Jul 5, 2011

saya dapat anak KUCING baru yayyy!



semalam masa temankan kawan ambik kereta kat bengkel kawan, Pekan dan Kechik kat Ampang, aku jumpa kucing ni. dorang beria nak bagi aku kan sebab aku beria nak kucing ni kan, siap bagi sangkar kecik lagi ha, terus aku bawak balik ke rumah.


mula-mula nak ambik seekor je, tapi fikir kesian pulak sesekor je, nak peluk sape nanti dia kalau sejuk. tapi nak ambik dua-dua kesian kat mak dia. nak ambik makp-mak sekali dah macam kucing hutan, garang sangat. nak tangkap pun tak boleh. jadi, kawan cakap, ambik jelah...nanti mak dia beranak lain.


aku cakap, habis dia nak menyusu macam mana...? mak takde. eh, kamu beli ler botol susu dengan susu dia kat pets shop. eh, ada eh? hihi. tak tau. sebab selama ni bela kucing tak pernah takde mak. :S eh, kalau kamu nak bagi susu kamu boleh jugak. kata kawan lagi. siottt je. pelempang nak?


so, aku pun drive bawak balik kucing tu ke setapak. so, semalam ia berpindah. dari ampang ke setapak. kata Kechik, setiap satu purnama kamu kena bawak sini, lapor diri. hehe. apa, kau ingat ini ahmad albab? :P


kucing tu diam jek dalam kereta. kena air cond, terus mamai. tidur. aku turunkan seat depan tu supaya dapat mengepit sangkar dia kat belakang tu. bukan apa, takut tersungkur jatuh, almaklumlah, tuan dia ni selalu drift. kesian aku tengok muka dorang sebenarnya, ala-ala macam sedih kan....  mula-mula dorang mengiyau tak hengat, cari ibu kot.


so, aku singgah belikan botol susu dan susu, pasir serta syampoo dorang. balik tu, terus buatkan susu. dah macam aku ada anak, kau... dan semalam, aku bangun lagi pukul 5 pagi untuk apa kau tau? buatkan susu lagi sebab dorang menangis... sweet kan?


nota akhir:
agak-agak nanti dah jadi mak, lagi rajin tak? :P


2 comments:

Aida Azryn said...

nak kucing oren+putih tu~!0.0

Peri PiA said...

alolo,comey

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)