Aug 7, 2010

kalau anjurkan contest, harus fikir dulu.

situasi aku:
aku fikir banyak kali entry ni nak post ke tak tapi lepas fikir-fikir, aku rasa harus, sebab untuk bagi pengajarn untuk semua dan minta pendapat kau orang pula. weh, kalau aku salah, jangan masuk belah aku tapi nasihatkan aku ye? jangan jadi batu api yang terus membakar-bakar.



intro:
pertamanya maaf andai menyakiti....:|


contest aku:
sebelum ni aku pernah anjurkan contest, tapi fasal kucing dan aku pula sibuk jaga atok di hospital, diteruskan dengan pemergian atok, maka tak sempat war-warkan contest. tak update apa segala, maka pengunjung berkurangan. bila aku tarik balik contest tu, ada pula blogger yang tegur di kotak jerit, cakap nak masuk. tapi apakan daya, masa tu aku pun sibuk sangat dengan urusan kenduri arwah tambah server tak elok kat kampung arwah atok, aku tak sedar mana jeritan tu hilang dan lupa nak balas soalan dia, kejam kan aku? aku lupa dia siapa, tapi aku ingat, dia bahasakan diri 'akak'... buat pengetahun, contest itu tidak ada sebarang peserta lagi kecuali pengomen-pengomen yang cakap, tiada kucing. aku minta maaf banyak-banyak pasal tu...


terms and conditions/syarat-syarat:
kawan, walau contest aku tu contest pasal kucing pun, aku rasa aku dah fikir terms and conditionnya apa banyak-banyak kali dan telah aku catatkan bagaimana kemenangan diperoleh biar semua orang jelas, dan yang paling penting, sebagai penganjur contest akulah yang paling jelas, dan pilih pemenang pula ikut rules yang dah dibuat, sebab nanti kalau silap, itu dah kira menganiyai orang. sebab aku sendiri pun, kalau masuk contest, sure ikut rules punya.kalau orang cakap, letak satu gambar, aku letak satu. kalau contest suruh senyum menawan, senyumlah menawn jangan senyum paksa pula, kan...



macam tu juga contest dari walaibatikku. dia cakap pakai batik/sutera, tak kisah kalau kain batik pun.. maka, aku buatlah seperti yang disuruh dan menang. begitu juga contest muslimah anggun. mula-mula aku pilih yang trend tudungnya anggun, tapi istilah muslimah tu bagaimana? takkan nak bagi gambar yang tergedik-gedik nak mati. mana muslimah anggunnya? jadi, aku pilih gambar yang pakai kurung dan bergaya biasa, cuma mungkin nilai tingginya pada lilitan shawl yang dipakai, dan aku menang untuk pilihan kedua kali.





ohh, hanya dua contest itu saja yang aku menang kawan dari berpuluh-puluh contest yang aku masuk tapi ada aku surrender bila kalah?ada aku perang? tak kan.. terus masuk lagi, sebab ia juga mungkin 'luck'.  aku juga tak pernah merungut kalau kalah, sebab bila tengok pemenang, dalam hati cakap, yes, you deserve it! kecewa sikit-sikit tu biasalah...sebab tak dapat merasa dapat barang free, kan? hakhak. tapi yang aku merungut ialah bila pemenang tu tak serupa bikin dengan kehendak contest... pelik, tapi benar. aku tak kisahlah kalau tak terpilih walau kecewa kan, tapi biarlah cerdik dalam menilai...



contest kamu (ini hanya nasihat).
kawan,
nasihat aku buat semua yang nak anjurakan contest lagi, jangan bagi orang lecewa dengan tindakan kita. mungkin kita buat satu contest suka-suka saja, tapi fikirlah baik buruknya dari sikap kita tu. ah, itu contest kau kan? tak apalah, nak buat suka hati pun buatlah. tapi ingat, kita juga jadi pengadil. tahukah hukum bagi orang yang mengadili secara tidak selayaknya?



jadi kawan, main-main juga... yang betul, harus ada pada tempatnya. aku tak pernah berasa begini sentap untuk membalas entry begini (walaupun sebelum ni ada blogger yang buat entry khas nak balas teguran aku di blog dia) tapi bila aku baca statementnya begitu, aku rasa malu. ahh, istilah, definisi, bila kita buat sesuatu yang melibatkan orang, harus jelas, istilah yang dipakai oleh semua orang. definisnya harus selari. kalau kita mahu orang ikut kehendak kita, berdasarkan fahaman kita, jelaskan sejelas-jelasnya. aku bukan pakar bahasa inggeris, tapi aku major in bahasa melayu. tiap orang cakap, akan beri makna pada aku sebab otak bahasa akan menganalisinya. begitu juga otak Mate. bila dengar nombor, dia akan mula mengira-ngira...


jadi pengadil, adili bukan sebab kita rasa ohh dia ni hebat gambarnya, ohh dia ni kreatif, ambil gambar jadi dua pergerakan, dan dia ni melompat-lompat sedemikian, tapi adili adakah ia mengikuti kriteria yang kita tetapkan dalam contest. kalau macam tu, nanti dalam satu pertandingan, pengadil akan pilih, kau nombor satu sebab kau pakai baju lawa dan beg lawa gila, nampak hot. tapi contest nak cari model yang berwajah photogenik. aci ke? pengadil, tugas anda berat. anda harus tahu itu.



