Aug 11, 2010

salam ramadhan.... | BE berderet-deret, rezeki awal ramadhan

 nak besar lagi, klik dua kali ye?


nak cium siapa nak ucap terima kasih untuk BE ni, itu tak pasti. kalau cium ladtop, macam over sangat kan. kalau cium pipi diri sendiri tak boleh, boleh hanya cium tangan, tapi pelik tak pernah dibuat dek orang.ohh ye, mungkin boleh cium si paddle pop itu.hakhak. kawan, ini hanya hiperbola pelik pagi rabu ye, ignorekan saja. lupakan perangai over budak ini. ye.


saya pasti ramai yang dapat macam ni kan?? 4 yang baru masuk semalam tu... rahmat Allah sempena menyambut puasa...syukur alhamdulillah. jadi, biarkan burfered-burfered earning (jamak macam bahasa Melayu,cehh) itu berjalan seperti biasa dan tugas kita adalah jaga trafik dan awak, tolong klik iklan saya yang keluar kat situ dan hayatilah iklan itu dengan sesungguhnya. duit BE ni kalau banyak, nak bagi budak-budak as duit raya, tapi mungkin raya tahun depan.grrrrr...itu pun kalau sempat.:P


kawan, selain klik iklan saya, tugas kamu dan saya ialah menjaga puasa...kan? [apasal bermoral sangat ye saya ni??haisshhh, tiba-tiba je jadi 'saya' bagai...?boleh kan tukar mood kejap....hu]okay...ini entry sambut ramadhan. pastinya kamu semua pun berpuasa hari ni, kan? yang tak berpuasa kerana sebab-sebab yang dihalalkan Allah S.W.T, tak apalah tapi yang gatal-gatal tidak berpuasa, insafkan diri dan kembali kepada tuntutan Islam yang sebenar...:]


apapun, kamu berpuasa atau tak hari ni, saya nak ucapkan, selamat menyambut ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia, terutamanya umat Islam di Malaysia dan jiran tetangga, iaitu Brunei dan Indonesia serta yang paling istimewa adalah untuk semua blogger dan bukan bloggger yang selalu datang membaca blog saya, juga kepada blogger yang jarang-jarang membaca serta tak pernah membaca blog saya....(eh, kita kenal ke?) huhuhuhu,,,:]


semoga ramadhan yang datang memberikan seribu satu hikmah untuk kita semua... seperti pesan saya tahun lepas, "SAMBUTLAH RAMADHAN SEPERTI TETAMU..." jadi, macam mana kita menyambut tetamu ke rumah, sepenuh pengharapan, sepenuh kebaikan dan layanan, begitulah jua ramadhan yang datang. jangan mempersia-siakan dan menjadikan ramadhan alasan untuk kita menjadi lembik, lemah, tak berdaya dan berhenti berusaha...


begitu juga nikmat bersahur. jangan persiakan. jangan diikut hati yang malas.jangan tewas dengan godaan syaitan dan nikmat tidur...ok??(pesanan untuk diri sendiri juga) sebab bersahur kan banyak manfaatnya, banyak fadhilatnya untuk kita. kenapa digalakkan bersahur?


Sabda baginda SAW :

“Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan.” – Hadis riwayat al-Bukhari 


[untuk pemahaman lanjut boleh lihat entry ini]. jadi kawan-kawan jangan lupa bersahur ye. kalau nak bersahur yang cepat dan mengenyangkan, boleh cuba ramadhan fasting tablet. insyaAllah, memang mengenyangkan dan kasi tenaga kepada kamu sebab mengandungi zat-zat yang diperlukan oleh badan.cubalah, kalau tak percaya? :) saya memang mengambil ini...:]


paling penting, jangan lupa niat berpuasa. kalau rasa selalu kandas lupa berniat tu, baik niat sebulan terus. harap kamu semua juga masih ingat doa berbuka puasa, doa makan dan niat sembahyang trawikh ye...grrr...pesanan, macam budak sekolah je. eh, mana tahu kan...kan... (apasal gedik sangat entry haku ni...haihhh)


ohh ye kawan...sempena bulan ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama mengurangkan aktiviti menghadap ini 24 jam. mengurangkan bukan meninggalkan terus ye, karang ada pula yang marah dengan aku ni. sebab ada 'lagha' nya bila terlau ralit dengan dunia ini hingga akhirnya ramadhan yang datang berlalu begitu saja. ye tak? trawikh jangan skip-skip ye...tak ke mananya dunia blogging dan kawan maya kamu tu..ye??



okay, itu pesanan untuk diri sendiri juga. saya memang cakap awal-awal, sangat sibuk sepanjang bulan ini (belum masuk pun dah sibuk pun..).siang bekerja, petang jumpa customer, malam trawikh dan lepas trawikh jumpa customer lagi. jadi, bayangkan pukul berapa saya di rumah????maaf kalau ia berupdate satu kali sehari itupun kalau sempat...:] so, anda pula macam mana???




saya pasti anda semua dah sibuk menyiapkan kelengkapan nak beraya meskipun baru mula berpuasa kan....baju raya dah berpasang-pasang, kuih raya dah berbalang-balang, rumah dah tukar sana-sini dah order macam-macam kan... kalau rasa nak cadar cantik-cantik untuk raya juga, boleh tengok sini. memang lawa gila-gila dan berkualiti tinggi...




sekali lagi, selamat berpuasa...dan kalau ada kesilapan serta kekasaran kata dari pihak saya, mohon maaf banyak-banyak. if ada tersilap cakap, mohon maaf banyak-banyak juga. semoga ramadhan yang datang memberi seribu makna buat kita semua...:]


sabda Rasululullah lagi;

pada bulan ramadhan, awalnya rahmat...pertengahannya keampunan, dan penghujungnya pembebasan dari api neraka...jadi, carilah rahmat, dapatkan keampunan dan semoga kita bebas dari api neraka. insyaAllah...






Notabulan:
begitu banyak bungkusan tiba di rumah..hadiah, barang belian...suka bila tengok benda-benda tu..bahagia.


Notabintang:
jangan puasa mengelat macam kamu budak-budak dulu okay...??grrrrrrr...

5 comments:

Sheherazade said...

Tahniah syg..Salam Ramadhan,selamat berpuase

love u

Nazz@Purple said...

hehehe..selamat berpuasa cik soffya..

.::WaNiE::. said...

budak2 dulu rajin la kalau puasa jek manjang nak cari alasan buka puasa

dh besar cenggini kalau mengelat lagi tak tau arrr :P

sayang oh

NAZ said...

masyuk rezeki u amin. selamat berpuasa

Mat Sentap said...

sy x bnyk pon..hahahha..
nway slmt berpuasa..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)