Jul 7, 2011

Apapun malas

perangai ni semakin menjadi-jadi. satu benda pun tak jalan. kerja sekolah banyak terbengkalai. semangat takde. masa pun manage tak betul dah jadinya. nak kata sibuk berniaga, langsung blogshop tak update, pages pun tak jugak. jadi 24 jam tu buat apa? apapun malas. apapun tak boleh. tak tau, sejak bila perangai kuat tidur ni datang. dan perangai ignore segala ni bermaharajalela, tapi memang malasssss....


bila orang sms, malas nak balas. bila orang call, malas nak jawab. bila ada misscall, malas nak call balik. bila orang hantar order, malas nak fikir, stok ada ke tak. bila orang komen kat facebook, tengok lah lagi 2 hari baru nak like. blog ni pun aku tak kisah, orang datang ke tak ke... sebab komen-komen pun tak terbalas, dan tak ter approve sebab malu tak buat bw. apa ke benda nihhhh perangai?


yang aku tahu, dari orang yang sangat kurang tidur, sekarang ni suka benar tidurnya. selalu online sampai 4, 5 pagi, elok je. ni, lepas isyak, pukul-pukul 9 tu aku dah selamat dah... maaf lah kalau yang telefon ke, sms ke kalau tak berjawab. tangan malas nak capai telefon... mimpi lagi best tak?


memang perangai hodoh. kan?

3 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

what happen to u ni kakak?

arianna alhaddad said...

ada masalah ke pia?..

Peri PiA said...

mood mcm tu mmg berlaku,hak2 :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)