagi, fasha pun tunjukkan buktilah kan. statement fasha itu pun dikeluarkan dalam metro 27 januari 2011 dengan tajuk 'Cukuplah tindas saya'.


yang lagi bengang ialah, siapa nora danish nak sibuk-sibuk bagi kenyataan macam tu?  ikuti luahan fasha sandha kat bawah ni...

Nora tidak perlu bercakap perkara yang tidak betul dan Nora juga tidak perlu masuk campur di atas kronologi hubungan saya dan bekas suaminya sekiranya benar dia bukan punca perpisahan kami. “Cukuplah Nora sekadar memberikan kenyataan dia lega kerana bekas suaminya itu cuba mempertahankan yang bukan dia punca perpisahan kami. Nora mengambil langkah tidak betul kerana memberikan kenyataan tanpa mendapat fakta yang benar. “Dengan ini, lagi sekali saya menegaskan kami berpisah pada 18 Januari. Biar saya dan Jejai saja yang tahu punca perpisahan kami. Saya harap Nora lebih berhati-hati dan mendapatkan fakta bukti yang kukuh serta tepat sebelum memberikan kenyataan pada media. Sekiranya dia di pihak benar, tidak perlu dia melatah dan meyakinkan pembaca dengan memberi informasi yang tidak benar,” katanya

Sekiranya, keadaan memaksa saya tidak keberatan melampirkan bukti. Kenyataan Nora semalam memaksa saya untuk memberikan penjelasan berserta bukti yang kukuh. “Saya masih menyimpan semua SMS, BB Messenger dan semua senarai panggilan telefon. Ini saya jadikan bukti untuk menegakkan perkara yang benar. Malah ibu saya juga ada menyimpan SMS Jejai pada hari Jejai bertolak ke Jepun. Pengurus saya dan pembantu peribadi saya juga masih menyimpan semua SMS Jejai pada mereka. Saya harap ini jelas dan tiada lagi spekulasi selepas ini mengenai perpisahan saya dengan jejai. “Cukuplah pengakuan kami sudah berpisah pada 18 Januari lalu. Biar hanya kami berdua tahu puncanya. Saya tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak. Ingin juga saya jelaskan di sini saya tidak akan melayan sebarang tuduhan atau fitnah tanpa bukti pada masa akan datang. Sebelum ini diri saya sering difinah dan ditindas oleh sesetengah pihak tanpa bukti. Jadi kali ini adalah masa untuk saya menegakkan kebenaran diri saya fakta Nora adalah salah. 

dan fasha sandha memang betul-betul tunjuk buktinya. ini antara bukti yang ditunjukkan oleh fasha sandha bagi membuktikan yang hubungan depa berakhir pada 18 JANUARI 2011 bukan dua bulan lepas. ada faham? T___T







sekalipun aku tak berapa berkenan dengan beberapa sikap fasha dan kenyataan kontroversi dia dengan pelbagai isu sebelum ni, tapi luahan ni aku boleh terima dengan hati terbuka. anda pulak macam mana?


[sumber: beautifulnara]

3 comments:

alinac lover said...

i oke jerk

hehehhe

A.s.t.i.n.a said...

Itupun nak tunjuk2 kat orang ker.. ishh ishh fasha nehh...

Peri PiA said...

hmm,udah2 la FS n Nora

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)