Nov 26, 2010

terpisah jua akhirnya...

bff. best friends. kawan baik. kawan sejati. tak kiralah apa jua gelaran yang kamu bagi, tapi pasti tiap dari kita ada seseorang yang seperti itu dalam hidup kita kan? yang boleh kita berharap padanya, yang boleh kita luahkan segala, yang boleh kita bergelak bersama dan boleh kita apa-apa saja jelah, kan?


sama jugak dengan aku. dalam ramai-ramai bff aku, aku rasa inilah yang TERBAIK. yang lain-lain pun terbaik jugak, tapi mungkin sebab dalam masa perjuangan aku menempuh hidup untuk mengejar segulung ijazah, aku banyak bersama dia suka dan duka. bila jarak memisahkan macam ni, aku rasa lagilah memerlukan. ya Allah... pertama kali ni, sepanjang 6 tahun aku kenal dia (masa form 6 bawah) aku berpisah dengan dia.


bayangkanlah masa sekolah, sekelas duduk sebelah. masa masuk U, dapat UPSI sama-sama. course sama, pun sama. lepas tu menyewa satu rumah satu bilik. so, tetaplah pergi balik sama-sama. then, pergi buat ROS 1 kat sekolah rendah yang sama. pergi balik sama-sama lagi. lepas tu praktikum masa semester 8 pun masih lagi bersama kat sekolah yang sama, menyewa rumah yang sama dan masih satu bilik. maknanya, tetap pergi balik sekolah sama-sama kan?  (kalau pasal tolong cover time tak datang kelas dan tukar-tukar assigmnet tu tak payah cakaplah eh?)


means kat sini, kami tak pernah berpisah lama-lama. berpisah pun masa cuti semester sebab dia selalu sibuk dengan keluarga dia time tu dan aku pun sama. tapi kalau dah jumpa bila bukak je cuti mesti macam belangkas. bukan je takat macam isi dengan kuku, tapi dah macam gula dalam air, macam bersatu jadi satu lah kira. eceh.


sekarang, bila dah bersuami, dan dia dapat johor, aku dapat posting KL, itulah titik perpisahan kami. inilah kali pertama aku akan menjalani hidup tanpa kami terkocoh-kocoh pergi kelas sama-sama, lepas tu jalan terkepit-kepit control ayu masuk kelas sebab dah terlambat, lepas tu tak ada dah orang akan ingatkan aku kalau terlupa bawak kunci rumah, name tag atau apa-apa yang berkaitan dengannya.


jadi sekarang, hilanglah sudah kawan yang aku boleh kongsi susah-senang sama-sama. bukan senang nak dapat kawan tinggi macam ni. eh silap, kawan baik hati macam ni. dan aku agak, susah kot nak dapat kawan yang sabar macam dia. aku ni mulut macam joyah, boleh cakap itu ini tak berhenti 24 jam. dia pulak tukang angguk je... agaknya dia selalu fikir dalam hati dak, dia ni tak reti diam ke? atau mesti dia dah rasa-rasa je nak plaster mulut aku kan?


yang paling aku suka ialah bila aku buat lawak bodoh macam budak tak sekolah dan dia akan gelak terkekeh-kekeh. lantang gila gelak. hehh, nasib baik comel =P aku pulak jenis gelak macam orang sesak nafas. kawan-kawan aku selalu pulak gelakkan aku gelak. hakhak.



walaupun dia jenis selalu buat benda-benda tu cepat-cepat, jenis orang yang tak suka tangguh kerja lah kira, kalau tak dia akan runsing. takut tak sempat ke apa kan... tapi dia memang COOL gila. aku suka jugaklah style dia. dia bukan pattern yang suka marah-marah, cuma suka merajuk je =P hehe.


nanti aku ceritaa lagi pengalaman-pengalaman kami okeh. cuma aku nak ceritanya ialah hari tu, iaitu semalam, sempat jugaklah kami keluar sama-sama sebab dia balik kemaman ni. aku ajaklah keluar melepak. sebab kat tempat aku ni baru je bukak secret resipi. lama dah tak pergi kan, so kami pun pergilah melepak sana sambil bercerita itu ini.


