Jul 6, 2011

Macam budak kecik

dulu dia selalu cakap, jaga awak ni, macam bela budak kecik. sekejap nak makan, sekejap nak neneng, sekejap nak tukar pampers. HA HA. tak dan nak bernafas oii. analoginya itu dibuat, sebab bila nak makan, panggil dia. nak pergi kedai, panggil dia, nak pergi beli barang nak dia, nak pergi apa-apa jelah, panggil dia.


aku cakap, nanti saya dah pandai drive, jangan sibuk-sibuk nak datang pulak tau? dia cakap pulak, eh janganlah macam tu....
aku cakap lagi, awak kan suka perempuan yang berdikari. awak cakap, girlfriend awak semua berdikari. nahhh, ambik kereta, pergi sendiri. mana awak ada masa nak layan...


itu diorang, bukan awak.kadang-kadang seronok melayan karenah awak... cuma kadang-kadang lah penat sikiitttttt je :P katanya pulak.


dan aku tahu, masa tu memang aku macam budak kecik. dan aku selalu bertekad nak menjadi macam budak besar. mana ada lagi mak, makcik yang nak melayan karenah aku kat tengah-tengah kolumpo ni. aku kena survive. tak payah nak makan berteman sangatlahkan....


dan belajar pergi shopping sendiri. drive sendiri pergi jusco, walaupun dari jauh dia intai aku, dan gelak terkangkang-kangkang bila aku tak dapat masuk parking. ahh siottt je. menjatuhkan kredibiliti aku jek. hakhak. siap bagi parking tu kat orang lagi...tambahlah gelak dia. lepas tu mesej, lain kali parking kat atas ye... cesss, mana dia tahu aku parking kat bawah tadi?


sebenarnya dia yang tak percaya aku boleh berdikari. aku boleh. even aku sekarang memandu dah lain dia cakap, asyik kejar lampu hijau je (yang ni jugak, mana dia tahu? ada bela jin ke?)... dan aku kena belajar buat sendiri semua tu, sebab semua yang ada ni cuma tinggal kenangan je sekarang......


walaupun dia nak selalu ada untuk aku, tapi aku taknak lagi dia ada.............

4 comments:

SitiNurIzzati said...

haha..kelakar saye bace post awk nie;D we are in same situation meyh.

NeNeK sAyHa said...

saangat seronok nenek bace cite nih :)

husin said...

http://fahmi-nik.blogspot.com/

Fitrihadi said...

haha kelakar gak baca entry awak ni.. takpe.. slow2 ar berdikari.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)