Jul 28, 2010

terharu.sob sob sob

boleh layan entry ni sambil dengar lagu terharu, mawi feat m.nasir.kalau nak dengar dari penyanyi asal,lagi syok, sebab lagi rock...okay, tak payah layan sangat aku merepek merapu tu, layankan gambar di bawah. oit, itu bukan gambar porno ariel peterporn sampai nak terharu sebab terkantoi, tapi itu adalah gambar yang telah diedit dengan secomelnya oleh murid sekolah aku hari tu, aina nadhirah namanya...





aku rasa mesti dia ambil dari mukabuku aku. ye, bukan mukabuku tempat aku merepek tu, tapi mukabuku yang memang aku buat untuk pelajar sekolah. iyelah, hari-hari budak meroyan minta facebook, bila dikatanya tak ada, dikatanya kita menipu. jadi sebab tak nak jadi penipu, aku buat lagi satu untuk mereka.


biasalah, zaman praktikal...cikgu mesti berlagak baik, dan terlebih prihatin. weh, kalau zaman praktikal kau dah tunjukkan ketidakminatan kau pada job "GURU" ni, bila kau dah betul-betul mengajar lagilah...sebab tu aku nak pesan, zaman praktikal, buat sehabis baik.maksud aku, layan...layan segala yang patut kau layan..contoh, ragam pihak pentadbir. ikut sajalah, sabar sajalah... buat skema mungkin dengan 'kehendak' mereka. ye? tak apa, zaman praktikal, beban kerja-kerja 'pengkeranian' pun tak banyak macam cikgu tetap kan...


begitu juga karenah pelajar. jangan kerek, jangan nak songkek sangat, jangan terlalu garang, jangan tak mesra rakyat, jangan nak berlagak diva, macam kau tu model terkenal pergi mengajar kat sekolah. JANGAN okay, JANGAN! (bila aku capslock tu tandanya, mesti!). layankan saja...saat ni kau bukan banyak sangat bebanan, bukan banyak sangat kerja kan, jadi layankan saja mereka, tapi TEGAS itu perlu...


masa praktikal, tak banyak kelas nak jaga, jadi cuba bersifat prihatin yang mungkin. ambil tahu, kenal pelajar kau...ikuti teori 'kecerdasan pelbagai' tu kalau tak, payah. semakin kau mengambil tahu, semakin pelajar ingin bersama kau, pelajaran kau...kata-kata kau,pasti diikuti...insyaAllah.


zaman praktikal, zaman yang terindah. kalau masa ni kau dah tunjukkan sikap tak 'taksub' dengan kerja kau, jahanam, memang jahanam. tengoklah nanti bila dah betul-betul bekerja, kau akan jadi semakin tak beria-ria dengan pelajar kau. aku memang bukan guru yang baik sangat pun, tapi bab mengajar, kau akan tahu how seriesnya aku nak bagi budak-budak faham sampai sakit anak-anak tekak, pun tak kisah.


jangan duduk, selagi tak boleh jawab mana-mana soalan...okay? sama juga kelas PJ, jangan salahkan murid kalau mereka tak pakai baju PJ, tapi diri sendiri yang tak tegas. tapi..garang-garang aku, kejam-kejam aku pun, aku tahu budak-budak sayang aku...even, kelas PJ yang jumpa sekali je seminggu, setengah jam je pun, rapat dengan aku...alhamdulillah, perpisahan aku diraikan...


tapi, kalau kau jadi macam salah satu kawan, tak perlulah aku sebut siapa, kalau kau sendiri yang acuh tak acuh dengan budak kau, lantak kaulah nak belajar ke tak itu sikap kau, jangan salahkah mereka, jika kehadiran dan pemergian kau tidak dirasai, tidak pun dihargai, tidak pun diraikan..seolah-olah kau tak pernah wujud di sekolah tu, seolah-olah tak mengajar mereka, seolah-olah mereka tidak pernah mengenali kau...


so sad. so bad. :( malang kan? kalau macam ni, baru best....terharu, sob sob sob.. T_T


jamuan 1 cekap.kelas BM

jamuan 1 Arif.kelas PJ

jamuan 1 Amal.kelas BM



Notabulan:
eh, nak jadi perfect itu payah, tapi kalau kau cintai kerjaya kau...insyaAllah..kau boleh buat. ye, aku bukan guru yang baik, tapi ini cita-cita aku dari kecil...aku suka bergaul dengan orang dan suka sangat layan budak-budak...insyaAllah, kalau jadi guru betul-betul nanti, aku akan perform well. better dari sebelum ini....:)




Notabintang:
jangan jadi guru kerana DPLI, KPLI...kerana tidak ada kerja, kerana terpaksa. jangan.

5 comments:

Kie-yu said...

baru den tau cik bulan kita ni bakal cekgu ropenyer :D

psst..anak murid tau x ada belog nih? hee.

~aSHa~ said...

ceria dan sweet la cikgu soffya ni...seme gambar2 tu hepi je tgk..meriah...selamat hari guru

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

nampak nye ko cekgu yg baek..
;)

Sheherazade said...

btl sgt2...jgn jadikan kerjaya murni ini sebagai pilihan terakhir

sweetnya ank itu

ardinihumaira said...

pia...
bila tengok gambar2 ni... rasa nak jadi cikgu.. tapi dni tak layak jadi cikgu.. sobbb sobbb... sedih ni.. malu ngan deen dah jadi cikgu. dni tak dapat2 :'(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)