Apr 4, 2011

anugerah ABPBH 2010: terubat RINDU kat USOP WILCHA!


 mari kita undi ucop pulak!


haihhh, baru aje kita pos entry cakap rindu kat usop wilcha, tetiba je malam terus dapat tengok UCOP. haihh, UCOP, UCOP... gelemer ko ye ucop. tempang-tempang pun kaloh si abi hurairah dengan hucin. tehee ;D

apapun, masa dalam ABPBH semalam, usop memang the best ah. gamat pentas dibuatnya. dahlah orang tengah duk kalut nak cepat, dia lagi buat tambah kalut. haihhh.


nasib baik ucop dah tua, kalo idok awok ngorat je si ucop nihhh. HA HA. buat balik simpan dalam frame. KUIKUIKUI.


apapun, untuk semua pemenang ABPBH 2010 semalam, syabas diucapkan. tak pernah rasa tengok anugerah ni, kita rasa bersetujuuuu je, dengan semua yang penang. maksudnya semua yang menang semalam, kita SUKA semuanya... I LIKEE...:D. cuma agak frust bila SCHA AL-YAHYA kita tak menang. tapi walau dia tak menang, yang menang pun yang kita suka dan agak jugak. jadi, tetap feel satisfied. eceh.


dan yang paling rasa nak melompat, ialah bila... SAHEIZY SAM menang besauuuuu. kita suka, kita suka. (OHH gediks nya. wak hal lu? eh tiba.) sebab kan memang dia layak lah. tahun 2010 memang kita asyik sebut nama dia je kan, dan asyik tengok dia je kan berlakon. so, memang LAYAK sangat-sangat ah.

 saheizy sam!


tahniah sekali lagi! pada yang tak menang, cool der. tahun depan cuba lagi.


memang anugerah semalam the BEST kot, sebab lengkap dengan pengacara best, persembahan best, pemenang-pemenang best, dan penyampai-penyampai pun tak kurang bestnya. kan, kan? untuk raja azura dan syarifah shahira, walaupun tak menang apa-apa semalam, tapi korang tetap COOL. memang tak kering gusi eden ni ha. tambah lagi dengan si mangkuk ZIZAN, isk, memang lawak tak hengat ah. slumber aje. tambah spontan pulak tuhh.


persembahan pulak kita paling suka part ella, shima dengan alyah. ELLA, you rock. memang dulu cita-cita nak jadi macam ella, tapi silap ambik course lalu jadi cikgu. HAHA, gelak hussin aku karang dengar nihhh. suka ella, walau orang ada cakap dia gediks ke apa, tapi suka lagu-lagu dia, tak ditelan zaman jugak.


tapi shima macam bukan shima, nampak cute gila. tak cam dah. lepas tu suara macam keluar tak keluar je. maybe sebab lama tak nyanyi. alyah pulak, walaupun bukan dari genre rock, tapi persembahan dia boleh dipuji. suara clear je. yang pia perasan, dia ni tiap-tiap tahun mesti ada dalam mana-mana anugerah yang tv3 buat. cuma tahun ni tak nampak si bintang malaysian idol yang sorang tu. lupa dah nama apa.


dan yang paling dinanti, ialah bila dato' siti nyanyi. feel-feel korean girl pulak bila tengok siti nyanyi dengan rentak dan tarian gitu. eceh. memang cun sokmolah dato' siti nihh. mesti dato' k hari-hari makin sayangggg.


encik M, galak duk usik kita, eh kakak ya nanyi, eh kakak ya menang. saja nak kasi haku hangin kan???? :P


p/s:
ohh ye, before tu YUNA ada nyanyi jugak.tapi opsss, yuna pakai lagi tudung yang macam orang MARAH tu cuma tutup leher semua. even tutup pun, tapi tak comellah. suka yuna dengan style YUNA! korang pulak macam mana?

IKLAN!
jemput singgah:


 (boleh klik gambar header untuk ke blogshop)


[gambar;google]

4 comments:

Sogeking Kun said...

eh, ella perform ke semalam? demmit, terlepas!

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

part last paling best...

Anonymous said...

Tu bukan Shima ori la yang. Tu Shima BIBH. Bintang Idola BH. Budak lagi. (err, tak budak sangat, dah 34) he he

nukilanaffiza... said...

hmm..memang tahniah diucapkan pada SAM sebab menang besar...

lagi satu memang sy pun perasan...syima tak kuar suar dia masa nyanyi...ni syima yang mana ek? yang penyanyi lama tu ek? ke ada syima yang baru?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)