Jun 30, 2011

Sebab-sebab i nak kahwin dengan u okey?

first nak cakap, entry ni tak tuju kat sesape. entry ni adalah tentang aku. dan tentang cerita yang secara universal dalam kehidupan kita ni. so, jangan salah sangka wahai sesiapapun anda ye pembaca budiman :)


okey, ada banyak sebab kita boleh suka kat seseorang tu... kadang-kadang ada orang suka kat seseorang tu, sebab comel lote, sebab sopan-santun nak mati, sebab harta, sebab budi, sebab beriman, sebab pandai ambik hati, sebab ensem lagi macho bukan hancur, sebab caring, sebab senyuman manis menusuk kalbu....dan macam-macam lagilah kan...?


dan perkara-perkara itu menjadi term-term seseorang dalam memilih pasangan hidupnya. iaitu, menjadi sebab musabab, kenapa i nak kahwin dengan u. kan...? sama jugak dengan yang menulis ni... tapi setakat ni, term-term tu tak pelik dan jelik. masih logik lagi rasional ye :)


sebab belajar dari pengalaman yang lalu, kadang-kadang terasa seolah-olah trauma dengan apa yang telah dialami. lelaki penipu, berang, king control, childish, over pampered, nak ikut kepala dia jek, susah nak tolak-ansur, tak boleh buat salah nak kita selalu sempurna... itu semua buat jadi sangat berhati-hati untuk memilih.


tapi kan, dalam banyak-banyak term tu, aku suka sangat dengan karektor lelaki yang 'caring dan boleh melindungi' ni. kadang-kadang orang cakap, ahh belum kahwin, bolehlah. caring lah, apalah. lepas kahwin, takde caring, tinggal kering jek. hahaha. analoginya tu macam siott jek kan. :D


tapi betul... aku ni seorang yang boleh berdikari sendiri dalam banyak hal, tetapi memang dah pattern dalam keluarga aku dari kecik, sampai besar, bila ayah takde, ramai sangat yang manjakan aku, mak, makcik, atok, paksu, maksu, pakngah, abang, abang sepupu semua tu... termasuk adik aku pun manjakan aku ha, so aku jadi membesar dengan karektor nak orang selalu ada dengan aku...


sebab tu kalau tengok, adik lagi matang. lagi keras. dan lagi independence. dan lagi kurang manja dari aku. (sebab tu adik kahwin dulu kot) mana tak, abang aku pun panggil aku adik, even aku ada adik lagi bawah aku. belum masuk 7 orang adik lagi, iaitu anak ayah dengan mak tiri.


adik jugak yang selalu protect aku. konon macam 'abang' lah dia. dialah yang akan selalu back up kalau aku kena marah kat mak. sebab aku memang takkan bersuara apapun kalau mak tak bagi aku buat sesuatu benda tu... dan aku akan selalu protect adik bab duit :P so, mak dan adik memang tahu hati aku, perangai aku ni macam mana. jadi, kalau dapat yang over baran dan king control tu, memang habislah aku kata dorang.


bayangkanlah, dulu makcik aku tu, kain baju tak bagi cuci sendiri weh. kalau tak lalu, makan bersuap. (sampai tua ni pun ada sikit lah perangai tu. hehe). orang lain takde mak bapak dekat-dekat, duduk dengan orang lain, semua kena buat sendiri. aku lain cerita. tidur kena peluk je ha. kalau tak, kejut malam nangis. sampai masuk tingkatan 1 duduk asrama, kejut tengah-tengah malam nangis, tak tahan tu... huahuahua :P tapi lelama, jadi biasa lah...


aku mesti ada seseorang yang selalu nak temankan aku. sesetengah orang tu, nak orang temankan sebab takut ke apa ke, segan ke, tapi aku memang nak orang temankan sebab aku nak seseorang dengan aku. tapi aku tak suka nak susahkan kawan-kawan pulak. banyak lagi kerja dorang wehh. so,aku akan buat jugak benda tu sendiri dan lawan sikap aku yang suka bermanjaan tu. konon-konon berangan nak jadi long ranger la. HAHA. contoh, pergi makan sendiri atau ke kedai sendiri... ni cite zaman study lah ye, bukan dah tetua ni.


Itulah salah satu sifat yang aku cari. aku dah jumpa orangnya dulu, tapi mungkin ia bukan untuk aku... :(  takpe, bukan jodoh, kan? adalah hikmah disebalik semua yang terjadi tu... :) (optimis)


apapun, aku sangat benci dan marah, bila melihat, suami dan isteri berjalan kat pasaraya. anak semua isteri heret. laki jalan senonong kat depan. sakit hati okeh. lepas tu kalau anak degil, reti nak sepak jek. didik elok-eloknya tak. lepas tu dengan bini-bini yang kena. awak, isteri awak tu dahlah yang jaga makan pakai awak, tak boleh ke awak bertolak ansur untuk jagakan anak-anak pulak?


dan lagi sakit hati, semalam, isteri mengandung yang duk layan anak lelaki main kat playground kat satu klinik swasta. sedang suami sedap-sedap duduk dan lepas bayar bil, panggil isteri dan blah. isteri pulak yang kejar anak dan heret anak balik. adoii awak, isteri awak tu kan mengandung... anak awak jugak kan tu...??? sama-samalah menjaga ye dan kesianlah kat isteri tu. sama jugak macam mak awak mengandungkan awak dulu... faham?


aku memang tak boleh tengok situasi macam tu. dan kesian tu sampai terasa naik seluruh bulu roma. memang tak boleh blah. so, kadang-kadang aku risau, aku tak tahulah nanti macam mana dengan bakal suami.... macam tu atau sebaliknya pulak...


namun segala-galanya biarlah bersederhana kan? jangan over protect dan nak bekepit 24 jam jek, itu letih pulak. dah jadi king control pulak. ye dak?diharap lelaki itu dapat menerima segala sifat-sifat diri dan segala kekurangan seadanya...:)

Jika engkau bertemu dengan seseorang, ucapkan dalam hatimu "mungkin kedudukannya disisi Allah jauh lebih baik & lebih mulia"..(bersangka baik) :)


Nota akhir:
terfikir benda ni sebab masa driving tadi ada bincang dengan kakak yang tumpang kereta pasal ni. dia cakap, jangan terlalu risau dengan lelaki. sebab selalunya ia totally berubah lepas kahwin. sebab bila dah kahwin baru kita tahu dia macam mana. dan ia ambik masa bertahun-tahun untuk kita suaikan diri dengan dia dan kita dengan dia. masa bercinta kita jumpa jarang-jarang. ini 24 jam kita dengan dia. baru kita tahu macam mana. so, jangan prejudis okey, pesan kakak itu. thanks kakak :) berikan aku sedikit keyakinan :)





3 comments:

cik helena said...

bila nak kawen ne piya??hehe

Cesc Luzeza said...

wah...menuju ke alam yang baru ni..hehehhe

Sheherazade said...

urusan jodoh tentuanNya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)