so, konon-kononnya pakailah Garmin (si menatang GPS jugaklah), set dari rumah sebab nak tengok jalan sebenar dari rumah ke sana macam mana. esok follow jelah yang tu dak? tapi haram nak dengar benda tu cakap, dah kita nak ikut jalan lain, dia bagi jalan susah tu kenapa? hehh :P mulalah dia cakap turn left, awak turn right. nasib baik dia tak marah. dia cuma calculate jalan lain pulak ikut jalan kita dah lalu tu. canggih tak canggih lah kan.... :P
mula-mula tu tersesat jugaklah. exit bulatan kampung tu orang suruh masuk exit 1, pergi lalu kot jalan kecik sebelum exit. dah malam. tak jelas sangat kan.. (ayat cover. :P). tapi konar sana sini, jumpalah jugak kan jalan sebenar. so, aku buat semula dari arah datang lepas terowong ke-2 lepas bulatan pahang tu supaya esok tak lah terkebil-kebil. alhamdulillah, okey.
so, esok aku pun turunlah dengan semangat yang berani dan suam-suam cuak. berdebar tak hengat. tapi aku selalu amalkan surah al-fatihah dan 4 KUL kalau nak drive atau dalam apa jua keadaan pun. korang pun amalkan surah-surah tu jugak okey. insyaAllah, hilang gemuruh dan selamat...
pukul 7.30 aku turun, 8.45 kot aku sampai sebab jammed. padahal tak lah jauh mana pun. barulah aku tahu, begini rasanya memandu di dalam jammed. sebelum ni selalu jadi orang kat sebelah je. tukang tengok. paling-paling pun, tukang tidur. hehh. so, aku tak dapat rasa, seksanya orang drive dalam jammed. lenguh kaki, bosan, letih semua ada. kan? korang pulak mesti macam tu jugak kan?
aku sendiri pun macam percaya tak percaya lah aku bolah drive sendiri kat jalan KL yang sesak nak mati ni... tapi berdebar tu tak payah nak cakaplah. orang pulak main sodok-sodok nak masuk membuta tuli. aku ni jenis bagi je kalau orang nak masuk, asal bagi lah signal dulu nak masuk tu. jangan main redah je, terkejut mak nokksss... :D
sebab aku fikir apa kan, kalau time orang kita bertolak ansur, nanti time kita orang buat yang sama kan? kan dah cakap, kalau kita permudahkan urusan orang, insyaAllah, Dia akan permudahkan urusan kita pulak, ye dak? dan setakat ni, aku tak pernah lagilah bunyikan hon kat orang walau orang tu drive dengan cara berbahaya pun. tak sempat kot... haha. lagipun aku taknak biasakan diri. malas ah ikut perangai orang panas ni.
alhamdulillah, dua hari ni pergi dan balik dalam keadaan yang selamat. cuma kat bulatan pahang tu time balik rasa macam cuak gilerrrr. memang kena cepat dan cekap. kalau tak, memang tak balik lah jawabnya. tapi insyaAllah, dah faham sikit-sikit jalan kat bandaraya kolumpo tu... bak kata orang, kalau tak buat sendiri, tak faham, tak reti, ye dak? dah buat, barulah biasa....
tempat kursus pun taknak kalau kau. kat tengah-tengah bandar ha. belakang sekolah tu tersergam indah Times Square. cikgu-cikgu ni sembang, budak-budak sekolah ni tak ponteng pergi lepas times square ke, dah dekat sangat kan...? kadang-kadang aku terfikir jugak, macam manalah cikgu-cikgu sekolah ni survive hari-hari ni dengan tempat kerja tengah-tengah bandar ni. mesti pepagi dah turun kalau tak nak bersesak-sesak. agak-agak depa sembahyang subuh kat sekolah kot...
memang nak bagi two thumbs up lah kat dorang. sebab sabar... sabar dengan pelajar dan sabar dengan resam pekerjaan mereka tu sendiri... kan?
so, sekarang.... siapa cakap, JADI CIKGU TU SENANG?
tengok, apa kat belakang pokok tu?
nak balik dah. babai SMK (P) bandaraya, ada umur panjang, kita jumpa lagi...:D
nota akhir:
Dua hari kursus seni ni macam-macam kena buat.. kena berlakon lah, bersajak lah, bersyair lah, melukis lah, hehe menarik :) nanti kita cite lagi :)
2 comments:
dlu UPSI ke?
tahniah dah berkereta,blh bwk k.long jln2 :)
Post a Comment