Apr 25, 2010

Ben Ashaari : segmen jelajah blog | nak dijelajah juga, boleh?





yang kecil jangan disangka anak, yang besar jangan disangka bapak.okay?hah, itulah perumpamaannya saya dan Ben Ashaari.dia..baru saja dalam dunia blogging.umurnya kalau kira baru-baru nak pandai merangkak, dan saya telah pandai berjalan dan berlari.tapi, dia sudah OTAI dan saya masih lagi pencacai bawak petai.haha.sila gelak :D



dan oleh sebab itu (sila alert ye, oleh kerana tu salah di sisi encik tatabahasa) maka, saya ingin sekali dijelajah oleh beliau dengan hormatnya...kenapa?hahh, itu yang kita nak tahu tu....sebabnya:


1.saya tak fofular.nak juga rasa fofular macam dia...macam artis kan...boleh tak encik ben?



2.saya tahu blog ni banyak kekurangan.hope kedatangan beliau akan menjernihkan segala kekeruhan kat blog ni.biar tak kelabu asap sangat.biar ben tolong bersihkan sawang-sawang .biar jadi sedap pada pandangan.biar blog ni tak perasan sorang-sorang.boleh encik ben?




3.nak kata lama, dah lama blog ni..tapi follower cuma beberapa ciput saja.tu pun sejak aktif berblog akhir-kahir ni, yang buat ia berlipat kali ganda.hope penjelajahan ben nanti buat blog ni difollow-follow oleh pemollow blog ben juga.hehhh.boleh ke encik ben?




4.hits blog tak berapa tinggi.bukan je tak berapa nk tinggi, malah tak tinggi langsung.hoho.malu nak cakap ni.tapi kena cakap juga,harap bila dah dijelajah, merasa juga lah nk dapat hits tinggi-tinggi.hehehe.gila besar harapan, kan...tapi boleh je kan encik ben?




5.semoga dengan penjelajahan encik ben orang akan sedar yang blog ni bukan peribadi semata-mata tapi juga ada unsur-unsur ilmu yang boleh dikongsikan...tips, tutorial, cerpen teladan dan karya yang yang tak berapa puitis untuk dibaca...:) juga cerita artis, filem dan sebagainya...




baik, blog ini bukanlah blog orang profesional.asalnya saya buat blog ni tahun 2007, masa tu gila teruja dengan blog kat Friendster.selalu update kat situ.pasal peribadi je.ala, gaya artis glemer.macam orang nak tahu sangat tantang dia tu.hehe.then, kawan ada tegur dan ajak, jom berblog kat blogspot pulak.lagi best...macam2 funtion ada.dan, saya pun teruja juga.lepas tu terus sign up.tapi tak jalan juga.




masa tu guna akaun lain.then, delete.tahun 2008, buat sekali lagi.apa-apa yang best kat blog Fs saya tempek kat situ pulak.macam tu je.tapi lepas tu aktif juga, tapi aktif perasan sendiri.tak tahu pun apa fungsinya blog, blogwalking, nuffnang dan kenapa orang lain teruja berblog.



saya, masa tu teruja cuma sebab saya suka tengok entry2 yang dah saya post.tengok gambar.baca balik celoteh saya tu...huhu.meroyan ke apa?tak singgah2 pun blog orang...dan tak reti pun berkawan dengan orang yang dah menyinggah. tahun 2008, 2009 hanya menjadi tahun berblog dengan syok sendiri.bahasa pula sampah gila.huhh.malu....masa tu url blog adalah gadismanis86.blogpsot tapi atas sebab2 tertentu saya tukar jadi soffya86.blogspot akhir tahun lepas kot tak silap.





dulu saya pakai nickname gadismanis86 tapi sekarang dah tuakr kepada soffya cik bulan.hehh, kenapa bulan?sebab memang saya suka sangat lirik lagu "biarlah bulan bicara sendiri..." dan saya ingin jadi seperti bulan yang menerangi hidup orang lain tapi dia tak ada sesiapa pun nak memayungi dia.saya juga suka bila jadi bulan yang tak di awan, yang boleh dilihat siang mahupun malam....he.tapi ini bukan ohhh bulan yuna okay.tak ada kena mengena langsung.hehh





tahun 2010 barulah betul-betul saya aktif dengan sebab yang betul...mula buat entry berat2 sikit dan tips,tutorial...alhamdulillah, saya dah faham perkara-perkara penting dalam dunia berblog ni.kenapa perlu blogwalking?kenapa perlu ada hubungan mesra?kenapa perlu ambil berat shoutbox dan komen?semualah....cuma, saya je belum mencapai reputasi yang menepati standard piawaian yang ditetapkan.



oleh sebab itulah, mahu minta tolong dengan encik ben...boleh kan encik ben?




saya tahu ni pun dari blog dini...mula-mula tengok dah dari blog ben sendiri, tapi tak reti nak buat camana.apa syaratnya nak dijelajah kan.tapi bila tengoK blog Dini pun dijelajah..he, sya nak jugalah.so, terLAhirlah entry ini di malam yang sepi.



harap ben teruja dengan entry ni dan akan menjelajah blog saya secepat mungkin.paling penting, ben dah pun follow blog saya hari tu pada lepas saya follow blog dia.itu bukti yang dia ni tak kerek....kan ben?




p/s:ben, ini bukan entry syok sendiri....okay..?

p/s/s:yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan.tak gitu...??



8 comments:

embun d tengah malam said...

hope u akan di jejak..hehhehe

Mr.Z said...

semoga anda diterjah.. :D

Peri PiA said...

wahhh...bestya

cutieLuver said...

bestnye..kmo telah di terjah..akhirnye...

sy jmp link kamo kt BEN ASHAARi....

http://yuyulicious412.blogspot.com/

Kamsiah said...

salam
datnag utk 'menjejaki' blog bicara dari bulan..

soffya cik bulan said...

embun,

mr.z,

peri pia,

thnks utk doa2 kamu...akhirnya saya telah diterjah....:)

soffya cik bulan said...

kamsiah,
thnks ye akak dtg...
nanti soffya dtg blik...:)

soffya cik bulan said...

cutielover,
he...best kan?thnks ye...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)