Jam 6.15 pagi lagi aku dah berangkat dari Tanjung Malim ke Putrajaya dan sampai ke Presint 14 jam 7.45 am. memang mendebarkan. tengok bangunan sekolah, tengok pagar sekolah pun dah rasa cuak. belum tengok muka penemuduga lagi.haihh.
tapi segala-galanya memang sudah diaturkan... macam yang pernah ku katakan dalam entry ini...
"hidup ini ada pasang surutnya. ada atas bawahnya. ada di puncak ada di
kakinya tapi jangan cepat putus asa..jangan... kalau kau diuji anggap
selepas ini ada manisnya dan kiranya tiba kemanisan, harus beringat,
mungkin sekejap saja lagi ada tangisan. percaya itu"
maka itulah yang terjadi. sedemikian rupa aku diuji semalamnya...dan hari temuduga itu pula segala-galanya pula berjalan seperti yang aku harap-harap dan doakan. aku berdoa aku berada dalam kumpulan yang terakhir biarpun akan balik lewat petang kerana ingin membuat sedikit lagi persediaan. bagi aku, biarlah lambat pulang asalkan aku berpuas hati dengan temu duga ini. ye, aku sangat gembira..aku memang dalam kumpulan terakhir.
NKRA...itu topik yang aku dapat dan itulah topik yang paling aku baca, hafal, dan debat-debatkan bersama teman-teman. alhamdulillah..besarnya kuasa-Mu ya Allah mendengar suara dan keinginan hati. begitu Kau telah mempermudahkan jalan...
bagaimana di dalam bilik temu duga? bagaimana berhadapan dengan dua orang panel lelaki yang segak bergaya, yang manis wajahnya? bagaimana menarik perhatian panel dengan kisah peribadi diri, dengan gaya berani? hakhak...itu sekejap lagi aku ceritakan..
apapun, aku rasa dan aku yakin aku telah membuat yang terbaik. tapi dalam hati aku sering menekankan, kalau sudah berusaha denagn sehabis baik, kalau dugaan Allah datang lagi ingin menguji ketabahan diri- aku tidak berjaya, aku tetap akan terus memohon dan memohon. manakala kalau ini adalah temu duga terakhir, dan aku telah berjaya nanti, syukur sangat-sangat, kerana cita-cita telah tercapai.
GURU...itu cita-cita dan harapan keluarga. semalam, meskipun tidak berjaya, aku akan mencuba dan terus mencuba... bukankah Allah menyukai hamba-hamba-Nya yang berusaha dan berserah kepada-Nya? Seperti yang pernah aku pesan, jangan sesekali pernah berputus asa pada rahmat Tuhan....
Notabulan:
Semalam selepas temu duga pergi melepak di Alamanda..pertama kali sampai sana...hu :P
8 comments:
Alhamdulillah..InsyAllah..kamu sdh berusaha..sekaang tawakal
apa pon ku doakan yg terbaik
all the best cikgu =)
all the best cikgu =)
dup dap dup dap kn??hihi
xpe kak..ad rezeki ad la..gudluck ye :)
akk da buat yg terbaek ad
rindu alamanda...
;)
member aku pun interview cikgu gak....
dia dari upsi...
semoga tercapai cita-cita cik bulan :D
tol tu pia... dugaan yang Allah bagi memang kalau fikir balik, sebabnya kita mampu harungi dugaan tu. sebab tu kita dapat dugaan tu. so, bukan berdukacita dengan dugaan, tapi redha dan syukur kerana diuji dan kita harunginya dengan tabah.. InsyaAllah ada hikmahnya..
dni doakan pia berjaya! ^__^ amin...
p/s:
hampesss celcom bokbeng cakap nek 512 mb tapi kurang cam 5.12mb jer. cciiit huhu
Post a Comment