bagi aku juga, bila orang menegur, dan bertanya jawablah baik-baik ye. jangan pula kita buat entry nak bidas balik dan cakap, suka hati andalah, saya dah buat yang terbaik (walau anda bukan membidas saya, tapi anda membidas si yang bertanya, penghantar emel itu) atau masih menegakkan benang yang basah. jangan tunjukkan dua kali ketidakcerdikan kita, ye? ditambah lagi dengan kawan-kawan yang duduk menambah (komen di entry bidasan), untuk cakap orang yang tegur tu salah, emm, tak kemanalah jawabnya...kan?



emm, mulanya aku hanya bertanya apa itu definisi '?', tapi bila aku lihat entry dia cakap, terima 2 email cakap macam ni...

definisi ... saya dengan orang lain mungkin berbeza. maksud saya...saya
jelaskan sebab saya ada dapat 2 email yang berupa kritikan. cakap yang saya
pilih pemenang macam bodoh...
takpelah. suka hati awk
lah yer. yang penting saya rasa pemenang saya pilih ADALAH YANG TERBAIK
ANTARA YANG TERBAIK. okay enough about contest.


(tiga titik itu keratan yang dipotong)



ye, aku yakin, perasaan ni memang tidak syak lagi! dan kawan, nasihat aku, kalau anjurkan contest, tolonglah fahamkan dulu diri sendiri... baru fahamkan orang lain.... ye? jangan rumah siap, pahat berbunyi, kan tak best, terjadi pula hantaran emel sedemikian, dan teguran ini anggaplah untuk semua..ye? beringat sebelum kena :)




Nota bulan:
sangat tak sedap, nak cakap ni.. tapi kena cakap juga..mungkin, aku akan unfollow individu terbabit... sebab, aku follow pun untuk contest kan...




kejap lagi mungkin aku akan delete entry ni...:| (entry ditulis pada 3 julai 2010)

8 comments:

Sheherazade said...

btl juge ye kata2 mu kamu ..hmm

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

xpe2...
aku sempat komen sebelum ko delete...
xpe...
ko just meluah ape ko rase btol kan...
ape ade kesah...
;)

sugar2 kapas strawberry said...

ohhh..sy mmg xsuke dan x bminat nk msuk ape2 jns contest buat msa skang..nthla kak.xthu npe.hihi

ardinihumaira said...

betul tu pia... huhu.. tak elok kan wat pengadilan yang meragukan. pilih kasih, dan macam tak adil. memang susah buat contest. dat y kita tak boleh adili kontest tu sensorang. kena minta pandangan orang juga. dni baru sekali wat contest. memang terasa susahnya nak mengadili kontes. tu pasal lebih selesa buat GA...dni jarang join contest pun sebab ni juga... pada pandangan kita ada lagi yang layak menang walaupun kita tak menang tapi rasa macam yang tak menang tu layan menang daripada yang dipilih sebagai pemenang. tapi nak wat cmana kan penganjur punya contest.sesetengahnya bias pada yang pakai baju cantik ada barangan berjenama. besela manusia...tapi dni ada respect adasorang adik tu buat contest, memang dia pilih dengan bagus.bertuahla pia banyak menang contest. dni satu pun tak penah. hik3


pia, dni ada snap gambo beberapa kali masuk blog pia nak komen ni. t dni wat entry mengenainya. tenet dni slow betulla pia.. nanges ni.. rasa nak demam layan kerenah tenet. update blog pun tak dapat. sedih ni. wuwuwuwu....

Fina Sophie said...

owww.. sangat menakutkan la buat contest ni. ehehe. anyway. sy pun ada pengalaman juga dengan penganjur contest yang mengecewakan.. ntahlah.

boleh tak saya nak jadikan entri ni sebagai rujukan entri saya akan dtg? ;) i have something to say about this too. nti if u bg keizinan, i'll give u the link once its published ^^

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

long article about penganjuran contest;) well, setakat ni fifiey dah join about 4 contests..if i'm not mistaken..blom ada yg menang..muahahhaha..nevermind la, nma pun suka2 je kan..so, don't take it serious..

p/s:uish sis, ada ke yg smpai kutuk2 tu??wah, sungguh tak patut kerna ini sekadar contest di blof, bukan pertandingan ratu kebaya peringkat kebangsaan ataupun gadis melayu..muahahahha....(macam2 ye org zaman sekarang)^_6

akuzle ayu said...

bagus cik moon buat ini n3... sis pon berkira2 nk juin contest tp terpaksa melupakannyer psl syarat2 susah benau...kne follow bagai... sesaper yg nk anjur contest tuh kne blaja dari Ustaz Love and mohdzaid.com dlu... tgk syarat2 depa....

Anonymous said...

А! مرحبا هناك ، وجدت الخاص بك بلوق عبر جوجل في حين تبحث عن الاسعافات الاولية لنوبة قلبية ومشاركتك تبدو مثيرة جدا للاهتمام بالنسبة لي.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)