Jun 30, 2011

Tersasul lagi... | pengalaman jadi M.C yang kali ke berapa entah...

asyik-asyik tersasul je kerja aku kan... macam cerita tersasul-sasul yang lepas-lepas (klik LINK) yang buat budak gelak terbahak-bahak dan jadi bahan nak kutuk aku... haihh. kali ni pulak time jadi M.c. memang dari zaman sekolah kerja m.c ni dah selalu aku buat, tetapi, setiap kali jadi m.c tu bidang lain-lain dan setiap kali tu aku akan jadi gabra. contoh, m.c untuk majlis ceramah, m.c untuk kejohanan taekwando, m.c untuk malam kebudayaan...


dan latest, m.c untuk hari sukan. term-term/ kosakata dalam majlis berbeza pastilah berbeza ye dak? ditambah pulak, kalau tak buat rehearsal/ atau latihan, atau dalam kata lainnya, tak buat persediaan/kerja last minute, lagilah haru ye dak?


so, setiap kali tu ada jelah mistake aku buat dan salah satunya benda-benda tersasul ni. bersedia ajelah, nak jadi bahan kutukan 2 minggu. hoho. dulu aku pernah sebut ijajah untuk ijazah masa nak introduce abang penceramah, lepas tu pernah lupa nama VIP bila nak ucap terima kasih kat dia lepas bagi hadiah masa kejohanan taekwando tu... menggagau kau nak cari nama dia balik sedang dia duk tersengih-sengih atas stage. dalam hati VIP tu dah menyumpah kot, cilake budak ni tak hengat nama aku! hoho. adehhh. takpe, takpe. pengalaman kan...?? lagipun tu masa sekolah wehh even tu event luar.


hari sukan tu pulak, buat lagi tersasyull tak hengat ko. masa baca catatan pecah rekod, orang baca 11.44 sebagai 'sebelas point empat empat', aku gi redah baca 'sebelas empat point empat'. tak ke niaya? yang lagi niaya, bila nak umumkan acara yang bakal berlansung ialah 'acara larian 4 darab 400meter'. sudah, mati. yang sepatutnya, 4 kali 400meter. pengsan lagi sekali. nasib jadi bahan hanya 2 hari. hehh.


"releks dik... 2 minggu ye :P" katanya kak zue, si M.C tetap bertahun-tahun... hehe.



macam series tak series sangatlah kan...:P


kak zue ada tanduk dua, aku pun nak ada jugak :P


p/s: kredit to kak yam for these photos.



tapi takpe lah... ada jugak yang datang nak jenguk-jenguk konon-kononya, tu tetiba SMS... 'bagus suara awak kat padang tadi. team tari erobik awak pun perform okey' elehh, bodek ler tu. tak yah cakap, dah 3645 orang dah cakap ler :P. Hehh, tau ler kome gelak terkangkang-kangkang masa aku salah sebut tu kan? lepas tu jadi bahan nak kutuk aku. hehh.



3 comments:

cik helena said...

bukan senang org nak jadik mc.yg betul2 berbakat je!video takde?hehe

cik arnab said...

hahaha... gelak sakan baca... sebelas point empat empat... cik arnab tersasul tu biasa.. siap tersembur air liur lagi kat budak.. budak cakap berkat2..hahah

Peri PiA said...

wow!seronok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)