actually, aku adalah salah satu peminat si fatin liyana. sebab tu dalam blog ni ada beberapa entry tulis pasal dia secara langsung dan tak langsung. yang siaran langsung je belum sebab yang tu aku kena mintak tolong TV3 untuk bersiaran lah. sebab apa aku minat sangat dia ni? sebab rasa sejuuuk je hati bila tengok dia. eceh.
kecantikan dia tidak seperti wanita biasa-biasa. ia sempurna dilengkap akhlak, budi pekerti, kebijakan, PR yang bagus, cara berpakaian, semua kenalah. pendek kata, kalau tengok fatin ni, perlulalah tengok dan tengok sekali lagi, dan mungkin berkali-kali sebab tak jemu benoo mata memandang. hehh.
aku cakap ni sebab aku pernah jumpa dia masa photoshoot hari tu. ohh sangat teruja okeh meskipun bila aku duduk dengan dia bagai pinang dibelah-belah dan belah dan belah lagi. bukan setakat air kaki, air mulut, air telinga, semua tak ada langsung bak fatin. hakhak. tapi memang seronok gilalah masa jumpa. rasa macam mimpi pun ada.
jangan jealous okeh?
-gambar beliau mesti menjadi jek. tak pernah aku tengok cacat-cela. kan, kan?-
bersama model-model yang semakin mencipta nama. ohh sangat teruja!
-cik bulan, fatin liyana, datin, jaja, aiza-
okeh atin, ni ada sesuatu suprise untuk awak. mungkin tak perasan, tapi akak dapat catch ni masa masuk blog seminggu lepas kot. gila teruja tengok bilangan visitors ni. tak pernah akak jumpa dalam mana-mana blog pun sebelum ni, dan ini hadiah untuk awak!
105 orang skodeng dalam satu masa. woooow!
aku dapat 30 orang satu masa pun dah melompat wehh
memang dia bukan blogger yang selalu komen sana-sini, yang blogwalking bagai nak rak, yang selalu ping blog kat gengblogger, bukan. itu bukan fatin liyana. ia naik kerana blog dia yang memang meletup gila sebab cara dia menulis tu macam dia bercakap dengan kita. then, paling best ialah fashion dia. semua orang berlumba-lumba nak jenguk blog si aten ni sebab nak tengok, eh apa fatin liyana pakai kali ni ek? (atau adakah aku sorang je yang berlumba-lumba macam ikan lumba seorang diri nak tengok fashion dia, aku pun tak tahu.hehhh). nak-nak masa hijabi fashion weeks tu, aku agak fatin liyana punya style adalah yang terbaik kot? kena je. tak pelik, dan memang boleh diterima akal.
selain fatin, antara blog yang tersenarai kat situ untuk diundi yang menjadi kegemaran aku jugak (tapi sebab boleh vote satu je, maka fatin jelah aku vote), ialah cik epal, hanis zalikha dan ardinihumaira. yang ni pun memang best-best. aku agak, cik epal ni kalau boleh dimakan lagi best ohh. hakhak. lagi pulak dia tu banyak mengarut dalam blog, tu yang aku suka. selalu bikin wa nak gelak je kan, kan...
si hanis pulak mungkin sebab dia punya background. memang sudah dikenali. ditambah pula dengan cara dia jugak, "beauty with brain".kalau masuk blog dia, aku rasa aku pun macam orang bijak pandai jugak. kekeke. eceh, tiba je kan... iyelah, kalau blog dia apa-apa entry pun, biasanya mesti ada informasi punya yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita ni.
dini? tak payah cakaplah, blogger terajin aku pernah jumpa. bukan saja entry yang mahu 4-5 sehari tapi rajin blogwalking, dan rajin pulak membalas komen orang. aku salute sangat bab ni ni... aku bilalah dapat jadi cepat dan tangkas macam dini ek? kadang-kadang blog pun tak terjaga, tak sempat nak update macam dulu dah sekarang.... hu sedih sob sob, alexa pun dah menurun..hu.
jom, kita terjah lagi-lagi blog dorang ni. harap-harap dapat memberi kita inspirasi okeh? sama-samalah kita mengambil manfaat dari blog-blog terbaik macam ni. yang baik dijadikan contoh, yang tak baik kita ketepikan. tapi jangan pulak dah dikatakan contoh, kau pergi copy bulat-bulat entry dorang, itu memang perbuatan tempah maut akibat dilempang laju-laju oleh dorang. nak rasa?
lagi-lagi tentang fatin liyana di sini :-
pesan tahibulan:
jangan nak jadi penTIRU sangat. kerja bodoh okeh? copy-copy entry ornag then paste kat blog sendiri buat macam harta sendiri pulak tu. tu kerja bodoh okeh. bukan aku cakap, lecture aku cakap. hehh =P
5 comments:
btol2..
sy sokong pendapat awak..
part yg awk kata,bila dak atin update jer..
berpusu2 org klik nk tgk..
ayat lam pala otk org2 suma berbunyi
"ape dak atin pkai kali ni"..
haha..
terkena ngan batang idong sy sendri...
then part last skali..
yg copy paste tu,saya setuju..
pesanan yang bijak tuh.hehe... jangan tiru orang yep.. pesanan tuk dni yang final exam besok kih3... takut ni nak terkucil dah rasanya..
pssst : vote fatin liyana! dni tersesat je tuh. :D
sume blog best2.. ;)
yeah..cubalah jgn copy paste sana sini kan?
haihhh..
fatin liyana mmg cantik..
btw akk sorry sbb da lama tak dtg cni..heeeeee
ramai dah vote dia kan?nge
Post a Comment