May 23, 2010

kencing manis atok naik lagi... :(




away. nak kata luar kawasan tak juga, tapi tak dapat connect broadband. so, tak dapat lah nak online. tak dapat nak buat apa-apa. blogwalking ke, fb ke, update apa-apa ke. hurm... tapi bila tak dapat online ni, pandai lah aku buang masa melepak dengan anak beranak kat kampung. hehe. merempit sana merempit sini.tapi aku perempit berhemah. bawa motor dengan kelajuan 20 km je sejam. signal tak pernah lupa (gaya, macam ye ye je aku bawak motor.padahal kakak sepupu aku.walawehhh...aku tahu sal, mc chik mesti gelak baca nie.benci!)



sebenar-benarnya mood tak berapa baik. tahu, aku kat mana?kat wad...aku sakit? eh bukan. atok aku. asal tadi nak bawa dia ke poliklinik je, jumpa doktor wee (orang kemaman mesti kenal doktor famous amos ni)  sebab dia lemah sangat dan tak lalu makan. tapi sudahnya kena rujuk hospital juga dan akhirnya masuklah wad..kencing manis sangat tinggi dan disarankan ambil ubat secara cucuk pula untuk lebih selamat.



itulah yang menambahkan kerisauan hati ni. balik je kampung atok khamis hari tu, tengok atok yang dah dekat dua bulan tak tengok (sebab praktikal tak ada langsung cuti hari tu, tak dapat nak balik kampung), atok sangat kurus.makcik cakap, atok tak lalu makan. time tu juga, berair lah mata aku...



aku ada atok.korang pun ada kan?mesti korang sayang atok korang...mesti korang pun jaga atok korang. mesti korang rasa susah hati bila atokj sakit kan? jadi mesti korang faham perasaan aku ni...kan?




aku rasa lain sangat. tak pernah rasa macam ni. sebelum ni kalau balik, aku mesti dengar atok membebel. paling tak, aku yang membebel sebab dia susah sangat nak ajak mandi. tapi kalau aku membebel pun, aku akan gelak sebab atok akan buat lawak yang tak dijangka-jangka. fyi, dia sakit tua. ada kencing manis, ada darah tinggi, ada kerosakan buah pinggang...dan sekarang, dah lupa. kencing berak semua berpampers.



tapi sebelum ni dia lalu je makan... demand je. minta tu ini dengan aku. melayan je lah... tapi risau juga sebab doktor dah pesan, jangan bagi makan lebih sangat. risau juga nak ikut kehendak dia kadang-kadang. tapi sekarang dia hilang selera, apa bagi pun tak nak. aihhh, risau lagi lah aku.




sumpah aku rindu dengar atok membebel. tapi dia tak membebel dah sekarang. dulu...bila aku balik, dia akan banyak cakap, tanya itu ini.


atok: eh, mu kelik bilo?
cucu: baru jah sampai.
atok:dah mu mari ngn sapo?
cucu:kita mari ngan mak, abe lah tok..


lepastu, lama sikit, dia boleh tanya lagi...

atok:eh, mu ado sini.mu sampai bilo?
cucu:(hehe) tadi lagi ken tok..kita cakap ngn tok tadi...
atok:bilo?
cucu:(hehe)tadi...


lepastu bila dia nampak mak:

atok:eh dah mu bukan kelik dah (dia ingat yang mak datang minggu lepas)
mak: :)


lepastu bila malam, aku tidur dengan dia, dia akan gosok bahu aku....usik telinga aku...macam aku kecil-kecil lagi...sampailah dia tidur.bila bangun pagi, mulut dia bising lagi. tanya itu tanya ini. kadang-kadang sampai aku naik geram.letih nak jawab. ye, aku manusia biasa. kadang-kadang ada rasa geram, nak marah. nasib baik iman cakap sabar. orang tua kan...masa kau kecil, kau malas mandi, dia sabar je menyuruh, tak ada pula dia marah-marah kau kan? ingat tu, aku makin sabar...



