Jun 20, 2010

Pertunangan lalu | Bahagiakah bila berpisah?

aku sayang semua gambar-gambar ni walaupun makcik aku cakap, musnahkan semuanya...


perbualan aku & maksu


maksu: eh pia, mu dah dengar lagu shahir final hari tu
aku:erm..dok lagi.bakpe moksu?orang kata sedap...


maksu:maksu rasa lagu tu sesuai dengan mu lah
aku:hehe.sesuai gane?bakpe moksu?


maksu:maksu tak ingat sangat lirik dia. tapi adalah macam "setiap perbincangan membawa pergaduhan" macam tu rasa. macam mu dengan sepullah kan. kalau bincang je apa-apa, gaduh... (sengih)
aku:hehe..ohh gitu..eh, dengar eh



ni perbualan masa balik kampung hari tu. maksu buat aku teruja nak dengar lagu shahir tu sebab maksu cakap macam tu kan? tengok lah...macam mana kami nak kekal? semua orang pun tahu kami macam ni.... bila gaduh, aku cakap...perlahankan suara, tapi dia tetap nak tengking-tengking cakap kuat-kuat.jadi, macam mana aku nak sembunyikan perangai dia dari keluarga aku walaupun aku sangat berusaha menyelamatkan hubungan kami agar tidak dihalang?



sumpah, aku serik dengan lelaki panas baran. garang dan tegas biar bertempat... sebab tu, bila sekarang aku kenali lelaki seperti dia, aku berfikir berkali-kali. sebab tu tiba-tiba aku cakap pasal ni..sebab dia betul-betul mengingatkan aku pasal bekas tunang aku. aku trauma! cakapnya sama... perangainya sama... cemburunya sama... tapi tentang panas baran tu tak nampak lagi (macam kisah lalu juga, awal-awal tak nampak)



sebab tu, bagi aku... cakap biar tak manis (bersayang-sayang, berjanji-janji bagai, romantik gila), sayang pun biar berpada-pada (sanggup merenang tujuh lautan konon), attitude biarlah tak bagus sangat pun (bukan ustaz bagai), tapi janganlah berpeel seperti itu...aku trauma. minta-minta dijauhkan...moga Allah memberikan yang terbaik kali ni...



dan "kebahagian dalam perpisahan", aku tak pernah dengar secara sedar. maksudnya, aku pernah dengar lagu ini dan bila budak-budak ni nyanyi aku ikut nyanyi, tapi tak tahu itulah lagunya...aku suka ikut part ni "Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum, bunga yang layu pada musim luruh...".hehe....suka dan tadi bila jumpa lirik lagu dia di blog cik arnab, barulah hayatil liriknya..fuhh, kena...wink*



jadi sekarang, kau boleh fikir sendiri... bahagiakah aku dengan perpisahan ini ataupun tidak...:] aku pasti, kau orang pun pernah melalui perpisahan sebegini. Jadi, kau pasti faham keadaan dan perasaan aku...



dah, mari nyanyi sama-sama :)



Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang


Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti


Chorus:
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur


Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..


Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti


(ulang chorus)
Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

(Shahir AF8 – Kebahagiaan Dalam Perpisahan)



cik bulan:

eh, tapi janganlah pula kau fikir..bila dah buruk, akan buruk semuanya.tak. apa hal yang baik, tetap baik... apa yang dia buat untuk aku, perngorbanan semua tu... tu aku takkan lupakan. insyaAllah...

aku ubah status di FB dari single ke its complicated, sebab ia memang benar-benar complicated.... tapi aku rasa, aku dah dapat jawapannya.


soalan aku dalam entry "inilah calon isteri aku..." | kau begitu sempurna --" nanti aku bagi jawapannya sebab aku tunggu jawapan lagi-lagi jawapan dari pembaca..nanti kau akan tahu, bagaimana traumanya aku.


14 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

lagu shahir gak adi backup...

Peri PiA said...

perpisahan ini yg terbaik...InsyAllah

cik panadol said...

harap awk akan bertemu jodoh dgn lelaki yg terbaik...

~aSHa~ said...

mungkin Tuhan nak bagi yang terbaik sbb tu dia bagi yang kurang baik dahulu.....

dik nti add fb akak : azrisha03@yahoo.com ye..

naz said...

mungkin ada lebih baik menanti :)

Liza said...

Gitu kisahnya.... Jodoh itu telah ditentukan olehNya.Mesti akan ada sesorg yg terbaik untuk Sofya.. InsyaAllah!

Cik Akma said...

yupp setuju ngn naz, ade yang lebih layak nnti :)

laguu tu mmg bestt kalo buat karok haauhauahau :D

sugar2 kapas strawberry said...

byk2 saba ye cik bulan..

Uruchimaru @ kf said...

ade cerita disebalinye rupenye!

hrp cik bulan kuat!

Miss Mirror a.k.a Sam said...

"Biar 'sakit' di mata, jgn sakit di hati"...Akak doakan Sofiya bertemu lelaki yg mampu membahagiakan Sofiya.

helena's said...

pya..tatau pulak pya penah putus tunang..sedihnye baca..walaupun tatau cite sebenar =(

tp pya kuat kan, =)

fadhlina said...

pasti ada yang lebih baik menanti..insyaAllah =)

Anonymous said...

sian cikgu safiah banyak2 laa bersabar ye....

Anonymous said...

salam..tumpang lalu
tak taw nak ckp cane...
hati tengah duka
nak taknak pisah gak...
elok2 semalam berdua
esok hari tengok senja sorang je...

jiwa nak letup...DARI DARJAH 6! 9 tahun berSAMA! DARI CINTA MONYET KE JANJI KAWIN TAPI??! #(%&R%^*^%@Q$@($!!!!!!!

maaf...wsalam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)