urm, sebelum masuk sekolah, hari-hari aku bilang hari dan hari-hari, hari bilang aku. sebab memang tak sabar benau nak rasa macam mana lah jadi cikgu sekolah yerk :P eceh, macam tak pernah praktikum. tapi kan, aku dah bajet kalau jadi cikgu betul-betul mesti lain. yup, jangkaan aku memang tak lari. memang lain. definitely.
memang hari pertama aku bermula dengan penuh dugaan dan ranjau onak duri suka duka segalalah... mula dari perhimpunan masa pertama, masa ke2-3 briefing kelas sendiri, masa 4-5 mengajar, ke-6 rehat, masa ke7-8 mengajar dan masa ke9-10 mengajar.... cuba kau agak, macam mana lah rupa aku hari tu ye?
argh. pengsan.
yang penuh ranjau berlikunya ialah, masa ke-4, lepas briefing budak kelas, tiba-tiba, ada seorang budak datang cakap dia nakbalik, demam. aku baru je nak bawak dia keluar, tiba-tiba.. tau apa?
muntah!
ohh damn. macam mana ni? series, aku gabra wehhhhh. nak cari guru bertugas sekian hal nak mintak kebenaran balik untuk pelajar tu, dengan fikir kelas yang menunggu. aduhhhh. permulaan yang cukup mencabar.
safia, awak jadi guru penyelaras BM tingkatan 1. awak kena buat...bla, bla, bla...
safia, awak s/u pendirikan moral. bla,bla, bla...
blur!
paling blur, bila nak buat rancangan pengajaran. padahal dulu masa belajar, masa praktikum kemain terer. panjang 4 depa. sikit pun tak pandang kiri kanan. hari ni, RP kena buat kementot je. space dia bagi pun sehelai satu hari. asyik main kira je... macam mana RP yang 4-5 helai nak kena buat dalam 15 baris aje ye?
tengok cikgu sebelah sengih. tengok cikgu depan sengih. citt, tiba-tiba aku rasa aku macam blur gila, macam budak yang tak belajar apa-apa masa universiti dulu. hehh. betul cakap orang, masa kau belajar dan masa kau kerja, semua beza. lain gila. termenung. ;'(
masuk kelas pulak, lagi bercakap tak henti. datang bulan, sakit pinggang macam nak patah . kasut tumit tinggi, buat kaki rasa macam nak rabak. wahh perfect. memang aku tengok dunia, macam kaki duk kat atas, kepala kat bawah. masa ke7-8, surrender. ke 9-10, memang aku tak larat lagi untuk berdiri dah. help!
malam.... selera makan mula hilang. wahh kurus lah macam ni. mula demand, mintak dengan encik M macam-macam. sekejap roti, sekejap sup. argh. lantak. demam mula nak berkawan. ku tolak ku tepis. dengan tidur yang sejam dua, dapat juga akhirnya aku melihat semula dunia dengan pandangan bernafsu gembira. alhamdulillah. kerana ini adalah cita-cita, sagal cabaran akan aku sahut mesra. insyaAllah...
dan hingga hari ni... bak ayat encik M, ohh kencing pun tak senang daaa.. sibuk nak mati. nak berfb ke, berblog ke aku rasa tak sempat. semua tu aku kena tolak tepi. walau kelas petang, tidur jam 12 bangun awal pagi. semua kerana kerja yang macam-macam jenis ni.
sekarang cuba kau cakap, mana lagi sibuk, aku ke menteri? :P
3 comments:
hehe siannyer kamu..
xpe2 awl2 cmtuela kan..
lama2 okla..
all da best ye.. =)
Cikgu cantek begini, saya pun maulah jadi student.. vacancy ade? *huhu tinggal tak layak jer nak isi itu vacancy*
sian nya sayang ku ini
take care!!
Post a Comment