kadang-kadang pujuk dia nak mandi pun, dia buat kelik-kelik mata konon tak nak dengar apa aku cakap, boleh bawa sampai sejam. duduk lah aku tepi tu memujuk... kadang-kadang sampai aku yang menangis pun ada.he... sebab nak marah tak dapat.hehe.



sekarang, dia kat sebelah...atas katil wad. bacaan kencing manis sangat tinggi.23 mml (lupa dah nk tulis bacaan dia camana. betul lah tu kot.yang penting 23) tu yang dia tak larat, asyik tidur je... so, berjagalah aku kat sini. mungkin untuk beberapa hari. so, sila temankan aku kat hopital ye. :) dia tidur tu...




p/s:keyboard aku huruf A kena tekan kuat-kuat macam lekat.kalau hilang A kat mana-mana tu harap faham...:).harap doakan atok cepat sembuh...mungkin ada himah di sebalik semua ni... dan-dan je atok masuk hospital time aku balik kampung. mungkin dia nak aku jaga dia lagi..ni dah kali ke-3 aku berkampung kat wad sebagai penunggu...(sebagai pesakit, dua kali) malam ni tidur atas kerusi lagi lah jawabnya...:)

22 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

semoha atok makin sehat...
amin..
=)

Unknown said...

moga tetap sabar.Berbaktilah selagi ada peluang... =)

.::WaNiE::. said...

:) orang2 tua penat pun layankan saja.

Moga atok kamu makin sihat ye

soffya cik bulan said...

meniti senja,
thanks ya...:)

soffya cik bulan said...

iqbal,
betul tu...insyaAllah...:)

Sheherazade said...

sayang hug,ku doakan atok cepat sembuh

soffya cik bulan said...

wanie,
ye...betul tu
insyaAllah..amin...:)

sugar2 kapas strawberry said...

semoga atox cik bulan chat2 hendakny ;)

soffya cik bulan said...

peri pia,
hug back...thnks syg!

soffya cik bulan said...

sugar2 kapas,
ye...moga2.amin...:0

jaya jr said...

berdoa untuk atok agar die sihat dan kuat..

soffya cik bulan said...

jaya jr,
ye..kena bg dia makan biskut tiger juga spy lg kuat.hehe

insyaAllah...:)

cik arnab said...

moga atuk cepat sembuh.. syok dpt atuk nyanyuk nih.. lau atuk melatah lg best..
aik, laptop baru beli pun dah rosak keypad? tu la.. hehe...

Frodo Baggins said...

semoga atok lu cepat sembuh.

sakit kan, nak marah tp x dapat. hehehe, wa paham ~~ :)

org tua, diorg saja yg kita ada. kenangan masa kecik kita, diorg yg pegang. chilll ..


>>___<<

suri cahaya cinta said...

salam..
sabarlah cik bulan..bykkan doa yer..sdh hati cik suri dgrnyer

NUR AFIQAH BINTI ABU BAKAR said...

semoga atok cik bulan cepat sembuh..insyaAllah

soffya cik bulan said...

mc chik,
insy...:)

hehe..huruf a je..jdi kerah.hha

soffya cik bulan said...

frodo,
ya..thats rite..hehe

atok selalu panggil darling ms kcik, tp bila tny darling tu mksdnya apa, he..aku pn tk thu jwbnya.hehe

soffya cik bulan said...

suri,
tnks ye...sbr itu sprh dr iman..kn:)

soffya cik bulan said...

iqafi,
thnks sis..doa2kan..amin..:)

ardinihumaira said...

semoga cepat sembuh atok pia ya...


atuk dni suka minum air buah dukung anok... okay gak pia sebab dah jarang dia kena serangan tu..


bahaya kan kencing manis... kita yang muda mudi ni kena beringat :)

soffya cik bulan said...

dini,
bleh redakan kencing mnis ek?

tulah..sm2 beringat eh..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)