Nov 21, 2010

rupa aku ada macam budak sekolah ke?

hakhak. sila gelak sambil makan aiskrim dulu...okeh? lepas dah puas gelak, lepas tu baru boleh baca entry gedik vs perasan nak mati ni.  okeh ceritanya begini...



tadi kan, aku pergilah jenguk stesen bas. yelah, sebagai seorang ketua kampung, haruslah aku ini bersikap prihatin. ye dak? perlulah aku menjaga persekitaran tempat/kawasan aku ini agak tidak dicemari. kekekeke... itu tipu. cerita sebenarnya aku nak pergi beli tiket, sebab lusa aku nak kena pergi lapor diri dah kat KL. iyelah, pergi stesen bas, mestilah beli tiket bas, takkan nak pergi beli tayar motor, ye dak?



tetapi, TETAPI ye kawan-kawan, malang sungguh tidak berbau, sebabnya...semua TIKET dah sold out. bila dah sebut sold out, maknanya tiket dah habis ye dak? memang sungguh kecewa, dan luruh hatiku ini. tidak ku sangkan cempedak telah menjadi nangka.



apa perasan kamu semua eh, bila peniaga tiket cakap:
tiket dah habis kak...
dik, tiket dah habislah...



rasa nak lempang dia laju-laju ke, atau nak lempang je muka sendiri? ya Allah kecewanya rasa, plus berdebar nak mati. makin laju jangtung nihh. tapi, terpandanglah jenama bas yang tak berapa aku gemari. kenapa? sebab dulu pernah naik sekali, sangat sempit. dah lah tiket mahal. katanya ddah bankrupt, tapi hidup je lagi aku tengok.



aku pergi jelah tengok. tanya. mana tahu kalau itu je rezeki aku. dia cakap ada. tapi hati aku masih lagi belum berpuas hati. nak jugak aku pergi tanya dan ushar-ushar lagi kaunter lain kan. tetapi memandangkan memang keputusannya muktamad, dah tak ada, aku pun terpaksa lah pergi beli yang aku tak berapa nak suka tu jugak.



masa aku nak bayar, brader tu tanya:

"umur berapa?"

haik, siap tanya umur. apa kena mengena pulak ni. nak mengurat aku pun tanyalah nombor telefon ke, alamat rumah ke...aku pun jenis yang betul bendul adanya ini pun jawab:

"24"
"ohh 24 dah. ingatkan sekolah lagi...belas-belas ke... sebab ada diskaun ni"



aku punyalah gembira sakan. adakah dia itu paranormal atau buta warna?kekeke :D. tapi kan, tima tu rasa laju je nak bayar kan, sebab dah kembang seluruh badan punya pasal ni. nasib baik dia cakap aku macam budak sekolah, kalau dia cakap macam sekolah rendah, mahu je aku bayar empat puluh hengget je walaupun tiket tu tak sampai rm30. sebab kira upah pujilah....hakhakhakhak.



tapi masa aku mengajar kat HILLCREST dulu pun, cikgu-cikgu kat situ dan pelajar-pelajar kat situ selalu ingat aku stundent bila aku berseluar treck dan bermain-main kat padang. pernah student tengok aku atas bawah atas bawah bila aku mintak pinjam raket dia, konon dia ingat senior yang berlagak lah kira. eceh.



hee...rupa-rupanya syarikat bas tu ada buat promosi untuk dua jenis bas dia. kalau umur bawah 18 tahun, ada diskaun. kata encik M, cakap jelah 16 tahun tadi. alaaaa....bukan tak nak cakap, tapi mak cakap, tak baik menipu, nanti naik bas tak sampai pulak :P aku ulang balik ayat encik M. sebab dia kan, kalau apa-apa, dia akan cakap macam tu jugak, asyik-asyik mak dia, asyik-asyik bapak dia, macam lah mak bapak kita tak ada pesan kan....?kekeke :D



tak apalah, bas ni pun bas nilah.. harap-harap sampailah aku ke destinasi dituju dengan selamatnya... dokan aku baik-baik saja ye ;D



pesan cikbulan:
ini autopost, cerita disirkan esoknya means cerita dan entry berlaku hari sabtu :)

13 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

awet muda kan....

Qaseh Myshop said...

selamat bekerja pia.....

ordinary89art said...

len kali kne ngaku u umo 16..huhu...mmg nmpk muda pon act..

Sheherazade said...

comel

ciayok

Gee Jah Noor said...

wahh best2..terasa macam mula2 posting dlu..tp g naik feri..g langkawi..hehe

semoga smpai dgn selamat di kl.. n selamat menjadi pendidik.. :)

Liza said...

mkn jamu pa nampak muda?

Gee Jah Noor said...

SAYA SUKA BLOG AWAK LA pia..hehe
ada entry pasal pia kt cni..
http://giegurl.blogspot.com/2010/11/saya-ikuti-segmen-saya-suka-blog-awak.html

soffya cik bulan said...

ceroi,
hahaha. suke :)

soffya cik bulan said...

penglipur lara,
maceh :)

soffya cik bulan said...

ordinary,
huuuuu nnti kite ngaku :P
ohh ye ke. haha

soffya cik bulan said...

peri pia,
grrrrr

soffya cik bulan said...

gee jah,
mcihh gee :)

soffya cik bulan said...

liza,
haha. jamu markonah. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)