semalam aku ganti kejap tempat laki dia. kami tidur sama-sama. ehhh, kau jangan silap baca pulak. tidur berdua kat rumah dia sebab takur nanti lama gila tak jumpa pulak. so nak lepak puas-puas dan pagi tadi kami sempat keluar lagi pergi pantai pulak tu, pergi cari kulit remis dan kerang. lepas tu, lepak lagi rumah aku pulak.



kalau keluar lepak makan-makan,  memang best. hehe, makan free, apanya tak best ye dak? pelempang free je yang tak best dak? sebab apa free, sebab dia yang belanja. kaya kawan aku sekarang ni sejak-sejak dah kahwin. hehh, nak kahwin jugaklah. agak-agak laki aku bagi aku rasa kaya macam tu jugak ke tak? hakhak. gila sewel.


layannnn...gambar-gambar kami, si tinggi macam model, mila dan si rendah tak berapa nak tinggi macam 7 orang kerdil, pia.


 
 
-semester 2-
time ni kau jangan gelak tengok muka kami. nerd gila weh

 -semester 4-


-semester 5-


-semester 6-
 
-memang jenis nak betempek saja-


 
satu tinggi, satu pendek.hehh

 -jamuan tautan kasih-

 -aku tak tahu berapa belas kali dah kami pergi genting sama-sama-
semester 7


 memang terer kawan aku ni. baling-baling dapat benda nihh

-semester 8-

dan ni masa perkahwinan dia.

 gedik sokmo lah :P


-akad nikah-

-semalam kat secret resipi-


jam ni... masih aku pakai sampai sekarang. jam biru tu aku hadiahkah kat dia masa birthday tahun 2008 tak silap. aku beli sama je. sweet kan?

kalau putih tu memang tangan dia lah =P

sekian, kisah seorang budak putih tinggi dan kisah budak hitam pendek =P. kawan,yang berpisah itu hanya jarak, tapi hati tak. ye dak? bff lain, aku cerita kemudian ye :) yang ni pun pasangan bff jugak...

 heliza helmi dan gee jah nor

kerana terlalu obses dengan heliza aku kenal gee jah noor yang terbaca entry aku pasal heliza, hingga aku pulak dah jadi kawan sekarang dengan gee jah. lepas tu dia pulak buat entry gitu-gitu. ish, malu lah iii..., malunya.... tak layak sangat. memang tak layak. (masuk bawah meja). 

blogger lain seantero dunia kenal. tapi aku siapa?ohh blogger picisan. apapun, aku suka satu je, gee suka baca blog cabuk aku. sayang gee. kamu, pergi baca entry tu eh.

 

pesan tahibulan:
gelak sikit-sikit dah tengok muka aku tu

8 comments:

cha said...

mcm i br ni bff kawen giler sedih.konon takut dia berubah huhu.u dgn bff u sgt sweet la :)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

1st pic tue comel la..
hehehe...

Sheherazade said...

begitu la kehidupan..terasa sebak ...

Anonymous said...

sabo ye yunk.. kekgi ade ah tu pennganti utk menemani.. peneman seumur hidup kot.. insya Allah..

Sheherazade said...

sayang
http://pia-pinkylita.blogspot.com/2010/11/saya-suka-blog-awak-la.html

Gee Jah Noor said...

hahah..ada pulak muka sy dlm entry ni..shy2 kucing dh ni..tq pia cyg..anda memang layak pon..xpyh sorok muka bwh meja tu..

seronok baca kisah pia ngan mila ni..mmg sgt lama korang berkwn..msti cedih nk berpisah kan..tabahla nak menghadapi hari2 mendatang..hehe

Gee Jah Noor said...

aish ada lagi komen saye kt cni..haha..
nak bagitau ni, tadi kan kan..
baru je gee cek list blog yg di follow..camne leh terlupa jd follower blog ni..tu la aritu excited sgt baca pasal ija..ngeh2..
skang baru nk jd follower..maapkan patik..huhu

ordinary89art said...

lma giler!!!! thats life go...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)